October 16, 2009

Lokasi mencari kekasih baru

1.Perpustakaan
Bagi yg masih belajar,tempat ini pastinya memberikan peluang kepada kamu untuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air"

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"
gadis yang kamu suka.hulurkan salam persahabatan dengan sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dengan mereka.

Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!





2.Pusat Boling
salah satu tempat yang di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??







3.Pusat beli-belah
Pasti ramai yang tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yang mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kepada kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana.. ^_^







4.tempat seminar/camping
kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang. T_T






5.Internet
wah!Ini adalah peluang yang paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yang mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui "chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.

kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu'








6.kenduri kahwin
pasti ada yang gelak bila baca tips ini..tapi banyak yang berkesan tau!pasti ramai yanag akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!!





7.Pejabat/sekolah
sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yang tertarik dengan kamu nanti.





8.kafe
daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yang eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yang best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yang duduk di meja sebelah kamu??


Selamat mencari :p

0 comments :