February 02, 2010

Just Keep Swimming

today was an ordinary day without any new exciting moment to be shared. tahun lepas sering pergi ke Port Dickson memandangkan ayah ada urusan di sana maka aku kadangkala jadi terajin mahu pergi bersama dengan kakakku untuk bermandi laut.

itu dulu. sekarang percayalah aku tak berani pergi Port Dickson sejak kes orang kena gigit tu kan. paling best dapat minum segelas air kelapa dan makan cendol berserta dengan kelepok lekor + pisang goreng. memang marvellous dan wajib makan kalau boleh :)

sudah makin ramai yang mengikuti kelas BI di Cambrigde. aku pula sudah jadi selaku promoter kepada sesetengah pihak. secara tidak langsung telah mengajak ramai untuk turut serta. tapi setelah berminggu-minggu berada di sana, aku sudah tahu bahawa BI aku memang tak bagus. patutlah Sir selalu complain karangan aku ketika nak SPM dulu. ayat berbelit-belit dan terlampau simple.

karangan yang bagus ialah karangan yang menggunakan ayat complex. masalah aku ialah apabila aku sudah terlebih pandai nak buat ayat berbunga-bunga ketika karangan BM, maka BI aku terus down ke bawah secara tidak sengaja kerana meng-inggeris-kan bahasa melayu kot.

sebaik sahaja tiba di rumah, leka berguling atas katil sehingga mahu tertidur. tiba-tiba mendapat text message from my bff, Shana, tentang kehadirannya ke rumah aku. seperti yang dirancang, plan berswimming berjaya dilakukan.

aku tak suka PLKN sebab aku takut aku gelap. tapi ternyata aku sudah gelap sejak mandi PD tahun lepas. maka masih gelap sampai sekarang. sekarang dah semakin gelap. terus rasa segan nak keluar pergi mana-mana ;p



disebabkan tempat swimming pool sangat dekat dengan rumah, terus berjalan kaki dengan Shana selepas bergosip dan bergelak tawa serta sesi luahan hati di bilik aku. ternyata sejak ketiadaan Izyan di rumah aku, aku semakin cakap tidak betul. ayat semakin berbelit dan jadi tergagap dan cakap terlampau laju seperti makhluk asing baru sampai Seremban.

**merepek.


sedang berseronok berswimming, tiba-tiba seorang gadis pramatang berketurunan India mungkin. *semestinya India sebab dia gelap dan..


gadis tersebut yang dalam linkungan umur 14 tahun leka berada di kawasan aku dan Shana. sah ada masalah kerana ke mana Shana pergi dia akan ikut dengan dekat sekali. padahal baru lepas bercerita dekat Shana tentang cerita hantu di mana hantu tu duduk atas bahu. serius budak ni seperti hantu. *gila kejam aku.

disebabkan keadaan yang mengcomplicatedkan, aku sudah terguling-guling nak tergelakkan Shana yang cuba mengawal kesabarannya dengan sikap gadis India tersebut yang cuba beramah mesra dengannya.

disebabkan aku sudah tayang muka jelik, maka gadis tersebut pergi dengan sendirinya dan mengacau sekumpulan gadis cantik. **aku cakap mereka cantik sebab mereka putih sahaja. muka tidak. haha

maka gadis cantik yang perasan hot itu tergelak dengan gediknya dan berlari ke tengah swimming pool untuk melarikan diri dan asyik bercakap "Adik sapolah tu?! haha"

aku macam dah agak something fishy. memang sah dia ingat tu adik Shana. dalam hati aku dah mencarut-carut dengan perempuan minah joyah ni. sejak kami tiba memang mereka seronok perhatikan kami wandered around dengan baju swimming kami.

tiba-tiba dia senyum kepada aku. "kenal ke?"

aku geleng dan buat-buat macam aku comel *perasan itu tidak salah
maka aku terus berswimming sambil memandang langit dan berfikir tentang sesuatu

kesimpulannya memang sah aku dah semakin gelap. bukan salah ibu mengandung. kakak-kakakku memang kelihatan lebih putih dari aku. mungkin kerana berketurunan Cina, maka muka mereka kelihatan seperti gadis cina.

kami juga berketurunan India. maka aku kelihatan seperti gadis India version anak Pakistan. haha ;D

kakakku sering mengatakan aku telah tertukar dengan anak Pakistan ketika di United Kingdom dulu. sebab itu aku lain dari yang lain.

lain itu unik. unik itu cantik kerana sudah nak dapat one and only ni. extra ordinary.
okay, aku patut berhenti menaip benda merepek. sekian.

0 comments :