May 01, 2009

Ghost thingy

i had been to Malacca about 3 days.
dont have the time to update my entry about my 3rd day in Malacca.
right now, i seriously want to tell you about ghost story
i had experienced there.





my side of story :

pada hari pertama di Malacca, aku terus menerjah masuk ke bilik di sebelah pintu masuk apartment. yang lain pua semua serbu ke arah bilik-bilik yang lain. aku sgt bertuah sebab dpt bilik paling besar :D

aku berkongsi bilik dgn 5 org gadis. disebabkan keadaan bilik yang agak menyeramkan, aku berdoa agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini. sangat risau -.-

pada malam pertama selepas makan malam dan aktiviti ice breaking iaitu sesi berkenalan, aku masuk ke kamar kawan-kawan aku yang lain. saje nk masuk tengok bilik yang lain. plus nak tengok balcony.

ade 3 bilik dalam satu apartment.

memang ade perasaan takut sejak masuk ke setiap bilik kawan-kawan. seperti ada mata yang memandang. mungkin hanya perasaan aku.




Shana's story :

dia mmg rase semacam juga semasa masuk ke bilik ketiga itu iaitu bilik paling tersorok dalam apartment tersebut. pada malam kedua, kami sendiri terdengar bunyi orang mengetuk pintu utama. sedangkan cikgu baru sahaja membuat spotcheck untuk memastikan tiada pelajar yang merayau malam-malam.

pelajar lelaki yang lain memang tak tahu bilik kitaorang di mana. tapi macam mana boleh ade orang ketuk pintu bilik kami pada tengah malam?

hanya Shana yang mendengar ketukan pintu itu. kami yang lain memang tidak mendengar apa-apa bunyi. nasib baik kami tidak selurus itu membuka pintu :O





Zafirah's story :

pada hari kedua Zaf sakit perut maka dia balik ke apartment seorang diri. ketika itu ada housekeeping kemas apartment tu. dia cakap kat Zaf jaga diri baik-baik. Zaf sekadar mengangguk dan senyum tanpa bertanya apa-apa. tapi jika difikirkan balik, kenape die cakap macam tu en? seperti ade maksud tersirat. kemudian Zaf terus menukar baju dan mandi semua. yeah, memang bulu dia start meremang! tapi dia buat tidak tahu, sebab memang dia rase seperti ada sesuatu yang memandang. dia terus menghiraukan perasaan kurang enak dan kembali tidur.

p/s : Zaf duduk sebilik dengan Mimi





Mimi's story :

masa malam pertama, Mimi mimpi ada budak dalam toilet bilik air die. lelaki, bog*l dan dia seorang budak. semasa malam pertama memang dia susah nak tidur. ketika dia solat pula, memang dia rase seperti ada seseorang yang lalu di belakang dia. seperti Zaf dia pun menghiraukannya juga.





Wawa's Story :

memang Wawa sendiri mengaku dia merasai sesuatu kehadiran di dalam bilik dia[bilik tersorok]. dia juga menghiraukan perasaan kurang enak itu. pada malam pertama dia stay awake semata-mata untuk menyiapkan homework yang tertangguh. dia keluar dari bilik, tiba-tiba ternampak ada lembaga berdiri di luar tingkap di balcony. lelaki! wawa memang dah cuak cuma die try menenangkan diri. Atiqah tidak tahu apa-apa dan terus tutup langsir di tingkap tu.






konklusi, hanya mainan perasaan.

0 comments :