October 20, 2009

Ini kisah persekolahan (2005-2009)

Bermula dengan zaman sibuk nak berkenalan dengan semua dan hanya tahu berseronok sehinggalah zaman semua sudah besar dan matang serta sudahpun memiliki cita-cita sendiri termasuklah kekasih hati ;p tamat sahaja alam persekolahan untuk batch 2009 tahun ini, semua akan melebarkan sayap masing-masing untuk menuju kejayaan yang diimpikan. semua mengikut haluan masing-masing. tanpa kita sedari, masa berlalu dengan pantas.

saat perpisahan, pasti semua akan kelihatan gembira sekali kerana sekolah sudah tamat. segala beban yang ditanggung selama bertahun tahun menuntut ilmu di sekolah ini sudah berakhir. baju bakal diconteng. perancangan untuk melepak dan berseronok dengan rakan yang lain sudahpun dirancang dengan rapi sebelum bermulanya SPM.

saat PMR habis, memang seronok sekali tetapi tidak sehebat apabila sudahpun tamat alam persekolahan. tiada lagi baju sekolah dan kasut sekolah yang harus dibeli. semua akan masuk ke institut pengajian tinggi yang ditawarkan. malah ada yang tersenarai menyertai PLKN. sayang sekali. eh bukan, bertuah sekali diri ini kerana tidak terpilih. bertapa riangnya hati saat menerima sms "anda tidak tersenarai untuk menyertai PLKN siri..."

haha :D semua sudah merungut tidak mahu ke sekolah kerana bosan menjawab TFE(Test for excellent) yang tidak berkesudahan. sungguhpun TFE dibuat setiap hari, bukan semua pelajar membuatnya dengan seserius mungkin. belajar apatah lagi.

terasa sayang sekali nak lepaskan kenangan ini. sebenarnya aku sendiri tidak menerima bahawa aku sudah besar dan seharusnya berfikiran matang. pemikiran aku masih di dalam kotak mungkin. cabang untuk ke institusi mana pun aku tidak tahu. cita-cita pun tiada apatah lagi impian. usaha pun sekadar ala kadar. minggu ini kena mulakan hidup baru. belajar dan belajar. insyallah. sebab kata kata aku tak serupa bikin ok.

ok, aku stop. nanti nangis pula kalau nak fikirkan aku bakal berhenti sekolah. buat makluman anda sekalian. Paper terakhir aku untuk SPM ialah paper ekonomi asas iaitu pada 7 disember 2009.



2005

era zaman muda mudi di mana semua kecil kecil lagi :) korang takkan dapatjumpa aku.aku bertudung bulat dan bermuka masam. sila cari kalau dapat ;p

Guru Kelas : En. Rashid




2006

ini zaman paling indah. semua mendapat first love masing-masing pada tahun ini. tahun ini juga beshtiebesh ditubuhkan yang terdiri daripada saya, Shana, Sal dan Farah. maaf, Btb atau Beshtiebesh sudah dilupuskan sejak tahun ini.

Guru Kelas : Tengku Falehatun Nahar





2007

ketika Sal my bff masih duduk di Seremban :) tahun yang paling mencabar. aku duduk di barisan hadapan.


Guru Kelas : En Mohd Said






2008
Last year, 2008 :) memang muka aku nampak kelakar sangat. maaf, takkan dapat click punya gambar ini untuk enlarge ;p


Guru Kelas : En Mohd Said






2009
This year. for the 2nd time tidak berpeluang duduk di barisan paling hadapan :)


Guru Kelas : Pn. Rohani






Antara banyak-banyak cikgu, cikgu Rohani yang paling rajin memberikan hadiah kepada anak muridnya. itu termasuklah aku ya :) cikgu Rohani akan memberi hadiah kepada setiap seorang anak muridnya apabila tiba hari jadi masing-masing ;p termasuk aku juga.

sebentar tadi dapat gift lagi. sempena dapat A1 untuk paper BM(trial spm 2009). terima kasih cikgu :D saya sayang cikgu even cikgu selalu nak tahu url blog saya. saya dah tukar. entah cikgu jumpa ke tidak kali ini :)

sticker note dan pen stabilo. alhamdulillah :)

nak jawab SPM guna pen ni. haha ;p



video

video yang dirakam pada tahun 2006.
ok, aku tengok video ni rasa macam nak nangis T_T



video

video yang dirakam pada tahun 2007.
budak kena campak dalam swimming pool? :P
barbeque party for form 3



video

aku dan Shana menyanyi ok ;D tahun 2007



choral speaking. tahun 2009



our perfomance. tahun 2009. suara aku kelakar. harap maklum.



Koleksi gambar sepanjang tahun 2007 hingga 2009



2007 : 3 Muzaffar
2008 : 4 Muzaffar
2009 : 5 Melewar




Shana dan Paan. sejak 2007 ;)



































----------------------------
T.H.E..E.N.D
---------------------------
p /s : friend forever kan kawan-kawan?

6 comments :

SonaSona said...

banyak pic sajenn haha

Miss NadNod said...

haha.. mase form 3 dulu mmg selalu snap gambar die je ;p

SonaSona said...

haha knape?

Miss NadNod said...

sebab die duduk sebaris dgn meja nad dlu ;D
maybe sbb die suke bergambar, thts why la kot ;p

SonaSona said...

owhh. dia rapat ngn edlin en? sajen baek en en :P

Miss NadNod said...

aah. die rapat rasenye dgn edlin :D
byknye tanye.. haha :D nape dja?