January 24, 2010

Ramalan

"kamu ni sering mempunyai fikiran yang serabut dan susah untuk membuat pilihan. rasa ragu-ragu sering membelungi kamu dalam membuat pilihan. kamu tidak akan kerja di area Seremban atau berdekatan di sini. Kuala Lumpur pun bukan. kamu mungkin akan bekerja di perantauan. rezeki kamu baik. kamu akan kahwin lambat. mungkin selepas kamu tamat belajar.mungkin juga kamu akan punyai banyak suami"


itulah kata-kata tok ramalan.
anyway, aku setia xD


nak percaya tu memang mustahil. cuma aku setuju dia mengatakan aku ni sering berserabut dan susah nak buat pilihan kerana ragu-ragu. dan tidak mungkin aku akan bekerja di perantauan. di mana? adakah Indonesia? Australia? United Kingdom?

maka conclusion aku tetap sama.









sejak berlakunya peristiwa menyedihkan, perjanjian telah termeterai pada diri sendiri dan terdapat perjanjian dengan akakku. barang siapa yang berkahwin dan memungkiri janji untuk tidak berkahwin seumur hidup maka orang yang memungkiri itu haruslah menghadiahkan kepada orang yang berpegang pada janji itu.

hadiah yang aku pinta ialah gelang emas bertakhtakan berlian.


kalau aku yang terkahwin, suami aku yang harus menghadiahkan kakakku.


perjanjian paling merepek dan paling tak bagus untuk diamalkan. sudah ku bilang, aku tak nak kahwin awal xD









p/s : tak baik percaya ramalan. tapi rasa kelakar bila orang menilik tangan kita :)