November 10, 2007

Hari masak kek!

25 Oktober 2007
ini kisah lama yang ingin dikongsi bersama. sahaja juga aku memonteng sekolah semata-mata ingin memasak kek di rumah shana. awal juga aku tiba di sana. semangat sangat sampai rambut belum kering lagi aku dah sampai di hadapan rumah shana. dapat juga aku mengenali adik shana. comel-comel semuanya. Iskandar dan Daniel namanya.

sempat juga aku membantu Is memakai seluarnya. is dan daniel kena pergi nursery ketika itu. saat nak bancuh kek, agak memalukan sebab aku tidak bijak memecahkan telur. oven juga meletup saat sal ingin menyalakannya. nasib baik, semuanya selamat.

kek itu pula hangus gara-gara kelekaan kami melepak di bilik shana dan bergosip. lama juga tidak meluangkan masa bersama mereka. aku rasa seronok sangat sebab berpeluang main piano kejap di rumah shana. aku hanya tahu memainkan lagu my chemical romance iaitu welcome to the black parade sahaja.

internet juga digunakan(bilik abang shana).

itu sahaja kisah yang dapat diceritakan, the rest is history.

p/s: balik rumah pada pukul 5.30petang

0 comments :