October 02, 2009

Bacaan Yassin




Yesterday, merupakan majlis bacaan Yaasin untuk para pelajar calon PMR, SPM dan STPM. sungguhpun aku sudah diberitahu tentang majlis tersebut sebelum bermulanya cuti raya, aku masih buat tidak endah sehinggalah hari Isnin lepas.

majlis hari Khamis tetapi pada hari Isnin ramai sudah bertanya dan berbincang baju apa yang dipakai. aku turut join masuk borak nak pakai baju ape. walhal hanya majlis bacaan Yaasin dan solat hajat, pemakaian baju kurung masih diutamakan. warna tudung dengan kasut pun boleh menjadi isu.

sampai di rumah, bergegas ke meja makan. bersiap dan terus keluar rumah pada pukul 5 petang. awal kan kami pergi semula ke sekolah?


majlis bermula pada waktu magrib nanti la kan, tetapi pergi awal sangat :) semata-mata menemani rakanku membeli hadiah untuk kekasih hati. sanggup aku ikut sebab ingat dapat release tension sebentar dengan berbaju kurung.

aku pun pelik juga kenapa setibanya di sekolah orang memerhatikan aku macam aku pakai baju dan kain yang berbeza. maybe kasut aku kot. aku pakai kasut lama tetapi seakan kasut baru sebab tak pernah dipakai. warne kuning striking.




kawan kata fesyen aku pakai seperti kelam kabut.



apabila sudah waktu magrib, aku sudah tak keruan. mana nak duduk? nak duduk dengan siapa ni? terus aku duduk di tempat ambil wuduk. ada classmate ku yang senasib denganku tetapi dia seakan takut nak dekat dengan aku. terus aku beredar duduk di tangga macam hantu kuning+oren.


baru aku duduk, ramai sudah yang menegur sama ada aku senasib dengan dorang. semua join duduk dengan aku di tangga. semua aku kenal tetapi tidak terbuka mulut untuk berbicara. pelbagai ragam manusia aku tengok. ada yang terlanggar bontot orang di depan ketika solat.


nasib baik ada Achi dan Dot. :) dapat juga aku duduk dengan korang sepanjang majlis bacaan Yaasin dan solat hajat. kita berborak sampai menimbulkan ketidakselasaan orang di bawah rasanya. haha. sebab suare Achi makin lama makin kuat kan ;p



tahun ni, agak low bajet betul. adakah wajar makanan dihidangkan dan bukan sudah siap dibungkus. bayangkan bertapa ramainya pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 termasuk dengan parents. berebut-rebut orang membeli.

aku dicop "terlampau baik" sebab bagi makcik tu dulu ambil kuah satay sedangkan aku yang pegang senduk itu terlebih dahulu. tidak semena-mena makcik tu memberi senduk itu kepada orang lain di sebelahnya. aku ketika itu di hadapannya.







Today
, Shana tidak datang pula. Yana la menjadi mangsa aku berbual-bual dan tergelak macam orang mabuk. memang tidak belajar. Alhamdulillah account aku dapat A2. tetapi agak kecewa, Yana berjaya beat aku kembali. aku hanya mendapat 75% setelah dinaikkan 2 markah oleh cikgu ;p Yana 78%, 2 markah untuk mendapat A1 tidak diberi. so padan muka. hahaha ;p Yana, sila bersyukur :)

kini hanya paper seni dan paper bi yang masih belum diketahui markahnya.

for the first time juga jumpe adik Amal depan-depan. siap bersalam dan bercium tangan lagi :) semuanya hasil bantuan asip kan ;p amal memang comel pun ;p dah lama perhati sejak awal tahun dulu. cuma segan nak tegur ^^,





thanks kawan sebab sudi menconteng tangan aku dan buat lawak bodoh bagi aku tergelak. :P tangan kau pun aku conteng kembali. jangan lupa sediakan duit raya untukku :)

0 comments :