November 29, 2009

What Asip thinks about me?

persoalannya, 'mengapa aku masih merinduinya?'


pelbagai cara aku telah lakukan untuk melupainya agar aku tidak mengganggunya lagi tetapi akhirnya penderitaan yang ku peroleh. seperti nad, tiada siapapun boleh membenci orang yang dicintai, disayanginya begitu sahaja walaupun telah berkali-kali dia memperkatakan benci, atau apa sahaja. kadang kala aku terfikir, 'mengapa aku terlalu menyayanginya?apa yang membuatkan aku terlalu menyayanginya?'. soalan yang tiada jawapannya hingga bila-bila namun aku masih mencari jawapan tersebut ataupun ia merupakan satu kesalahanku. terlalu banyak masalah yang menimpaku semenjak bulan 3 apabila kes ku naik dan ketika itu juga aku mula mengenalinya. ketika hidup aku tiada maknanya lagi, dia datang membawa sinar kebahagiaan kepadaku sehingga ketika exam trial aku tulis 'bahagia' dikain meja tersebut dan menunjukkan kepada rakan-rakanku. HAHA kelakar bila difikir-fikirkan balik. bayangkan, tidak boleh renggang walaupun kejap, mesej hingga lewat malam. tahan rasa mengatuk semata-mata ingin mesej dengan beliau. tapi mungkin salahku juga, dia pergi meninggalkanku dan selalu kami bergaduh kerana aku telah mengetahui bahawa dia menyayangi orang itu kembali. tiada sesiapa yang ingin ditinggalkan oleh orang yang mereka sayangi tetapi semua orang ingin melihat orang yang mereka sayangi bahagia dengan cara hidup yang mereka inginkan seperti nad, merelakan ex nya pergi walaupun hatinya tidak. namun seperti orang kata, mungkin ini satu pengajaran atau kesusahan yang terpaksa kita tempuhi sebelum mendapatkan cinta sejati. walau bagaimana sekalipun, aku tetap menyayangi dan merinduinya. hanya dua orang sahaja yang tahu dan mengerti apa yang ku rasakan.


nad,
sahabat aku yang paling rapat dan aku paling sayang. aku mengenalinya sejak form 2 lagi dengan memerhatikannya dari jauh. semasa form 3, aku sekelas dengannya tetapi dia duduk dibahagian depan. pada satu hari, ketika dikoridor, dia menegurku(tempat aku salu jumpe ijat).
sejak dari itu, aku mula rapat dengannya. hubungan kami bertambah rapat apabila kami sekelas masa form 4 dan 5. dia seorang yang sungguh baik hati, penyabar, lemah lembut, sopan tapi agak sensitif orangnya. dia selalu ada disaat aku bahagia, sedih, runsing, daown gila time kene buang hari tu. dia juga banyak menberi aku dorongan dan nasihat. aku senang sangat berkawan dengannya dan tidak kesah jika aku menyayanginya dan dia juga telah lama mengetahuinya. perkara yang paling aku sanjung tentang dirinya ialah dia sangat menyayangi ex bf nya(boom2) yang pergi meninggalkannya setelah lama dia menanggung rindu akibat berjauhan dan dia kuat melawan kesedihannya yang aku sendiri pun tidak boleh melakukannya. walau telah banyak ex dia melakukan pelbagai bentuk cara yang boleh menyakitkan hatinya, membuatkannya marah namun jauh didalam sudut hatinya, dia sangat menyayangi boom2. itulah namanya cinta sejati yang sukar dicari. alangkah indahnya hidup ini sekiranya aku memperolehi cinta sebegitu. telah puasku mencari cinta sebegitu dan cuba menyayangi mereka sepenuh hati namun hasilnya aku yang disakiti. tetapi luka yang aku alami tidak sebegitu berat yang ditanggung oleh nad, sebab itu aku sangat menghormati beliau.

tujuan aku menulis perkara ini bukan untuk menyindir sesiapa, tetapi hanya lah untuk memberitahu kebenaran dan mengapa aku rapat dengan nad.

asipidirahi:)



dikarang oleh Asip

aku pelik kenapa kau karang dengan begitu jiwang sekali sebab itu aku paparkan entri kau di sini. dan bagus juga kau melayan lagu jauh kau pergi version Saleem. lagu itu memang sesuai untuk kita berdua kan? haha:D


aku juga ada sesuatu ingin berkongsi bersama. masa mula-mula aku kenal kau ketika di tingkatan tiga, kau lah orang paling annoying aku pernah kenal dan paling selekeh dengan gaya rambut kau yang agak kelakar ;D

aku bertambah benci kau sebab kau pernah cakap aku tak 'geti' cuci muka. ketika itu muka aku memang sentiasa berminyak dan banyak jerawat. sebab tu kau sering perli aku sampai kadang-kadang aku rasa nak menangis :D kan aku dah cakap aku ni sensitif :p

aku ingat kau sebab tu je. lepas breakup dengan ex aku ketika di form3,(kau tahu sapa kan?)
aku dapat ura-ura. eh bukan ura-ura, pernyataan daripada Sal sendiri iaitu kawan baik aku bahawa kau suka aku. hahaha :)) rasa kelakar sangat hokay. memang sumpah aku benci kau dulu. sejak dari itu, ramai la juga suka kenakan aku dengan kau selain exbf aku yang kau kata semakin hensem tu kan ;p owh no no, teringat pinjam motor dia kat rumah ucop dulu. aku dengan Izyan bawak sampai nak terjatuh ;D

masuk form 4, sama kelas dan kebetulan kau duduk di belakang aku. kau sangat gatal sebab suka sangat buat aku geli dekat bahagian lutut :D ok, dan mula lah aku menggelar kau dengan panggilan penan sejak kau suka memerli aku. aku tak ingat apa yang kau perli tetapi memang aku ingat kau digelar penan oleh aku.

tahun ini pula kita dah renggang yerk asip. jangan memandai wat citer aku rapat dengan kau. haha ;D dan kau sangat kejam tak tanya nama bb untuk aku. sampai sekarang terkilan tak tahu nama bb.kembali jugak kau dekat tempat asal kau ;D

so kira usia perkenalan kita 3 tahun :) well, thanks dengar aku merepek benda yang tak patut dan laugh at my jokes eventhough its really not funny at all. bestfriend forever :)


anyway, nanti bila kau pindah Sarawak, belajar rajin-rajin. sebab tu aku suruh kau belajar agar kau dapat IPTA dekat sini bukan di sana. degil sangat ;D dan percayalah, 5 tahun tu kejap sahaja. aku tahu kejap sebab aku ada pengalaman tunggu orang. so no worries ;) kat sana lagi ramai cewek-cewek manis.

asip, sometimes kau ni terlampau jiwang. memang aku tergelak sepanjang baca entry ni.




p/s : perjanjian Asipidirahi dah tak wujud kan? 23 Mac 2015.

4 comments :

ieda said...

nad, siapa nyanyi lagu jangan kau pergi tuh ? yg nad pernah letak kat blog nie hari tue ?

NadNod said...

heee :D lagu jauh kau pergi la syg ;p

ade 3 version. saleem, geby dan caramel. yg nad letak tu version geby ;p

ieda said...

ohh yeah! haha takpe laa dah jupe :D

i like caramel punya version. :)

2subjects left :P

NadNod said...

minggu depan freeeedom ;D