November 28, 2007



23 november 2007.

ini adalah hari akad nikah abang saya dan kakak ipar saya, Kak Zuly. rumah Kak Zuly terletak di Batu Pahat, Johor. majlis yang sangat simple. dengan 2 lafaz, maka sahlah Kak Zuly menjadi isteri kepada abang sulung saya :) majlis akad nikah diadakan di surau di sana.


24 november 2007..

kenduri di rumah pengantin perempuan. agak terkejut pada mulanya kerana tidak ada berarak. perjalanan dari Batu Pahat ke Seremban agak jauh. walaupun lenguh badan tetap happy :)


2 December 2007, lebih kurang seminggu untuk buat preparation untuk rumah di Seremban :)

November 10, 2007

Hari masak kek!

25 Oktober 2007
ini kisah lama yang ingin dikongsi bersama. sahaja juga aku memonteng sekolah semata-mata ingin memasak kek di rumah shana. awal juga aku tiba di sana. semangat sangat sampai rambut belum kering lagi aku dah sampai di hadapan rumah shana. dapat juga aku mengenali adik shana. comel-comel semuanya. Iskandar dan Daniel namanya.

sempat juga aku membantu Is memakai seluarnya. is dan daniel kena pergi nursery ketika itu. saat nak bancuh kek, agak memalukan sebab aku tidak bijak memecahkan telur. oven juga meletup saat sal ingin menyalakannya. nasib baik, semuanya selamat.

kek itu pula hangus gara-gara kelekaan kami melepak di bilik shana dan bergosip. lama juga tidak meluangkan masa bersama mereka. aku rasa seronok sangat sebab berpeluang main piano kejap di rumah shana. aku hanya tahu memainkan lagu my chemical romance iaitu welcome to the black parade sahaja.

internet juga digunakan(bilik abang shana).

itu sahaja kisah yang dapat diceritakan, the rest is history.

p/s: balik rumah pada pukul 5.30petang