November 12, 2009

Hati Tertarik

kalau hati sudah tertarik, segalanya indah sekali. segala yang dilihat, dicapai, disentuh mahupun apa-apa sahaja menimbulkan kebahagian.

kalau hati sudah tertarik, semua perbualan adalah tentangnya. sungguhpun ditukar topik lain, bicaranya tetap tentang dia.

kalau hati sudah tertarik, gambarnya ditatap setiap hari dan mula tersenyum seorang diri. kalau dah tahap angau, siap dijadikan wallpaper untuk handphone mahupun laptop.

kalau hati sudah tertarik, memang takut untuk berkenalan kerana khuatir tidak diterima.

bila sudah berkenalan, takut untuk keluar bersama. bukan takut dirogol tetapi segan yang amat.

bila sudah keluar, pakaian atau penampilan diri membuat kita menjadi takut. khuatir jika penampilan terlampau over menyebabkan dia menyampah atau terlampau simple menyebabkan dia segan keluar dengan kita.

bila sudah keluar, kita takut jika hati semakin berbunga. kalau dah berbunga yang pasti kita akan blushing dan mula jadi clumsy yang amat. orang di sekeliling tidak dipedulikan. hanya dia di mata kita.

bila dia menelefon kita, hati semakin berbunga-bunga sampaikan tidak tahu untuk bercakap apa. saat ini, takut jika dia meletakkan gagang telefon. setiap kali dia call, kita akan tunggu dia yang meletakkan gagang telefon.

bila dua-dua hati tertarik, perancangan untuk digelar pasangan kekasih sudah dibincangkan. tarikh dipilih.

bila sudah berpunya, takut akan kehilangannya.

bila bertemu, sudah mula bermesra. gambar di handphone penuh dengan gambar bersama.

bila perselisihan faham berlaku, mula la tuduh menuduh. mula tidak persefahaman. kejadian ungkit mengungkit berlaku. ucapan maaf macam tidak ada makna malah menengking sesama sendiri. bila ada pihak yang mengalah, pihak lawan masih dengan sikap ego dan keras kepala.

tidak sedarkah, saat mula-mula berkenalan dan kemudiannya bertemu adalah saat terindah?

ramai yang sanggup end up the relationship disebabkan sikap sendiri yang tidak berubah-ubah.

saat perkenalan semuanya manis.

ok, bila kita sudah tidak bersamanya.. apa yang kita takut ialah dia berjumpa dengan yang lain dan kita akan berasa sunyi and the whole inside of us was empty.

yang lain pergi, yang lain datang. tetapi sudah lumrah manusia, perkara yang lepas sering bermain di fikiran tanpa menyedari yang sudah ada di hadapan mata.

tak perlu menyesal. hanya cuba untuk perbaiki diri dan doakan kebahagiaannya.



bukan semua orang yang kita sayang kita akan miliki. suatu hari kita akan lepaskannya. sama ada rela atau tidak, kita akan lepaskannya juga. yang penting perlu redha.





seronok berbicara perkara merepek. sudah menjadi tabiat aku merepek di petang hari. spm lagi 6 hari. aku online untuk lepaskan tekanan. sudah muak dengan buku teks sejarah. latihan juga aku muak. spm baby, sila datang cepat sikit :P


mitos cakap, kalau bagi hadiah baju kat pasangan maka hubungan anda dengan si dia tidak berpanjangan.

mitos izyan pula, jika beli handphone baru maka dengan sendirinya kita akan jumpa boyfriend baru. haha ;p

i think im falling for you.

5 comments :

ieda said...

haha, tau jugak mitos psl baju tuh. tapi mintak2 tak btol. ieda baru hadiahkan baju kat someone petang tadi. huhuhu

cikin said...

ahahahha..
panjang lak ai...

NadNod said...

to ieda ; insyallah x betul. tapi nad mmg selalu kene, bila bagi baju je mesti breakup.. ntah pape.. haha ;D

to cikin : ape yang panjang? ;)

ieda said...

haha alahai kesian. takdir la tuh.

btw,

goodluck SPM nad :)

NadNod said...

yeah takdir :)

goodluck to u too :D