March 08, 2009

Motivation

Setelah dipujuk oleh my mom utk menghadiri motivation session di pejabatnya, saye merelakan diri menghadirkan diri dengan berbaju kurung dan berselendang. di sana saya duduk di belakang. memandangkan seat depan dah penuh. duduk di belakang sangat tak best. macam-macam aktiviti yang dilakukan.

aktiviti pertama ialah melipat kertas dan menjadikannya 8 kotak(garisan lipatan). tapi saya lipat tak menjadi,nasib baik ada abang tu tolong buatkan ;D kemudian perlu tulis di setiap kotak macam-macam event yang dikemukankan oleh 'cikgu'.

kita akan menulis cerita berdasarkan tajuk event yang diberi.

ikhtibar dari aktiviti itu ialah sanggupkah kita menganiaya diri kita sendiri? kenapa kita tak buat cerita yang baik dalam nukilan kita tu kan? selepas mengarang, kami perlu memulangkan kembali paper tersebut untuk diberikan kepada abang2 tersebut.

tak sangka abang fasi saja nak mengenakan saya dan kembar saya dengan mengambil paper kami dan memberikan kepada cikgu untuk dibacakan. habis satu dewan tergelak.

coretan kembar saya berbunyi begini :

tajuk event : apa yg awak lakukan selepas itu?
-beruang itu mengajak saya ke rumahnya..

-beruang itu mendukung saya.

- beruang itu lembut.....



kemudian sehelai kertas dieedarkan kepada setiap seorang. soalan pun diberikan dan diminta untuk menyalin soalan tersebut :P dan ini yang saya tulis :

tajuk event: apa yang anda lakukan selepas itu?
-mencari jalan keluar dengan beruang

-sempat bergayut dengan monyet
-jumpa pintu ajaib

- gunakan kunci untuk buka
-pergi ke dunia lain
-penuh dengan gula-gula kapas

- menari dan menyanyi sepanjang hari
-terjumpa jejaka kacak dan kaya

-spend day dengan dia sepanjang hari

-terjaga dari tidur, hanya mimpi seperti nyata.


cikgu itu comment kenapa perlu jadikan ia mimpi? mengapa x menjadikan ianya kenyataan? saya tergamam di situ. tapi bab monyet tu memang ramai tergelakkan saya -.- nasib baik dia tak sebut siapa yang tulis nukilan seperti itu :D

aktiviti seterusnya masukkan diri dalam kertas.

rupanya kena koyakkan kertas tapi jangan ceraikan. macam mana tu? adela :D tapi memang aktiviti ni memerlukan pemikiran yang mendalam. budak kecil semua dapat buat, saya yang besar gedabak tercengang....

selepas itu aktiviti menyimpulkan tali.
klue-nya: 'sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan'.


Pada mulanya memang saya tak faham permainan ini. sampai berpusing-pusing. aktiviti ini aktiviti berkumpul.kumpulan saya ada 5 orang ahli termasuk saya. kesemuanya di tingkatan 5 dan perempuan. tapi akhirnya kami berjaya juga lepaskan diri.

next ialah game di mane kami akan dpt 7 paku. buat satu bentuk menggunakan paku itu agar dia boleh berdiri dengan satu paku sahaja. macam mana tu? again saya terkial-kial memikirkan cara. at last, dapat jugak selepas tengok cikgu membuat bentuk rumah ;D memang memerlukan pemikiran yang tajam. aktiviti ini sahaja yang kami sempat menangkap gambar bersama.

ada satu kata-kata yang buat saya takut nak nyanyi lagu semasa mendengar mp3. kenape? berdasarkan maklumat yang saya terima dari 'cikgu' motivasi, menyanyi memang boleh tapi jangan menyanyi sebarangan. kerana apa yang kita nyanyi seperti mendoakan diri kita.


bukan nak suruh percaye 100%.
ikhtibarnye ialah lebih baik menyanyikan lagu yang ada unsur baik.
andaikan tahu,
kapan tiba ajalku,

ku akan memohon,
tuhan jgn kau amik nyawa ku,
aku takut atas segala dosa2 ku.


hebat bukan lirik itu? seperti meminta ajal dicepatkan.

banyak ikhtibar yang saya dapat dari camp ni. :)

0 comments :