November 26, 2009

Almost over.

sudah hampir dua minggu SPM dijalankan. perhaps beban kat bahu pun dah kurang sikit. nafsu nak tengok wayang cerita New Moon membuak-buak. cerita Papadom pun tidak lepas tengok lagi. cuma drama Nur Kasih lepas la jugak tengok kan. memang sedih jalan ceritanya.

aku seakan terkejut dengan soalan SPM tahun ini. to be honest, semuanya study last minutes. mata dah jadi macam mata panda sebab tidur lambat dan bangun awal. kalau cuti, malam jadi pagi dan pagi jadi malam. kalau tengah hari tu teringat nak bangun, aku bangunlah. mandi pun tengok dulu kot tiba-tiba rajin. sudah lama rasanya tak menjengah alam cyber.

correction kejap, SPM tahun ni banyak soalan senang terutamanya agama. ramai yang tersenyum buat termasuklah aku ;p

terubat sikit rindu dapat buka blog. tetapi rasa malas pula nak on myspace, friendster mahupun facebook and including YM. pasti ramai bertanya perihal SPM, malas nak menjawab sebab answernye still the same. Alhamdulillah dapat jawab tetapi masih ade silly mistakes yang sepatutnya di avoid sejak azali. eh jap, everybody make mistakes kan?

minggu kedua SPM kali ini menandakan sudah berakhir alam persekolahan bagi pelajar lower form. sumpah rasa sedih setiap kali pergi tandas dekat Lab sekolah tu. tengok kerusi semua atas meja. kosong je. no more Bb. no more anything.

minggu lepas pada 19 November 2009, aku merancang untuk bertemu dengan Bb eyes to eyes. tujuan utama hanya nak bertanya nama. disebabkan now or never, aku buat keputusan sebegitu. tetapi disebabkan tekanan nak jawab exam sejarah, aku terlupa. dan kini memang tidak mungkin aku akan terjumpa mr Bb lagi. nama tak tahu, duduk mana pun tak tahu. memang sedih T_T


minggu ini juga sering balik lambat. tetapi memang aku rasa masa berlalu dengan pantas. sekelip mata sahaja 6 beban mata pelajaran dah jatuh. memang heaven. no more sejarah, addmat dan agama dan semualah. haha.

yang nyata hanya tinggal account, science, seni dan ekonomi asas. tak sabar untuk semuanya. seriously. sebaik sahaja habis paper ekonomi, aku akan berada di Parkson meraikan kebebasan dari SPM dengan kawan2. baju sekolah akan penuh dengan tanda tangan rakan sekelas.



Yesterday/semalam merupakan hari menjawab Addmat dengan penuh bahagia even sengsara dan nervous. disebabkan break yang panjang dari pukul 10 hingga pukul 2, kami sekeluarga(Shana, Yana and Asip) bergerak ke Parkson dengan membawa beg sekolah yang kononnya ingin belajar di food court seperti hari sebelumnya. yang lainnya, hari sebelumnya terdapat kehadiran Shaza dan Afi.

Target utama ke Bistro untuk makan tengah hari. cam pelik jugak sebab makan tengah hari terlampau awal ;) memang ramai georgian di Bistro. penuh dengan budak pakai baju sekolah. disebabkan camera tak canggih, maka gambar pun rosaklah jugak kan.

owh yeah, gambar kereta di atas saja diletak, tanda aku minat kereta itu ;p


memang ramai. bagi mereka yang duduk di asrama, siap tukar baju lagi dan melepak di bistro beramai-ramai. makanan kat sini memang mahal bagi aku. serupa aku makan di Mcdonald dengan membayar RM10 untuk set BigMac berbanding sepinggang mee goreng biasa dan air sirap limau. damn sungguh.


kemudian terus menuju ke tempat favourite kami. tempat bila ice blended choc la bagai. lokasi favourite sejak masuk KGV ;p favourite la sangat kan. Shana memang sesuai memakai beg sebegini. sorry yer .Shana , gambar tak berapa nak lawa ;p



Yana cakap tak baik tangkap gambar dalam lift. tapi aku suka juga.





Gambar ketika di Bistro bersama-sama dengan Asip. memang muka tak ready kerana segan. itulah muka aku ketika tengah segan. hahaha :D




kali ini baru ready bergambar :)
and its true, im getting fat again. dah bosan dengar orang gelar "nad gemok".
cubelah cakap "nad comel" ke? haha ;p


owh anyway, aku dan Asip hanya kawan biasa. some people might
think theres somethings going on between us.



This is my dad's handphone.
Mitos Izyan kan mengatakan jika memakai handphone baru maka kita akan ada 'boyfriend' baru. so aku pakai handphone lain sebab handphone lama banyak sangat sebab tak nak guna. see see, sangat bosan tengok handphone ni. plain.




setelah di decorate oleh Shana hasil rundingan bersama Asip dan Yana. maka terhasil lah handphone baru dengan kerlipan yang indah.



sebelum buat latihan addmat, terjumpa keratan akhbar ini. sweet.




Acap Elmo melukiskan gambar ini untuk Izyan. pipi kanan, pau kaya. pipi kiri Izyan pula pau kacang. memang betul ;D Izyan tombam macam kembar die. padan yerk, gemok dengan tembam ;D





karya ku. yang suppose menjadi gambar tshirt depan baju kelas tetapi tiba-tiba tak jadi. yeah, i know it wasnt that good. tapi tak salah bangga dengan hasil karya sendiri.




video
video 1
video yang tidak tahu apa tujuan. banyak merepek.
mungkin tujuan dia mengatakan Shana sesuai memakai beg barbie
dan Asip curang :D

Shana tak curang. hanya video bermain-main.
dan scene pegang handphone ialah scene mereka tengah bercakap dengan
bf Yana.



video
video 2.
point utama ; nama apa? dan dengan siapa mereka bersama.



video
video 3.
point utama ; mereka belajar Addmat.



video yang tidak berkualiti kerana tiada tujuan untuk merakam dan
gambar yang tak jelas :)

2 comments :

cheqna said...

semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti..

all the best

NadNod said...

terima kasih :D