September 18, 2017

Taman Eko-Rimba Kuala Lumpur - Hutan Simpan Bukit Nanas

Image result for taman eko rimba kl
Image from Google.


Hari Sabtu lepas, husband nad ajak dating tapi tempat yang ada keluarkan peluh. Puas survey apa tempat menarik area KL atau Selangor sebab malas pergi jauh jauh. hehe. Last week pergi ke Bagan Lalang terasa jauhnya dari Puchong. Tengah Nad dok google "Canopy walk" terjumpa blogger cerita pengalaman canopy walk di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (hutan simpan tertua di Malaysia).

Opening hours : 8.00am-6.00pm
Entrance fee : FREE
Parking fee : RM10/car

masa ni rasa wahhh! ada hutan ke area KL???? 

Setahu nad ada canopy walk di Sunway Lagoon, Shah Alam dan di FRIM, Kepong. Tapi canopy walk di Sunway Lagoon entrance fee rasa macam dah mahal. Kalau boleh nak yang bawah RM10/pax. hehe Canopy walk di FRIM, Kepong pula sudah ditutup since July 2017. Kenapa Nad tak tahu la pula. Di Shah Alam pula nak canopy walk kena lalui cabaran cabaran yang ada dengan harga RM40++/pax. Disebabkan Nad tengah pregnant. Terpaksa lah lupakan hasrat buat aktiviti extreme.


Taman Eko Rimba KL ini terletak di antara Jalan Ampang dan Raja Chulan. Tiada bayaran masuk dikenakan. Kalau nak mudah naik train ke Bukit Nanas. Nad and husband naik kereta ke sana. Parking di Jalan Raja Chulan. Caj parking setiap kereta ialah RM10. Itu sahaja kos yang akan dibelanjakan di sana. 

Boleh pilih nak parking di Raja Chulan atau di Menara Kuala Lumpur. Sebab memang ada dua pintu masuk. hehe. Tapi mostly ramai parking di pintu masuk Raja Chulan.

Canopy walk sepanjang 200 meter di sana tak mencabar seperti di Sabah. Tapi saya rasa berbaloi untuk orang yang nak hadapi ketakutan dengan tempat tinggi seperti saya.





Disini Nad sediakan google maps untuk yang nak kesana. 







Entrance canopy walk. Husband malas layan Nad asyik ajak selfie 😂








Canopy walk entrance ni tak jauh pun. Cuma banyak lah kena daki sikit. Untuk orang pregnant macam nad yang jarang exercise memang cepat rasa penat. hehe








Sampai sudah ke Tower B. 

Canopy walk ini ada 9 tower. Bermula dari abjad B-J. Tower yang terakhir ialah berada di pintu masuk Menara Kuala Lumpur.








Setiap tower akan ada gambar pokok dan QR Code dimana kita perlu scan untuk tahu info lebih lanjut untuk nama pokok dan info-info yang berkaitan.

Tapi Nad penat setiap kali naik tangga, terus tak sempat pun nak scan QR code. hehe. 












Permulaan tak rasa gayat lagi. Sebab tak berapa tinggi lagi. Ketinggian paling tinggi canopy walk ialah 21 meter. Do not worries! Jambatan gantung ni sangat kukuh compare to yang saya pergi di Sabah. hehe. Disana lagi gerun sebab boleh muat jalan sorang-sorang. Tapi di sini boleh jalan 2 orang seiring, tak ada masalah. hehe

Antara trails yang ada disana that you guys should check it out
  • Jelutong Trail (300m)
  • Merbau Trail (361m)
  • Canopy Walk (approximately 200metres)
  • Herbs Garden & Nurseries - See the various herbs that are used for medicinal purposes.
  • Birds - Spot some of the birds here in the early morning or at dusk.









Rasa macam dah sarat sangat dah. Sebenarnya tak pun. 👀



With mr husband~









Image may contain: 1 person, smiling, selfie and outdoor
Excited la kononnya dapat canopy walk finally!. hehe






Mummy to be canopy walk.







Husband lead jalan. Sebab saya jalan slow sangat. hehe






Baru perasan ada typo dipapan tanda. Terima Kashi pun bolehhhh. ✌


Disini ada banyak signboard untuk kita follow trail/denai mana.






Jambatan gantung nak ke tempat burung. Tapi sayangnya masa kami pergi tempat burung ditutup. Kecewaaa. 😞😞😞


we spend about 2 hours here sebab banyak sight seeing and take five berehat di gazebo atau bangku yang disediakan di sepanjang trail. Sadly, disini tak ada yang gerai atau kiosk makanan minuman yang dibuka. mungkin memang tak ada yang buka on weekend?? saya tak pasti. but anyhow, you guys should try pergi ke sini untuk nikmati keindahan alam dan flora. Yang penting, jangan buang sampah and buat kerosakan ya? 😏





Antara kemudahan yang disediakan disini seperti Surau, Tandas, Track, Gazebo untuk berehat, Pondok, Pusat Maklumat, Padang dan Dewan. 

For more information please contact:
Forestry Department of Peninsular Malaysia Headquarters,
Lot 240, Bukit Nanas,
Jalan Raja Chulan, 50250 Kuala Lumpur
Tel: +603-2070 4741
Fax: 603-2692 5657
Hotline : 1-800-88-5776
Email : webmaster@forestry.gov.my
website: www.forestry.gov.my