January 10, 2010

10.01.10

disebabkan tarikh comel pada hari ini, terus teringat haiwan peliharaan secara tiba-tiba. sesungguhnya mereka sangat comel. salah satu dari haiwan peliharaan ialah
Encik King Miow atau lebih dikenali dengan nama Aw Aw.

disebabkan panggilan Aw Aw macam bunyi pondan sedikit telah menyebabkan kucing aku juga berperangai seperti kucing betina. dia sebenarnya jantan tetapi bulu dia beserta kemalasan beliau mengawan menyebabkan orang mengatakan dia sebenarnya betina apabila baru mula mengenali dia. **panjang ayat aku.


tarikh kelahiran dia tidak dapat dinyatakan sebab memang aku tidak tahu. dia tiba di rumah aku pada hujung tahun 2006. maka sekarang umur dia dah hampir 4 tahun dan masih single serta tiada zuriat.

makanan kegemaran beliau hanya ayam. ikan tidak diterima dan mungkin diterima kalau tersangat lapar dan dia sangat sangat penakut dengan benda yang tidak patut ditakuti seperti tikus dan hamster.








masa mula-mula dia tiba di rumah aku, saiz badan dia hanya sebesar tapak tangan manusia. memang rasa nak penyek-penyek dan hentam. dia tiada kawan lain di rumah. maka apabila ada haiwan sejenis dirinya muncul di depan rumah, dia akan berkawan dengan haiwan spesies dengannya.

kucing oren di atas sangat notty sehingga terpaksa dibuang di stadium. bukan bersifat kejam, disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan dia terpaksa dilepaskan pergi. tak tahu sama ada masih hidup atau tidak.






Ini pula BitBit. semua haiwan dirumah ada namanya sendiri dan semuanya aku yang bagi. sudah menjadi tabiat nak bagi nama khas. Arnab ini pemberian Asip sebelum dia berangkat ke Sarawak.

sikap paling aku tak suka, dia suka kencing luar dari sangkar dan sangat sangat kuat makan. tak cukup dengan rumput, dia tetap nak makan dedak dengan carrot sekali. kesan daripada masalah ini menyebabkan hidungnya menjadi oren.





ini keadaan dia saat tiba di rumah aku pada 10.12.2009.
Asip, jangan salahkan i :P






mari samakan mata aku dengan mata rabbit.
tak sangka rabbit ini pakai eyeliner :)







ini keadaan dia pada 2 minggu lepas.







keadaan dia pada minggu lepas.
sudah kuning hasil dari tidur atas kencing sendiri +_+








setelah dimandikan, hidung dia tetap bewarna oren. comel kan?
ini keadaan dia sekarang.


-----------------------------------------------

Target selepas ini mungkin membela ikan laga atau seekor hamster. jika diizinkan :)
jaga haiwan peliharaan lagi senang dari jaga hati manusia.

4 comments :

aishah said...

yucks! geli tgk kucing :p

NadNod said...

hahaha ;D kucing nad x harmless kak. baik2 je ;p

aishah said...

rabbit comel!

SuRayA^i. said...

yes betul, jage binatang lg sng dr jage hati manusia sbb binatang nh kalo kita lyn elok2 die xkn ssh kn kite =D

isk isk knp kamu buang kucing yg notty tu..T__T