November 02, 2009

Sumpah Bunian

kau tahu tak drama sumpah bunian di tv3? adakah patut aku gelar drama atau cerita sketsa? ok, aku tidak tahu bezanya. cuba kau terangkan sikit perbezaannya. cerita yang berjalan selama satu jam itu ternyata merepek bagi orang lain tapi fakta bagi aku. apa faktanya? aku sendiri tidak tahu. mungkin cemburu boleh mengaburi mata kita dari melakukan perkara yang betul sampai akhirnya kita yang kehilangan orang yang ikhlas menyayangi kita.

kisahnya bermula apabila adam pergi ke hutan untuk bersiar-siar? haha. ok, aku tak tahu ape kejedah dia buat kat hutan sebab aku terlepas episod cerita ini pada permulaanya disiarkan. sangat hebat kot cerita ini.

kenapa aku rasa aku seorang sahaja yang obses dengan cerita ini sedangkan orang lain kejap tengok, kejap tak tengok. aku tak tahu kenapa. memang cerita paling merepek kowt. tapi kira okayla bagi aku. mungkin sebab ada nora danish yang jadi orang bunian yang super marvellous punya cantik. aku suka dia.

aku tak tahu kenapa aku lebih banyak merepek dari bercerita kat sni. haha. ok. berhenti tergelak seorang diri. herm. kemudian hawa jatuh cinta dekat adam. hawa main-mainkan adam semasa adam di dalam hutan menyebabkan adam terjatuh ke dalam gaung dan lenyap secara tiba tiba. fikri iaitu sepupu adam dah tak tahu nak buat apa sebab adam hilang secara misteri.

memanglah misteri kan. tetiba hilang? nak kata mati salah, nak kata hidup pun salah. senang cerita adam rupanya di bawa ke dunia bunian oleh walid iaitu ayah kepada nora danish. watak nora danish dalam cerita ini ialah hawa. comel kan? adam dan hawa :)

pastu walid pun menyembuhkan adam dan mengembalikannya ke dunia bunian manusia. tetapi masa tu hawa dah jatuh cinta dengan adam. oleh itu, dia sering melawat adam di dunia manusia. sampaikan adam tidur pun dia masih setia menunggu di sisi adam :)

aku tak tahu juga kenapa aku taip panjang-panjang about cerita ini. sila search di youtube untuk menyaksikan cerita ini. sweet story.

yang penting adam telah melanggar janjinya untuk membahagiakan hawa. sampai tergamak mengatakan hawa mandul dan hodoh serta menghalaunya kembali ke dunia bunian. oleh itu, at the end of the story hawa datang kembali ke dunia manusia tetapi sebagai bunian. dia tak boleh bercakap dan menyentuh adam. adam pun tak sedar akan kehadirannya.

memang ending yang paling aku suka. sebab adam memang tidak berlaku adil terhadap hawa sejak berkahwin dengan zeera. eh lupe plak, zeera jadi gila at the of the story jugak. memang padan muka. haha ;D

muke hawa juga sudah sembuh kesan dari minyak panas yang tertumpah di mukanya. even akakku tak puas hati sebab ending nye sebegitu. aku tetap suka ;) memang akhir sekali adam cacat plus hodoh seumur hidupnya atas dosanya sendiri. anak-anak dia juga takut untuk mendekatinya kerana bagi mereka ayah mereka hantu begitu juga dengan hawa.

anyway, adik hawa iaitu fatimah memang bahagia bersama dengan abdul muluk akhirnya. dia bersyukur diperjodohkan dengan abdul muluk.

memang salah hawa juga. ternyata abdul muluk lagi hensem dan terbaik untuknya berbanding adam. haha ;p adiknya bahagia tetapi dia sengsara +_+
ok, finish merepek. kawan-kawan. spm lagi 16 hari.

4 comments :

ieda said...

lagu cerita nie best! :)

Miss NadNod said...

yeah.. baru nad perasan soundtrack die same dengan citer pan labyrinth.. best best :D

ieda said...

ohh haha citer apa tuh. hehe tatau :P

Miss NadNod said...

sumpah bunian yg best ;D haha