December 04, 2009

Eh, jadilah orkid awak!



Seperti yang tertera di jadual di atas, memang terang-terang nak bagitahu yang hari ini merupakan exam pendidikan seni visual yang melibatkan seni halus.

gambar pertama di atas cantik tak? bersusah payah menangkap gambar tersebut sebelum pengawas peperiksaan nak bungkus bawa pergi ;p



ini merupakan topik persediaan untuk hari ini. pada pukul 11 malam baru terkocoh-kocoh menyiapkan persiapan untuk melukis dan mewarna. disebabkan takut sekolah tiada air, terus 'bantai' bawa 4 botol air yang nampak seperti air mineral.




kerana khuatir beg rosak, terpaksa bawa dua beg.



dua kain buruk wajib ada.




bukan nak 'boo' arsenal. sungguh tak. tak kisah chelsea atau arsenal. memang tak kisah langsung sebab tak sokong mana-mana team. tapi buat masa ini sokong arsenal boleh?

surat khabar paling penting untuk dibawa. kalau tak bawa, rosak meja peperiksaan :)





What is this? takkan tak tahu? memang malas nak basuh.




tak kira pula berapa banyak berus yang aku ada. berus yang batangnya warna biru
merupakan berus baru :P macam la korang kisah kan? ;p




cawan cawan yang dicuri dari open house..... **x ingat




rasa macam dekat tadika. main 'kaler'.






ini kertas soalan untuk paper 2. memang akan dapat seminggu awal dari tarikh peperiksaan. maka dengan itu telah memilih nombor 2.

nombor 2 itu apa? wait wait :)





ini telah digoogle semata-mata nak dapatkan ilham untuk lukisan yang
bakal dihasilkan.





hari ini memang rasa malas sangat nak pergi sekolah sebab budak-budak pure science dan sealiran denganku atau aliran lain sedang nyenyak tidur. aku terpaksa datang ke sekolah kerana paper seni. tapi tak mengapa ;D 3 jam cuma sebentar.

pagi ini hujan. hujan lebat. tak best. rasa nak tidur. ^_^



seriously ini bukan aku yang lukis.




siapa warga KGV atau 5 Melewar? takkan tak kenal siapa yang lukis?
Cik Afi Afifah :)



plan kedudukan kami di dewan.

kami dibenarkan gabungkan dua meja :p




warna biru pengawas lelaki, warna pink pengawas perempuan.
8 orang pengawas untuk 3 orang calon yang 'comel'.



disebabkan kami hanya bertiga makan pengawas peperiksaan sentiasa meronda-ronda dan bersoal jawab dengan kami.

bila dah siap lukis, seorang-seorang daripada mereka akan datang tanya buat soalan mana. kemudian akan memberi comment tentang hasil lukisan kita tersebut.ada juga pengawas peperiksaan yang siap bacakan soalan untuk aku dan terangkan bagaimana nak buat. siap bagi pesanan agar lukisan aku ada jalinan, ruang, bentuk dan warna yang sesuai.

ada juga pengawas peperiksaan yang bertanya kepada Afi.
beliau memegang sebatang pensil warna dan bertanya "ni eyeliner ke?"


antara hujah yang aku dengar dari pengawas peperiksaan :

" dulu abang saya pandai jugak lukis. dia lukis corak batik ikut kain batik mak saya. lepastu dia letak atas meja nak keringkan. tiba-tiba mak saya marah kata ada orang gunting kain batik dia. padahal tu cuma lukisan. nampak macam betul" "orang seni ni lain sikit, gaya dia warna dan lukis semua lain" "memang la nampak plain mula-mula, kan tak siap lagi"



"tak sabarnya tengok dorang buat"

"saya minat melukis tapi memang saya tak geti bab mewarna ni"

"saya kalau lukis orang boleh jadi beruk nanti"




ini keadaan selepas masa tamat. tepat pukul 11 pagi.

disebabkan kami hanya 3 calon sahaja, memang ternyata pengawas2 peperiksaan sangat friendly. dulu masa di awal SPM, semua macam garang. serius ;D






Mine dan Poh Yin's



ini hasil karya Afi. comel kan? Afi buat soalan nombor 3.



to be honest, ini bukan my art. hasil karya Poh Yin. siapa lagi kan :)
Poh Yin buat nombor 4.



cikgu Hussein, our art teacher, turut hadirkan diri sebentar untuk lihat2 sahaja.
ingatkan nak tolong buatkan. hampa T_T





hodoh kan? ini percubaan pertama aku untuk soalan nombor 2.



ini percubaan kedua.




sebelum ini sibuk paparkan gambar hasil karya yang tak berapa nak cantik di entry sebelum ini. semua yang telah dicuba beberapa kali. banyak kali juga hancur mewarnakan bunga orkid. last-last jadi seperti bunga kertas. memang hampa hati aku. terus patah semangat dan menyesal mengambil seni sebagai subjek tambahan.




ini percubaan ketiga. masa buat ini, memang dah give up sangat sebab tak menjadi langsung. ramai yang comment kenapa langit biru kuning kan?

sinaran cahaya matahari warna apa?
langit warna apa?
is that answer your doubt? +_+



ini lah hasil karya seni aku untuk SPM. siap boleh tangkap lagi kan? pengawas peperiksaan aku sangat sporting. siap suruh berdiri atas kerusi semata-mata nak tangkap gambar ni. sayang lebih ni. haha


pada hari ini juga first time kembang kempis hidung saat nak mewarnakan buang orkid. ramai keliling aku dan bersoal jawab.

"eh jadilah orkid awak!"

"bagus2, teruskan"

"ini teknik batik ke?"




memang banyak yang tanya, aku hanya mampu tersenyum. perasan sangat. pantang dipuji. hahaha ;D tak pernah blushing camni.

siapa kenal cikgu Kuchai Look Alike tu? Cikgu **** ****** nama dia.
beliau sangat kacak hari ini. macam nak pergi nikah ;D

kalau yang PMR di KGV dulu mesti ingat cikgu botak tu kan?
memang masih ingat dia naik motor scooter tu kan :) comel sangat.



mereka baik :)




ni cikgu Kucai Look Alike. ramai suka bau dia. kalau dia lalu, memang boleh agak sebab bau perfume dia :) harum semerbak.



masa untuk balik :)



nak mewarna mesti sampai ke tangan sekali.

9 comments :

ieda said...

yeahh sedap ieda tidur kat umah. hehe :D

lambat lg nk tggu next paper -_-'

de Picasso said...

huhu..cm bez je kaler2..lme da xkaler2..trngt blek mse sklh rendah dlu..hehe..=]

NadNod said...

to ieda : nad x belaja lagi taw ekonomi.. so x sure ready ke x for next paper ;D

to picasso ; name sedap ;D mmg best melukis tp kalo saat kene kritik mmg best ;p

ieda said...

eh sama laa. gap paper kimia 4 hari kot tak bukak buku lagi nie!
ekonomi senang nad! A+ confirm! :D go nad!

NadNod said...

hahaha.. ekonomi mmg senang.. coz ekonomi mcm sejarah. kene banyak bace n hafal ;p kalo x bace, mmg naya la nad x dpt A+ kan.. hehe

ieda said...

haha. so hafal laa! :D

de Picasso said...

hehe..picasso sbb sy mnat mulukis..juz pkai pncil n pen je..xbiase pkai color2 ni..hehe~

NUR FATIN NABILA said...

ohh mcm tu eh exam seni. ahah. i tak tahu pun, tangan keras mcm kayuu nak lukis tak reti hehe

btw good luck babe, dapat a1 tau? :) insya'a

NadNod said...

memang target A+ :D tp x taw la kan :P