October 05, 2009

Open House lagi

Lake Garden, bandar seremban ;p



disebabkan siap terlebih awal, kami terpaksa menuju ke Lake Garden instead of Jj.
kalau pergi Jj, mesti susah nak patah balik ke Rasah Jaya
sebab memakan minyak yang banyak ;)







Rumah Achi, Rasah Jaya.


lokasi rumah Achi ialah di Rasah Jaya. seriously tak tahu jalan ke sana. rumah Dot juga di area situ kot. kami sesat hampir 1 jam sebab nak cari jalan. siap nak masuk highway Johor lagi. dengan panduan ayah Shana, kami sampai juga di rumah Achi.

minyak kereta memang menjimatkan sebab masih menggunakan
minyak yang diisi Sabtu lepas. Rasah Jaya agak besar bagiku.

jalan sangat complicated kot sebab tu susah proses nak mencari.


makanan kat rumah Achi memang sedap. tetapi sayang
sekali sebab tak sempat merasa rendang masakan Achi ;(
next time aku makan. next year la pulak? :P

kawan sekolah rendah Achi cantik. aku suke that amoi ;p






Rumah Naim, yang aku tidak ketahui apa nama tempatnya.


rumah Naim senang untuk dicari. rumah orang kaya memang senang nak cari, kan Naim? ;p dekat rumah Naim, aku hanya sempat merasa satay dan sedikit kuih raya. memang perut masih kenyang sebab makan terlampau banyak di rumah Achi :)



duet raye from naim's mom :)





Rumah Azie, Panchor Jaya

sampai rumah Azie, hanya minuman yang aku capai dan beberapa potong kek. maaf yer Azie. perut betul-betul full :) owh yeah, tiada gambar yang ditangkap di rumah Azie.

**rumah azie tiada langsung gambar yang ditangkap. terlupa +_+**




City Park, Seremban 2


Shaza sangat excited ingin memberi ikan di tasik makan. sampai beli 4 bungkusan roti. buy 3 free 1. haha ;D cukup untuk kami berempat tak termasuk adik Shana. memang banyak pasangan kapel berkeliaran. disebabkan ketiadaan tempat yang strategik, kami main terjah tempat kapel yang tengah syok berdating.






disebabkan kawasan tu tak banyak ikan,
terus berpindah ke pertengahan tasik.
banyak ikan yang sumpah cantik.
next time aku nak beli makanan ikan banyak-banyak.








5. lebuhraya ke Kuala Lumpur


tak sangka Shaza boleh tersilap masuk jalan sampai terpesong ke Nilai 3. kami kelam kabut memikirkan jalan pulang. rm 6.20 dibazirkan untuk membayar tol.


disebabkan kelekaan kami memberi direction kepada Shaza, kami sampai di rumah masing-masing pada waktu magrib. semestinya kena marah dengan parents masing-masing sebab balik lambat sangat. but anyway, it was the best day ever :)

0 comments :