September 10, 2009

Awak, saya ingat awak

awak, masa mula-mula saya kenal awak kan, saya orang paling gembira tahu? sebab awak nampak baik dan selalu fokus belajar. saya kagum tengok awak pakar dalam bidang akademik awak. masa tu saya bercadang pergi tengok wayang cerita Shrek 3, saya ingat lagi sebab masa tu saya jumpa awak.

saya pergi dengan kawan-kawan saya. wayang tak start lagi. saya pun teruja pergi library dekat Terminal One sebab masa tu saya baru first time dapat masuk situ. selama ni saya tak pernah pergi library taw awak :)

saya merayau-rayau mencari buku kegemaran untuk dibace. dah bosan, saya mencari majalah wanita. masa itu saya nampak awak dengan kawan awak. saya curi-curi pandang awak sebab muka awak seperti pernah saya lihat. saya tenung awak tapi awak tak sedar.

masa tu saya ingat lagi, awak pakai topi mashimaro. saya suka taw awak. memang awak comel. saya nak tegur awak sebab saya rasa saya kenal awak melalui friendster. tapi saya segan. saya terus berlalu pergi.

keesokan hari, saya tegur awak di friendster dan bertanya tentang perihal semalam. awak cakap awak tak nampak pun saya. saya hanya tergelak di hadapan komputer. sejak dari itu kita sering borak-borak.

masa tu saya tiada telefon bimbit. nasib baik kawan saya bagi saya pinjam handphone sabun dia. dari situ kita makin rapat. awak selalu ambil berat tentang saya. awak sentiasa ingin tahu apa yang saya buat. awak ingat lagi tak?

awak selalu telefon saya, awak pun selalu message. masa bulan 8 kita selalu jumpa kan awak? sampai sekarang saya ingat tarikh dia taw awak. 21, 25 dan 1sept.

saya pernah tengok handphone awak dulu. banyak sungguh message daripada perempuan. saya macam dah rasa lain taw awak. saya tak patut teruskan rapat dengan awak sebab saya taw nanti saya terkena balik.

itu semua kisah lama kan awak. 2 tahun yang lepas. saya pun dah tak nak ingat. saya tak pernah cerita pasal awak kat blog saya. tapi saya nak cakap, kenangan kita sangat indah sekali awak. saya tak nak lupakan tapi saya terpaksa lupakan demi kebaikan saya juga.

nanti bila awak ingat saya, awak jangan lupa tengok bulan taw. dulu awak cakap kalau kita jauh, kita pandang bulan. kita pandang pada bulan yang sama kan. dulu awak selalu suruh saya pandang luar tingkap tengok bulan. sekarang saya seorang diri. saya selalu tengok sorang-sorang sebab saya tahu awak dah tak berminat melihat ke arah bulan lagi.

dulu awak tak kisah cara saya layan awak kan. saya suka marah-marah awak tapi awak sabar je. awak tak pernah marah saya. saya rasa awak sangat berbeza dari siapa-siapa pun.

tapi kini awak suka cakap bahasa kasar dengan saya. awak cakap saya macam-macam. awak cakap awak berubah sebab saya. saya sedih tapi awak buat tak tahu.

awak memang suka berkawan. dulu saya buat tak tahu sebab saya percaya awak. bila saya percaya sepenuhnya, baru saya tahu awak suka bertukar nombor telefon dengan orang lain. awak suka rapat dengan semua orang yang berlainan jantina.

saya teragak-agak dulu sama ada nak rapat dengan awak ke tak. awak tak pernah cuba untuk berkawan dengan kawan baik saya. bagaimana awak nak kenali saya kalau awak tak suka kawan baik saya?

saya memang tak suka rapat dengan lelaki. kenapa awak tidak cuba untuk tidak rapat dengan perempuan? awak cakap ini adalah masa untuk membesar dan berseronok. saya tak dapat halang awak.

masanya sudah tiba. kenangan itu semua memang indah. saya suka lukisan pertama yang awak berikan kepada saya. saya suka segala pemberian awak. sungguhpun ketika birthday saya awak tidak wish saya sebagaimana awak buat kepada kawan-kawan perempuan awak, saya tetap cuba hargai.

tapi kesabaran saya ada tahapnya juga awak. saya bukan jenis mendengar kata kawan. nasihat kawan saya cuba fikir dan renungkan. kadang-kadang saya rasa awak tak hargai saya, kadang-kadang saya rasa awak tak sayang saya.

saya tak kisah. tapi saya nak cakap. walau apapun terjadi, saya tetap ingat awak. sampai bila-bila. kenangan itu semua terlampau manis. saya mahu awak bahagia dengan hidup awak. itu semua kisah 2 tahun lepas kan awak.


awaklah yang terbaik. saya bertuah dapat mengenali awak. tapi saya terpaksa lepaskan awak sekarang. selamat tinggal awak, saya ingat awak :)

16 comments :

shinchan BEBEL said...

itsokay nad.aku ada :)

Miss NadNod said...

yeah.. aku taw tu.. syggggg shin chan ;p

SonaSona said...

yeah Dja pn ada (: * x pasal je haha sorry

najiaaa said...

naaad , alaa tak pe . u boleh dpat someone better dari die .
taapi kenangan tu mmg sangat sukar hendak dilupakan .

ween said...

yeah,
even though the relationship doesn't go on, all the memories will still remain there forever, kan? awww. so sweet lah the way u wrote this entry dear. be strong ok.

Eh btw, terminal one ada library ke? been there for almost 2years tp xpernah perasan pun ,herm (-_-")

Miss NadNod said...

to dja : apa yg dja ade? haha ;D

to najia : heh? not looking forward to find one pun. haha :D kenangan tu still remains. miss*


to ween : mmg remains forever n ever ;) yeah. kene move on juge.. library tu kan dekat2 dengan terminal one ;D bukan dlm terminal one. haha

silentshutter said...

awk ingt sy x?hehe..xpe bia la owg yg xsyg kte tu pergi ek, t stu hari nnt dia akn tau spe yg btl2 syg dia,huhu..kte sme la,huk2 cdih lak, tp aku da ade buah ati aku yg bru, its my cmre,hehe..so idup kna ceria k,,

loleyla said...

let him go!kalau dah takde pape yang tinggal utk kite.baik tinggal kan dia.

be strong gurl!
: )

Miss NadNod said...

to silent shutter : sye x ingat awak :P entry ni dibuat bukan untuk mengaibkan dia :) just nk bgtw die sye ingat die ;) yeah.. kne hepy2 selalu.


to loleyla : mne awk lg prefer, ditinggalkan atw meninggalkan? susah taw nk let go :) but its for the best

SonaSona said...

Ada telinga klw nk bercerita :D

Mizz Faraheen said...

hurm..org mcm 2 lg lame kte smpn kte juge yg parah...
sbar ye...focus on ur spm...
gd luck!
pasni cari lain k..prjalann masih jauh...masih luas utk dpndg oleh mata...pasni akn jmpe lg ramai org...so,jdkn ni pngalamn dn panduan utk mnempuh mase akn dtg...cewah!

Miss NadNod said...

dja : ade telinga kalau nk bercerita? heh. x fhm :)


to mizz faraheen : parah yer? :) okay.. spm 1st kan :) perjalanan mmg masih jauh. pengalaman mengajar kita jdi matang kan. thanks for the advice ;)

chipsmore said...

setiap yg berlaku de hikmahnya ;)

Miss NadNod said...

yeah.. kene kuat hadapi semuanya :)

ezany said...

mungkin tuhan telah sediakan jodoh yg lebih baik utk kamu.. insyAllah.. amein..

Miss NadNod said...

ya, insyallah :)