October 27, 2008

FunFun

25th Oct 2008, saturday




hari yang indah untuk pergi ke open house di rumah kawan hari ini. suppose my friends, Shana, Yana dan Fara berkumpul di rumah aku before pergi open house di rumah Epy. disebablan ada masalah, mereka melepak di rumah Yana dahulu :)

sebaik sahaja tiba di rumah Epy, aku terkejut. ramai sangat orang di sana. Mcpee juga ada di sana setelah sekian lama tidak berjumpa.

kemudian kami menaiki kereta Podean dan Emirul untuk merayau-rayau. entah bagaimana aku boleh terjerit sampai terkantoi suaraku saat memanggilkan kawan lamaku, Umie.

Kereta Podean, Kelisa. bayangkan kami naik seramai 7 orang. sangat sempit. 5 girls and 2 guys. disebabkan ramai sangat juga kami tidak berani pergi ke JJ.

sempat merancang untuk keluar Rabu nanti semata-mata ingin menonton movie bertajuk House Bunny. sebelum merayau, kami hantar Fara pulang dahulu. sempat melepak di stadium dan merakam video merepek :)

disebabkan kebosanan juga, Izyan(twin) request untuk mencube membawa kereta kelisa round jalan stadium. memang agak laju dia bawa. kecut perut aku duduk di seat belakang +_+. bila tiba saat aku memandu, kereta tu pun melompat sebaik sahaja aku tekan minyak. sah silap tekan clutch :D

sempat juga melawat rumah Podean di Cengal. cantik rumah lama dia. besar tapi kotor kerana sudah lama tidak diduduki.

==============================================================================


26th Oct 2008, sunday



Hari ini pergi ke rumah Yana pada waktu petang. semalam Izyan(twin) berangkat ke KL dengan pakcik dia. maka aku keseorangan kebosanan di rumah. tak sangka Abang Udin datang melawat dengan isterinya.

nasib baik Izyan balik awal, terus head ke rumah Yana. agak kesian dengan Yana memandangkan ramai tidak menghadirkan diri untuk open house di rumahnya. hanya aku dan Izyan sahaja okey -.-

terpaksa jalan kaki balik rumah gara-gara Ama(m0m) lupa nak jemput +_+

pada waktu malam, kami semua pergi ke rumah Emirul pula. kali ini Podean dan Emirul yang jemput. disebabkan kereta penuh, memang agak bersempit duduk di belakang.

terus ke rumah Yana pula dengan niat nak ajak dia sekali bersama tetapi niat terbantut apabila ibunya dan abangnya tidak membenarkan pula.

ramai juga di rumah Emirul. berjumpa juga dengan bekas kekasih. haha ;D sekian lama tak berjumpa. sempat pula pinjam motor die dan naik bersama dengan Izyan just for ronda-ronda sekitar taman.


============================================


27th Oct 2008



Hari ini birthday Fara(bff) dan Emal(bro). terpaksa bangun awal pagi semata-mata untuk ke Melaka. ke sana pula untuk hantar Asya balik ke Uni. sempat juga merayau sekitar Melaka. memang sangat cantik. dapat juga tengok eyes on Melaka dari jauh.

malam ini pula akan buat celebration di JJ untuk Emal ;)

someone told me about one book called "man are from mars, women are from venus". terus tengok harga dia. RM55.90. agak mahal :)






p/s : Mr N demam hari ini. get well soon dear ;)

October 19, 2008

Video


video ini dirakam pada hari sabtu bersamaan 18 okt 2008 ketika pergi ke open house di rumah kawan ama & apa.. after that kitaorang pergi rumah paan. rakaman di rumah paan dah post kat blog yg sebelum ni. watch it if u want to.

Thanks ^_^

gambar awan kat atas nie chantek sgt ;) photographer yg hebat yer, doc? ily! lol.. ;) thanks 4 the signame.. dh berkurun tnggu n finally got it.. really appreciate it. thanks ;)


October 15, 2008

Final examination

Monday,13th October 2008

memang tidak mengulang kaji pelajaran untuk preparation for exam. sebab seronok sangat beraya di KL. penat sangat gara-gara balik lewat malam. Alhamdulillah dapat menjawab karangan panjang sungguhpun karangan panjang menjadi pendek.
--------------------------------------------------------------------

terpaksa balik lambat juga hari ini kerana ada exam Seni. calon PMR seperti tidak balik lagi-lagi ketika itu. kesian :) ingat perlu pergi ke bilik seni yang jauh di sana. padahal di sebelah kelas sebenar aku ;p sekarang berada di kelas form 6.

dulu ketika kami PMR, pelajar tingkatan 4 tidak pula disuruh pindah ke kelas lain. memang mereka membuat bising di tingkat atas.

bila dah semangat nak membuat exam seni, cikgu kata dia terlupa ada exam. hebat ke tak? hahaha :D


---------------------------------------------------------------------------------------

sempat naik motor dengan Asup semasa Open House di rumah Shana pada sabtu lepas, 11 Oktober 2008. first time aku mencuba membawa motor. Shana sampai terjatuh bila saat dia membawa ;p

it was a great day :)





Tuesday,14th October 2008

hari ini exam English. seperti biasa, aku tidak prepare apa-apa sebaliknya busy mengemas bilik. di sekolah baru gelabah mencari buku rujukan. semua busy membuat ulangkaji moral values. Fara join kami rehat bersama pada hari ini setelah sekian lama menyepikan diri disebabkan kesibukan dengan tugasnya sebagai pemimpin pelajar.

memang betul moral values keluar. aku pilih the drover's wife kerana itu sahaja yang terlintas. nasib baik hanya one lesson. entah kenapa aku rajin bagi lebih.

Shana balik naik bas hari ini. kesian dia.

aku juga pelik kenapa calon PMR boleh membuat ulangkaji di dalam dewan exam. suppose they are not allowed to do so.



Wednesday, 15th October 2008

exam mathematic for today. sempat berseronok menonton TV dan tidur dengan agak lama semalam. tapi bila malam menjelang, aku study sampai pukul 1.30 pagi. tak sempat message sesiapa gara-gara ingin menjimat kredit.

ada juga soalan yang serius aku tak faham cara untuk menyelesaikannya. mula-mula terlintas nak message si dia tapi khuatir mengganggu memandangkan dia tiada di Malaysia.

bila rasa ingin message kawan-kawan lain, sudah sah mereka sedang tidur. Izyan pula busy belajar. nasib baik ada kesabaran. Bella datang menyelamatkan. sempat minat bantuan pelajar cina ;)

paper 1 agak senang.but paper 2 was pretty tough. harap tidak failed.
esok paper addmat pula.

October 07, 2008

Open House

7th October 2008, Tuesday

it was the best night ever ;) open house di rumah rakan bernama Megat. dia yang baik hati menjemput aku di rumah dengan kereta parents beliau. disebabkan kereta beliau boleh muat ramai orang, maka dia menjemput juga rakan-rakan ku yang lain(shana, yana, alan dan paan). serius kereta agak padat :)

semasa on the way menjemput Yana, Megat berjaya membuat drift saat nak membuat corner dan hampir melanggar seorang pakcik yang sedang berdiri di luar rumah. haha :D

tak sangka ramai budak sekolah PZ di rumah Megat. siap main mercun lagi. dan salah satu mercun terkena kaki Izyan(twin). kaki dia berdarah disebabkan emrcun tersebut.

banyak makanan yang sedap :) memandangkan hari tersebut merupakan birthday adik Megat, maka dapat kek free. kebanyakan gambar dalam camera Megat.

disebabkan rumah Megat dan Mr Nuu dekat, maka aku sempat berjalan kaki ke sana sungguhpun aku tahu dia tiada di sana.

Thanks Mr Nuu for calling me before you fly there :)

it's great to hear your voice before you go ;)

October 03, 2008

Raya 2008

disebabkan tiada siapa ingin melawat kampung, maka kami sekeluarga hanya duduk rumah di pagi raya dan mendengar takbir sambil menolong ibuku membuat kuih raya. bila tengah hari, barulah ada tetamu yang hadir.

maka hari raya pertama membuat keputusan
memilih baju purple instead of other colours :)

walaupun perjalanan tidak jauh, masih penat. tahun ni saja aku rajin membawa handbag sampaikan yang lain nak tumpang letak barang lagi. heh :)

disebabkan terlampau excited menangkap gambar, camera terlepas dari tangan. terpadam terus! sedaya upaya aku ketuk agar kembali on. memang rosak la camera tu lepasni :)


kasut raya tahun ini berjaya dibeli dengan pemilihan secara random. kakakku juga menyukai wedges tersebut. kasut ini akan membuat aku nampak lebih tinggi sebenarnya.

i wonder how he was in Rembau :) hari ini 3 Oktober. lagi 3 hari before dia fly ke Mesir. tak tahu sama ada ingin atau tidak ke rumah dia for the last time :)

aku sudah tiada nenek mahupun atuk. maka setiap kali pagi raya, memang akan melawat kubur. dulu selalu main semut api dengan atuk. main-main tarik kulit atuk.

Al-Fatihah.