February 15, 2010

Kembali #02

semasa ke Danga Bay, semestinya singgah di pasar malam berada di situ. is it pasar malam? im not sure. but theres a lot of sandals, crocs and whatsoever.

so my sister and my cousin did bought two sandals like mine and my other sister.
guess which one is mine?

yang putih itu kepunyaan akakku(Alak).
mine look sucks and uuugly. dan kepam.


so we all wear Roxy :) isnt that cool?
pretty sad since Izyan(twin) wasnt there to show off her sandals too.



i guess this is the new design. cool and sangat jealous ;(
should have a new one +_+ it is different since ada logo emas dekat tali tu kan.





as we drive pass by Angsana and econsave, we passed by this old crippy building. sangat menyeramkan dan ada cerita menarik di sebalik bangunan besar yang cantik tapi turn out jadi menyeramkan untuk ditatap lama-lama.




jika sesiapa membeli surat khabar Kosmo pada minggu lepas(tak ingat tarikh), pasti ada terbaca artikel tentang kisah sebuah keluarga yang bershopping di sebuah shopping kompleks bunian. pada mulanya aku sangat sangsi tentang berita ini. bila dapat melihat sendiri bangunan itu, baru terase kebenarannya sedikit.

di sekeliling bangunan ini ditumbuhi pokok dan rumput serta lalang-lalang. ada pokok yang terbakar yang akhirnya membuatkan tempat ini lebih menyeramkan.

pada suatu malam, sebuah keluarga yang berasal dari Singapura datang ke JB untuk bertemu sedara mara. sebelum itu mereka dikatakan sempat singgah di sebuah shopping kompleks yang besar dan baru dibuka. kata mereka, shopping kompleks itu seperti baru dibuka.

oleh itu mereka sanggup meredah orang ramai di situ untuk turut bershopping. penat membeli belah, mereka terus meletakkan barang yang dibeli di dalam kereta dan bergerak ke rumah sedara mara mereka yang terletak di JB juga. mereka berasa teruja menceritakan pengalaman mereka di sana lalu kembali ke kereta untuk mengeluarkan barang yang dibeli.


sebaik sahaja mereka membuka 'bonet' kereta, mereka terkejut melihat kesemua barang yang dibeli hilang. sebaliknya 'bonet' kereta mereka penuh dengan daun-daun kering.



ini adalah berdasarkan cerita akak aku. dan mungkin juga ini adalah bangunan yang dikatakan shopping kompleks bunian :) who knows?

it might be true. selalunya orang kata makan di kedai bunian. sekarang bunian pun ade shopping kompleks? that was pretty cool and weird.

wallahhualam~



p/s : lalu malam-malam pun menyeramkan. Jb oh Jb :)


6 comments :

shafara (Ŧ) said...

damn seram man. dah la bace malam2 -.-

NadNod said...

masih boleh timbul keadaan seram ek? :D mintak2 tak berlaku kat diri kita la kan. amin~

Azahari Rahim said...

HAHA bunian da upgrade ar.

dulu gerai2 je
now shopping kompleks
hebat hebat ;D

NadNod said...

ayie : hahaha.. dorang pn dh naik taraf en? terkejut2 ;p

full of love,keyna said...

cantek kompleks tu,tp sygnye da dihuni buian ;')

NadNod said...

haha. mmg cantik n besar :D org bunian dh maju :)