January 05, 2010

Drive me Insane

kalau hati berbicara mulut mungkin terkeluar benda lain. kalau dah nama perempuan, waktu peri*d memang cepat sensitif. kalau sama jantina, luahan perasaan sudah menjadi kemestian(bagi perempuan). kalau dah kawan namanya memang akan forever.

kalau sayang semua hendak dijaga. perhatian yang diberikan dianggap sebagai beban pula. jika berjauh diri dianggap melupakan yang lain. kalau sering bersama rimas pula. kalau hati dah cakap sayang sampai bila pun akan sayang. kalau hati dah benci, memang gelap lah hati.

warna awan kau tahu. warna laut apatah lagi. tapi warna mood aku kau takkan dapat baca. kalau pertolongan sering diberikan bukan minta dibalas. kalau tidak memberi pertolongan bukan kerana benci. niat di hati bukan mempersalahkan tapi hanya menunjukkan.


kalau tingkah laku dipersalahkan, elok ditegur. kalau budi bicara terlebih pedas, sila bilas dengan sopan. kalau hati terasa, tunjukkan. sudah lumrah alam, manusia tetap akan ada masalah. bukan semua masalah akan diselesaikan dalam masa yang singkat.

hidup singkat sahaja. manusia yang jahat memang ramai. yang baik sangat sedikit. beruntung ada insan yang sudi memberikan perhatian. kalau berjauhan boleh bergaduh apatah lagi bila di depan mata. kalau hubungan perkenalan menjangkau bertahun-tahun, kenapa begitu mudah memutuskan?

kalau dah sayang memang boleh lepaskan untuk kebaikan. tapi kalau dah kebaikan, bukankah lebih baik bersama? kalau bahasa dan sikap yang kasar ditampilkan, bukankah boleh ditepis dengan keimanan yang teguh.

ego manusia memang hebat. ego perempuan lagi hebat. kalau hebat memang sanggup tinggalkan insan yang sentiasa menyokong. kalau diri ini menghilang bukan kerana melupakan. bukan juga kerana merasa bangga.

sudah lumrah, manusia takkan pernah puas. sudah cukup berkias. sudah cukup bersabar. sudah cukup menelan. kalau akal sudah ada, tindakan yang wajar dilakukan.

kalau hati dah sayang, bila dipermainkan memang parah. aku rela menyembuhkannya untukmu dan ku pasti kau rela sembuhkan hati ku juga. mudah pasrah juga salah. redha itu tidak salah kecuali kau sudah cuba sedaya upaya.

kembangkanlah sayapmu jika itu yang kau pinta. aku tak menghalang lagi. kalau sudah kenal mana bunganya mana batunya, baguslah.

kau pandang langit itu, luas bukan? indah sekali jika dapat terbang di awangan. terbanglah engkau jika itu yang kau inginkan. perpisahan bukan keputusan terbaik untuk segalanya.


kalau aku di pertengahan laut, ada 4 pulau di sekelilingku. mana yang ku pilih? aku lebih rela berada di pertengahan. jika ku pilih pasti salah satunya akan hilang. kalau kau faham maksudku baguslah.

aku hanya ada satu hati. semuanya dikongsi bersama.



sungguhpun kau memuji ku cantik ku tetap menafikan. comel apatah lagi. tapi kalau yang lain memujiku mungkin aku akan akui dengan nada bergurau. bergurau itu tidak salah.

semua cantik bagiku. apa ada pada paras rupa. cukupla kesetiaan dan kejujuran yang kau berikan. jika perhatian yang ku berikan tidak mencukupi maaf ku pinta.

aku hanya seorang. kamu ramai. kalau kau terasa, yang lain apatah lagi. bukan mudah membahagikan perhatian sebaik-baiknya.


kau pandang kisah silam kita bersama. adakah aku tidak bersama kau? kalau kau menangis, siapa yang memujukmu? saat kau dipermainkan, siapa yang berada di sampingmu mendengar luahan hati kau?

imbas kembali.

saat kau gembira, siapakah insan yang berada di sampingmu untuk ketawa?

kau katakan dengan mudah. memang mudah melepaskan. memang mudah melontarkan. kalau keputusan yang ku buat terlampau drastik, memang aku tidak terdaya berkata apa-apa.

sudah cukup banyak halangan yang aku terima. cukuplah. jika kerana DIA kau beralih arah, aku relakan. dan jika keputusan ini kau buat kerana mengatakan aku melupakan, aku relakan juga.

siapa aku nak menghalang. sejahat-jahat aku juga aku masih ada rasa hormat. biarlah yang lain menyokongmu. dan biarlah yang lain mengatakan aku terlampau paranoid.


kalau berselisih faham memang akan berlanjutan. dari situ kita makin erat. kalau bersikap ambil berat di anggap mengongkong, memang kau tidak sedar siapa lebih menyayangimu. kalau mempedulikan dianggap melupakan juga memang kau punya masalah. masalah untuk memahami. bukan masalah lupa diri tapi tidak memahami.

kalau ku herdik bukan sebab kau hina. kalau aku tengking bukan kerana kau keji. semua yang dilakukan bersebab. aku hanya ingin yang terbaik untuk kau.

cukupla kau dipermainkan berulang kali. kalau dah api namanya, kenapa kau rela tangan kau terkena bahangnya? lambat laun kau akan terbakar juga.

aku bukan pokok bunga sebagai perhiasan. aku bukan dinding yang tiada perasaan. kalau kau hargai segala yang ku buat, kau takkan buat keputusan sebegini dan mengatakan pelbagai tohmahan.

jika kau rasa mereka mampu membahagiakan kau, pergilah. siapalah aku. kalau manusia gembira ada sahaja yang berlaku. kalau bersedih ramai pula yang ketawa.

tohmahan yang kau berikan memang hebat. sebab aku di dalam mood sedih aku malas nak bidas. katakanlah berbagai-bagai lagi sebab aku sudah penat layan karenah manusia yang tidak berkesudahan. lambat laun aku akan tenang juga dan aku percaya kau pun begitu.

pergilah cari kebahagian yang kau impikan. pergilah mencari kenalan seramai mana yang kau mahu sebab itu yang membahagiakan. aku hanya insan yang menjadi mangsa keadaan.

aku ke sana salah, ke situ salah, ke sini pun salah. di mana aku patut berada kalau semua dilahirkan dengan perasaan cemburu. belajarlah memahami. dan gunakanlah akal untuk berfikiran positif. badan sudah naik, pemikiran juga perlu matang.

aku bukan budak-budak lagi untuk persoalkan siapa yang lupakan aku siapa yang tinggalkan aku. kebahagiaan ada di mana-mana. kalau kau bersikap mementingkan diri untuk kebaikan diri kau juga akan menyebabkan malapetaka.

kalau kau bersikap begini, lebih ramai yang akan meninggalkan kau. aku tidak kisah dengan siapa kau akan bersama dan apa kisah silam kau. aku tak pernah mengungkit apa yang kau buat sebab aku tahu kau sudah menyesal bukan?


rahsiaku, rahsianya, rahsiamu.




pergilah. jangan suatu hari nanti kau menangisi keputusan yang kau pilih.



p/s : bukan semua boleh diselesaikan dengan air mata dan menjauhkan diri.
**getting sick of this situation.

4 comments :

~iRmA~ said...

be strong nad..kadang2 manusia mmg susah nk memahami.. :)

SonaSona said...

Nape nad? ):

NadNod said...

irma : mmg susah nk fhm +_+

dja : masalah lagi dja, makin bertambah +_+

SonaSona said...

haish ):