December 03, 2009

23


Yesterday memang hari yang okay. hari yang mood okay. okay sahaja :) exam science dengan seni. bagi yang ambil pure science memang akan cakap science yang kitaorang belajar ni sangat easy and impossible kitaorang tak boleh jawab. science yang kitaorang ambil ni cuma subjek asas bagi fizik, kimia dan biologi. memang seperti rumusan apa yang mereka belajar.

kami belajar hydraulic jack, bernoulli and semua tu. force, pressure, velocity juga kami belajar. nak aku senaraikan lagi? fine fine, to you it mights seem easy. haha. memanglah kalau baca dapat jawab. kau tahu tak spirogyra tu adalah algae? aku memang bijak, dah tahu jawapannya A iaitu spirogyra, tapi sebab terexcited nak buat then tak check terus tertanda D. Mucor bukan Algae. Mucor ialah Fungi yerk miss Naadhirah?

paper 1 agak senang. pretty much easy kot tapi malas nak check jawapan. yang lepas biar lepas kan ;) paper 2 memang agak susah.

owh yeah, di sekolah kgv hanya terdapat 32 calon sahaja yang mengambil science asas dan 3 orang calon sahaja untuk subjek seni. hebat tak?

semestinya kami dipaksa duduk di dewan yang buat aku lagi cemas. tetapi cemas kejap sahaja sebab dapat duduk dekat meja calon NA006A023! :) sudah hampir sebulan aku mencari siapa dapat nombor 23. akhirnya berjaya duduk di meja tersebut. bangga bangga :) bangga tanpa sebab +_+





sebaik habisnya exam science, Asip datang teman. tapi tak lama, hanya 10 minutes kot +_+ teman untuk dapatkan lagu Tiada aku lagi by Ello sahaja. memang segala lagu sedih, sentimental, jiwang akan dikongsi bersama.

tak sangka pula dia melayan lagu jenis camtu :P

kemudian ke food court bersama dengan Afi, my cousin :) kalau sesiapa yang duduk di Seremban pasti tahu Parkson depan A&W tu kan? yang dekat dengan temple dan bangunan TNB. asal boleh nak explain secara detail. hehe :P

Semalam Parkson memang crowded sangat. ramai mahasiswa dan mahsiswi kot. semua berpakaian anggun sekali. dan sudah pasti hanya kami berdua sahaja memakai baju sekolah. dan semestinya juga semua memandang ke arah kami seolah-olah kami buat peragaan baju kat tengah-tengah jalan.

ada guys comel jugak di hadapan meja makan. haha ;p







sekolah sangat kosong. nampak la jugak 2, 3 orang cikgu dari kgv datang melawat. tiba-tiba ternampak cikgu Said yang dah lama tak jumpa :P yang pelik, ada abang form 6 berkeliaran. ada STPM ke?+_+ Bb tiada, maaf. dia lower 6 :P




exam seni :) bayangkan anda berada di dalam dewan yang tak berapa nak besar. tetapi anda adalah antara 3 orang calon yang berada di dewan tersebut dan dikawal/diperhati/dipandang/diusha/disiasat oleh lebih kurang 5 orang pengawas. hampir setiap sudut mereka ada. kiri, kanan, depan. diulangi, anda dalam kalangan 3 orang calon sahaja :P


freaky juga sebab sangat tak selesa diperhatikan sepanjang masa +_+ macam mana nak meniru, kami kan budak baik :P 3 orang calon

paper 1 seni memang nampak seperti senang. senang kalau dibaca. ramai yang bertanya macam mana exam seni dijalankan :P paper seni ada dua paper. paper 1 dan paper 2.

paper 1 ialah objektif. ada 50 soalan. soalan yang akan ditanya semestinya berkaitan dengan seni. sejarah seni seperti leonardo da vinci, lukisan yang dihasilkan pada zaman dahulu, arca, labu, baju kurung, batik dan macam-macam lagi. markah total nya ialah 25.

paper 2 pula merupakan seni halus. soalan untuk paper 2 ini akan diberi seminggu awal dari tarikh exam sebenar. tujuannya agar calon bersedia nanti. ingat senang ke nak melukis? kena mendapat ilham **lukisan aku masih buruk. masa yang diperuntukkan untuk exam paper 2 ini ialah 3 jam. soalan yang diberi ada 6 kalau tak silap ;p pilih satu sahaja. seperti exam seni ketika zaman sekolah rendah, kertas lukisan dibekalkan oleh pengawas peperiksaan. markah penuh 25.

paper 3 merupakan kerja kursus seni. masa diperuntukkan untuk kerja kursus ni 6 bulan kot. markah nya yang sebenar ialah over 100. tetapi ikut peratus markah secara tidak langsung dapatlah 50.

jika dicampur total nya tadi 25+25+50=100.

tidak pasti sama ada betul ke tidak cara pengiraan untuk seni ni.




akhir sekali, sebelum mengakhiri entry ini dipaparkan gambar hodoh selepas balik dari sekolah. lepasni dah tak dapat tangkap gambar pakai baju sekolah kan. hehe ;p

i slept early last night disebabkan Afi datang stay rumah aku kejap sebelum balik. takkan nak tidur petang bila tetamu datang :P sorry rakan-rakan tak reply message. bukan sombong. sleepy. harap maklum ;) 2 papers left. bersabar sahaja.

minggu depan schedule penuh. mungkin setiap hari keluar dengan orang yang berbeza. memang rancangan nak tengok New Moon dalam proses. terlampau ramai yang dah tengok, aku sahaja belum T_T

kepada warga 5 melawar 2009, sila bawa RM10 pada 7 december nanti. diminta tidak balik terus sebaik sahaja exam ekonomi asas tamat. harap semua dapat hadirkan diri ke gathering di Pizza Hut, Parkson untuk makan-makan dan bergambar kenangan. semua dijemput. tiada diskriminasi. aku ajak semua :P ini kan last time kita dapat bersama, harap sangat semua dapat datang. RM10 tak mahal okay? standard la kalau nak makan pizza.






bye :)

0 comments :