November 23, 2008

Konvo!

Malam semalam masih menghadapi masalah untuk tidur. semuanya gara-gara suka tidur pada waktu petang. kena elak lepasni dari tidur petang -.-


so hit the road at 6.15 am after taking breakfast. agak tergesa gesa ketika itu. trying to run with high heels before get into the car. got my pillow. coz i think i could be sleepy :P sampai di sana pada pukul 7++ . ramainye orang. of course i saw many pretty guys around :)) pretty lady pun ramai. but people seakan pandang2 kitaorang maybe sebab dorang semua pakai baju kurung :P

my dad looks handsome wearing that blazer :D thought terus masuk dewan bile dah park kereta kat dalam uitm shah alam tu. rupanya kena naik bas lagi untuk lokasi yang seterusnya.

dalam bas, luckily dpt tempat duduk. ade orang2 tua yg terpaksa berdiri. sebaik sahaja tiba di sana, kamilah orang yang terakhir turun dari bas. terpaksa juga kami duduk di bahagian khemah. agak bosan.


turun balik sebab nak mencari bunga tuk Asya(sis). sume bunge buruk2. bunga tipu!

masuk muzium seni kt situ! wooooooow! sume artifak kt situ cm familiar. rupenye ade dalam buku seni aku. hebat! sebab dapat tgk live.

sampai di situ jalan2 sampailah terpandang belon sponge bob. ingat nak bagi Asya(sis). my impian nak beli belon camtu dah tercapai :P bile dah jalan2 di sekitar situ tetibe jumpe satu gerai jual banyak bunga. sume bunga betul. agak bengang sebab semasa membeli bunga tipu tu MAKCEK kedai tu cakap tak ada jual bunga betul kat sini.



saat nak berangkat pergi ke tempat khemah. penat cover tahan sakit. accidently terseliuh kaki. sebab leka tgk bunga, tak perasan ada tangga di hadapan. memang sedap :)

tidak dijangka, Mak Uda sekeluarga hadirkan diri. akhir sekali kami semua mencari buang betul menggunakan duit Ama(my mom). lama sangat nak tunggu Asya keluar dari dewan.


kemudian aku decide berteduh di tempat orang melukis gambar semasa Asya(sis) sedang mendaftar diri untuk menangkap gambar.

aku agak terpegun dengan pelukis di khemah berdekatan. RM10 per person. pada mulanya tergerak juga hati gambar aku dilukiskan.

sebaik sahaja photoshoot selesai, terus bergerak naik bas untuk pulang ke tempat parking kereta. memang kali ini bas lebih padat dari sebelumnya.


bas sering terbrek-brek. banyak kali juga aku tergelincir. kasut aku agak tidak sesuai untuk digunakan menaiki bas. sakit pun ada sebab banyak kali tergelincir. ingatkan terus heading seremban. rupanya parents bercadang singgah di kenduri kahwin. agak rasa kurang selasa kerana tidak memakai baju kurung.


setibanya di sana memang agak terkejut. sangat berselerak. terus selara terbantut. ketibaan yang lambat juga membuat kami terpaksa redha makanan dah habis.


k. bye

November 21, 2008

A friend

meet Fakrul Azmi :)

hari ini bangun agak awal kerana someone called me. jejaka di atas dikenali melalui ym. tidak tahu sangat tentang dirinya. beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. punyai 2 orang adik perempuan. darjah 5 dan tingkatan 3.

Beliau perlu masuk ke PLKN lepas habis SPM. so not going to see him around 3 months. untuk lebih mengenali beliau, boleh tekan link di bawah ini.


November 20, 2008

My cat

malam tadi menghadapi masalah untuk tidur. sempat bermain ym dengan seorang jejaka yang berjaya membantuku mendownload sesuatu iaitu internet download manager.

beliau siap memberi panduan melalui gambar beserta mike dan headphone. padahal ketika itu dia sedang menghadapi SPM. sempat lagi beronline? :)




dapat message dari Mr Nuu this morning.















yeah, my cat suke tidur sebegitu setiap hari.. seperti manusia. berdengkur mcm manusia juge. kentut mengalahkan manusia ;)
i love m
y cat =)













gambar panduan untuk mendownload oleh encik Fakrul.






November 13, 2008

My Bff

Semalam, kawan baik saya yang sudah lama tidak berjumpa datang sleepover di rumah saya. so i invite all my bestfriend datang join :) 7 orang kesemuanya in one small room upstairs. kami banyak bergosip sebelum tidur. disebabkan Izyan mempunyai laptop, maka kami menyaksikan tayangan unggul melalui laptop beliau.

disebabkan menonton cerita hantu, maka lampu terpaksa ditutup. Sal dan Izyan paling penakut :D kemudian disebabkan mereka takut-takut, terus tukar kepada cerita action. yang lain sudah terlelap dengan kedinginan malam.

bila dah bosan, kami tutup lampu lagi. kali ni kami bergosip. entah macam mana muka Fara boleh nampak huduh sampai menakutkan aku dan Shana. terus kami segera buka pintu. akhirnya tertidur :)

saat aku buka mata hari ini, mereka tergelakkan aku sebab tidak menjadi plan dorang untuk mengenakan aku :) kononnya nk kejutkan kitaorang pukul 8 dan cakap dah pukul 10.

tiba-tiba Yana menghalakan handphone dia kepadaku. Epa di talian. aku agak terkejut bila Epa merequest untuk duduk di rumahku bersama kawannya. terpaksa juga aku meminta dia balik sebab kami semua perlu keluar ke Jj sebentar lagi.

kami semua 7 orang. memang tak cukup kereta Naza untuk 9 orang. kami tiba di JJ pada pukul 10.20 pagi. memang terlampau awal. terus masuk ke greenbox dan berkaraoke :)

berkaraoke untuk 3 jam. RM10 seorang.

Sal berjaya juga bertemu dengan her bf after a long time :)

aku jangkakan sleepover ini selama 2 malam tetapi tak menjadi kerana parents mereka tidak mengizinkan.sleepover ini juga bring us to be introduce to a cousin of Sal, Dayang :)
shes really cute and ade baju yang sama dengan Izyan, jenama F.O.S.






p/s : semoga berjumpa lagi :)

November 08, 2008

30 yang anda perlu tahu tentang wanita..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

November 05, 2008

Results



markah final exams
1 ) B.Malaysia 79% A2
2 ) B.Inggeris
85% A3
3 ) Science 48%
4 ) Mathematics 41%
5 ) AddMath 38%
6 ) Ekonomi Asas 60%
7 ) Agama Islam 74% B3
8 ) Sejarah ?
9 ) Prinsip Perakaunan 67%
10) Seni *x buat Exam*