April 15, 2009

Expelled

Semalam, ketika sedang sibuk membuat kerja yang diberikan oleh cikgu. tiba2 cikgu kaunseling memanggil 3 org pelajar dari kelas aku tanpa aku ketahui sebabnya. aku leka membuat kerja sampai malas nak amik kisah sampailah tiba waktu rehat, barulah aku tahu kejadian sebenar, mengapa dan bagaimana.

3 org pelajar tersebut telah dituduh 'menge-pau'(ambil duit) seorang pelajar junior yang kini berada di tingkatan 2. bukan dituduh, sebab memang mereka pau pun.baku terkesima di kala itu tapi aku buat tidak tahu sebab time itu tengah kusyuk menghadap rezeki. on that day memang aku lapar sampai sepinggan nasi lemak dan semangkuk mee aku bedal tanpa pandang sekeliling.

aku hanya tahu pasal isu ini apabila Shana dan Yana menceritakan kembali apa yang berlaku. menurut mereka, 2 dari 3 pelajar ni telah dibuang sekolah memandangkan ini adalah kes terakhir mereka. tahun lepas mereka dah selalu turun naik bilik pengetua sampai diberikan last warning agar tidak buat kes yg boleh membuatkan mereka dibuang sekolah.

sebelum ini juga pelajar di dalam kelas kami terdapat 36 orang. bayangkan bagaimana ia boleh menjadi 31 sekarang. tahun lepas, 3 org pelajar dipindahkan atau dengan bahasa kasarnya dibuang. tetapi dihebahkan sebagai pertukaran tempat belajar. dibuang dan ditukar mempunyai maksud yang berbeza. mengapa 3 orang ini dipindahkan? ketiga2 mereka mempunyai masalah disiplin. ada yang sampai tidak menghadirkan diri ke sekolah sampai nak dekat sebulan. ada dengar ura-ura juga salah seorang dari mereka ini dipenjarakan di JB.


on the other hand, Jumaat ni sehingga hari Ahad saya akan ke Melaka bagi menghadiri kem motivasi BI. berjaya juga masuk dalam list yang akan pergi ke sana hasil dari rayuan kepada guru bertugas. dulu aku geram aku tidak dapat, sekarang aku happy sampai nak berguling2 :)

2 comments :

azmalina said...

da hikmah nye tuu. sape taw kan? urm urm.

Miss N. said...

yea, miss them both :(