October 04, 2009

Open houses



Yesterday, was a blast! but kesian Yana tak dapat mengikuti kami meronggeng ke sini dan ke sana dengan kereta mini yang dimiliki oleh Shaza. disebabkan semalam merupakan birthday cik Yana kita. so dia decide nak spend masa dengan kekasih tercinta.

tepat pukul 11 pagi, Shaza sudah tiba di hadapan rumah aku sambil berlari anak-anak kerana hujan renyai-renyai secara tiba-tiba.

aku sudah bersiap sedia dengan kemeja hijau ku bersama belt besar di pinggang. dengan memakai anak tudung, aku menyambut Shaza dan diikuti dengan Yana dan Shana tidak lama selepas itu.




lama juga kami duduk berbual-bual sampai tidak sedar kami sudah berbual hampir 1 jam. Shana sempat menunjukkan gambar seorang gadis yang sangat 'bajet hot'. hehe. memang dia bajet pun. duhh +_+

terus kami beredar selepas menyalami ama dan apa.

destinasi seterusnya ialah rumah Shaza. Izyan pula menghadapi masalah sama ada ingin mengikuti kami atau rakannya. akhirnya kami yang dipilih sebab dia nak pergi ke Jaya Jusco.





di Jj, mulalah perancangan berkaraoke bersama. aku pada mulanya ragu-ragu. sebab malas nak masuk karaoke jamban. orang pandang-pandang. lagi best masuk green box yang sangat up to date. haha ;p

5 lagu yang dinyanyikan di karaoke box number 9. yang membengangkan aku dan yang lain ialah lagu-lagu yang disenaraikan sangat tak best. majoriti lagu lama yang what the hell aku tak pernah dengar. apabila diminta tukar ke box yang lain, tidak dilayan.


aku sempat menghantar text msg ke Ucop dan Asip untuk datang ke jj. nasib baik dorang datang, jika tidak. memang kami sesat mencari rumah C.Rohani.




rumah cikgu memang lawa. lokasi pun seperti tempat-tempat orang kaya.
hanya kami berenam sahaja ketika itu.






perkara yang membuat aku tergelak ialah apabila Ucop mengatakan beliau sangat sesuai menjadi too-risk. he said too-risk instead of tourist. ish ish :D



muka aku hodoh ;D





duit raya pertama





mereka memberi direction untuk ke Rasah Jaya. Asip dan Podean





Podean memang begitu ;)




kemudian ke rumah Dot. di sana aku terpaksa membuka selendang dan membuat tutorial cara pemakaian selendang. sayang sekali, setibanya di sana. Megat dan Naim sudahpun ingin bertolak pulang untuk ke rumah C.Rohani. kan bagus kalau kita konvo pergi? ;(

Shana tidak ready




dot tidak ready







otw masuk ke Villa Suria


rumah Acap sangat sangat susah nak cari. di warisan puteri. Acap silap bagi panduan sampai kami pun jadi pening nak mencari kawasan rumah beliau.

tak sangka aku Acap duduk kat kawasan orang kaya yang gila marvellous! aku dan yang lain terjerit-jerit di dalam kereta setelah mengambil no giliran di pondok guard. seperti jakun tengok rumah. yeah, serius bertuah sesiapa yang duduk di Villa Suria ini. nama pun sesedap rumah yang terbina ;p

Acap dan Epy terpaksa drive kami masuk ke Villa sebab kami betul-betul lost +_+

hanya Izyan, Shana dan Shaza yang pening mencari. aku sekadar memandang. aku tak tahu warisan puteri dan aku tak tahu nak memberi bantuan ;p anak bongsu memang macam ni ^^,



taman permainan yang cantik :)




masuk rumah Acap kami sekali lagi terpana. again aku seperti jakun apabila duduk di sofa rumah beliau. sumpah lawa. nak duduk situ ;(

"Acap, ade toilet tak?"


aku dan Shana berebut-rebut nak masuk toilet tetapi aku berjaya mendahului Shana. tujuan utama nak masuk ke toilet, hanya satu. nak tengok, lawa ke tak :D

rumput carpet dia memang cantik. itulah sebabnya kami menjerit seperti jakun sekali lagi. sayang sekali lagi sebab Acap ni lelaki. jika dia seorang perempuan, akulah orang pertama nak masuk bilik dia ;p



Izyanku




Shanaku




shanaku dan izyanku



Shazaku!




aku suka gila masakan ibu acap :)




pinggan seperti di rumahku




rumah acap ;)



acap





Izyan membuat peace sebelum pulang.






pukul 5++ kami bertolak pergi untuk ke rumah yang terakhir iaitu rumah Wan. menghadapi masalah lagi kerana tak tahu Taman Marida di mana.
di sebelah Giant rupanya.




rumah paan - ketika on the way pergi rumah wan ;p



kami lalu rumah Paan :) - ketika on the way balik rumah masing-masing







wan simpan hadiah yang aku bagi ;')






di rumah Wan aku makan paling banyak sampai belt yang dipakai
terasa ketat sangat. puas menahan agar nampak maintain kurus seperti Izyan. haha ;D

Izyan semakin skinny dan aku semakin gemuk like always.
Nasir dan yang lain-lain menyusul kemudian selepas kami.




dapat duet raya beserta gula-gula di rumah Wan





yesterday memang best. aku tidur selama 12 jam kerananya. dan hari ini aku akan bertolak untuk open house yang seterusnya. 2 buah rumah je kowt. and i know pasti best kali ini. Shaza, thanks for the ride and today aku akan bayar tambang. haha ;p



kan best kalau Shaza tak de tuition,
boleh merayau sampai pukul 6.

0 comments :