September 16, 2009

Exam . Kad



Disebabkan exam seni paper 1 hari ini, aku gagahkan juga pergi ke sekolah seawal pagi sedangkan paper bermula pada pukul 11. aku tidak tidur malam tadi buat sekali lagi.

setibanya di sekolah, aku berjalan dengan penuh semangat tanpa sebab yang munasabah. gila freaky sampai di sekolah pada pukul 6.45 pagi. kelas-kelas tingkatan 5 semua gelap. aku dah semakin gelabah. langkah diperlajukan. mana semua orang?

aku hanya nampak pelajar bukan Islam sahaja. sedih sedih. terus masuk ke kelas. okay, aku geram kot. kelas tunggang langgang. pencil case pun ade. tak sayang harta sungguh. kalau ikutkan hati aku nak ambil terus buku past year question for science dan prinsip akaun yang terdampar atas meja.

disebabkan bulan puasa aku membatalkan niat aku. nanti dituduh mencuri, tak ke naya +_+ aku terus menyusun meja dan kerusi. mencapai penyapu dan menyapu la kan. tapi aku rasa pelik. aku rasa penyapu tersebut seperti melekit. ewww.. rasanya kencing kucing.

aku duduk bersendirian sehingga pukul 7.05 pagi. kau bayangkan aku berseorangan macam kena pulau dalam kelas +_+ tunggu dan tunggu.

kehadiran Shaza menerbitkan senyuman yang paling manis aku berikan. yay! aku ada kawan wei :)seterusnya, Intan tiba, Shikin, Shin Chan, Afi, Ucop, Asip, Paan, Megat dan seterusnya.the day was great. aku habiskan exam tidak sampai 1 jam. terus mintak permission cikgu untuk habis awal.




budak lelaki semua busy bermain gitar. yang perempuan bermain internet di laptop Shin Chan Shikin. tiba-tiba perihal kewujudan blog aku diutarakan. aku terus malu sendiri sebab ramai sudah mengakui mereka sering membuka blog aku. haha :D

lepasni, aku tidak menceritakan perihal masalah aku sangat yer. sangat the dangerous. haha. english teruk kan? :)



Setelah membuat sesi luahan perasaan bersama Achi, Shikin, Shin Chan dan Hasip, aku terus berasa lebih lega. kenapa? sebab mereka banyak bagi aku kekuatan. mereka menceritakan kisah mereka dan aku mendengar dengan kusyuk. habis air liur kami bercerita ini dan itu.



Asip berjaya menunaikan janjinya menemani aku pada hari ini.




kepada pelajar kelas 5Mel atau classmate aku, kelas kita telah memenangi pertandingan menghias kelas untuk hari merdeka. tempat pertama ye. tetapi Pak Ya tak bermurah hati nak menghadiahkan wang tunai sebaliknya memberi kita setiap seorang testpad dan sebatang pen yang aku tidak tahu jenama apa.




video

video pendek yang berjaya dirakam. suara aku garau. rock sikit :)
kualiti video yang sangat tidak memuaskan. aku pakai handphone murah.






aku benci Kanye West yang suka mencari perhatian.







aku tidak dapat memaparkan video Kanye mengatakan Taylor tidak layak memenangi award tersebut. sila pergi ke video ini untuk melihat sendiri. .






apabila malam menjelma, baru aku sedar bahawa aku sudah menerima kad raya yang pertama. menjerit sebab dah lama tak dapat kad raya. thanks :')





thanks for the card :)

2 comments :

shinchan BEBEL said...

HAHAHA.nad,laptop cikin lah.bukan shinchan punyaaaa :D

Miss NadNod said...

hahaha.. ingatkat shin chan nye. okok, nad dh tukar ;D