March 30, 2010

Couple words ♥ ♥





maka hari ini menerima tawaran untuk meng-create blog seseorang.
hari ini memang sangat bosan. seriously rasa macam baru sedar diri berseorangan di rumah tanpa duit di poket. duit tak bertambah. lemak yang bertambah. kecewa sungguh. maka hari ini banyak habiskan masa dengan makan dan makan :)





Munir Zahari.


saya rasa ini adalah blog paling simple saya pernah buat untuk lelaki.
saya bersedia menerima tawaran sesiapa yang memerlukan khidmat mengedit blog. tawaran ini ditujukan kepada rakan saya. sah tidak ada kerja di rumah -.-








anggap sahaja ini short entry untuk hari ini. magrib sudah tiba :)
bye.

Im leaving ♥

rasa seronok kalau diberi peluang berenang di kolam renang sepanjang hari tanpa risau langsung kulit semakin terbakar dan menjadi gelap. rasa tenang dapat terapungkan badan sambil menghadap langit luas terbentang di hadapan mata. rindu rasa tenang sebegini. tenang sampai tak kisah orang lain sudah lama beransur pergi dari sisi.


teringat suatu ketika dahulu, aku sering memberi sokongan padu kepada dia. memberi kata semangat. bercanggah pendapat sangat normal. dia sering bimbing aku ke arah lebih baik. aku pula marah ada yang cuba mengubah diriku. mengubah cara aku jalani hidup. mengubah cara aku 'handle' cara pembelajaranku.

saat menghadapi sesuatu yang penting dalam hidup aku, dia pergi sebegitu sahaja. tidak seperti dahulu ketika aku yang semangat menyokongnya dari belakang. berada di sana untuk mendengar luahan masalahnya. mendengar apa yang dia terasa. tidak puas hati. marah. dan segalanya.

alhamdulillah aku hadapinya dengan kuat. saat aku terjatuh dia pergi sahaja. kini aku sudahpun bangkit. sangat bahagia. terlampau bahagia. dia datang kembali tidak berapa lama selepas itu. disangkanya aku masih setia menunggu. salah.

aku memang ambil mase untuk 'move on'. akhirnya aku berjaya. aku hampir jatuh kembali. tapi tak mengapa, aku keraskan juga hati ini. semua sudah beransur pergi. aku tidak percaya aku sekuat ini. sehebat ini aku menepis :)

maka sekarang saya sedang bahagia. bahagia hidup bersendirian buat masa ini. dah 18 tahun, aku semakin tidak kisah bercerita kisah sebegini di sini. rasa seronok pula sudah capai legal age. layak untuk berkaraoke di Redbox barangkali atau sebarang pusat karaoke yang hanya membenarkan 18 tahun ke atas sahaja masuk untuk berkaraoke. mari mari join saya :D

=============================================









Ahad lepas bersamaan dengan 28 Mac 2010, akak saya kembali ke alam universiti beliau. beliau bakal meneruskan degree di sana(Uitm Puncak Alam). Puncak Alam terletak berdekatan dengan Shah Alam barangkali. jauh terperuk di dalam hutan. memang dah lama jatuh cinta dengan kampus di sana.





saya rasa seronok pula tengok keadaan bilik beliau. kecil memang kecil tapi selesa :) memandangkan beliau hanya akan duduk di situ berseorangan sedangkan ada dua katil, maka saya rasa itu adalah kenikmatan yang paling bagus. bebas membuat segalanya. tanpa perlu menjaga perasaan sesiapa.

saya tengok dia bawa barang berbeg-beg. terfikir sebentar -.- duduk di sana hanya 3 minggu, gaya beliau macam duduk 3 bulan pula. pelik pelik.








sayang sekali view di tingkap tak berapa nak lawa :D







ini adalah tangga yang mempunyai 220 anak tangga.
sila naik dan turun menggunakan tangga ini untuk pergi ke kafeteria ataupun ke fakulti masing-masing. selamat keluarkan peluh ;D









sekarang sayalah the only daughter yang tinggal di rumah
berseorangan dan dapat peluang menjadi anak kesayangan parents saya.
haha >:D





sweater berjaya menggemukkan badan.
gaya sebegini bagus untuk tatapan umum.









akhir sekali kami ke car wash. kereta naza memang tak
muat masuk ke dalam that thingy. apekah namanya aku sudah lupa :)









hari-hari dapat utusan dari ipts. ini mesti kes sebab
aku sign up ketika minggu kerjaya di sekolah suatu ketika dahulu.









p/s : bye Asip. semoga anda tiba dengan selamat di Sarawak. tak sempat kita berjumpa langsung dalam 3 minggu ni :)

March 29, 2010

Penggemar segalanya ♥

saya memang sangat meminati bidang seni. sejak dari kecil saya selalu ada idea nak reka bendalah merepek tampal dekat dinding bilik. sebelum rumah saya di-renovate, memang dinding, katil dan kertas banyak lukisan yang dihasilkan oleh saya. memang horrible. kebanyakannya lukisan figura manusia la kan. kata minat barbie :')

maka saya excited diberi peluang mengambil subjek seni sebagai subjek tambahan untuk SPM. tapi saya selalu ponteng kelas ^^ saya memang pemalas kalau nak stayback dan pergi kelas tambahan. serius -.- alhamdulillah saya dapat A.

pada mula saya menyuarakan hasrat untuk mengambil seni, memang ramai cam tak berapa suka. tapi dah buktikanlah kan dapat juga success. memang kagum sangat tengok fakulti seni di Uitm Shah Alam tahun lepas. memang berangan nak ambil jurusan seni kreatif la bagai tapi saya asyik fikir negatif. bersaing dengan kaum cina saya tak sanggup sebab saya tahu saya tak adalah bagus sangat seni ni -.-

hobi baru ialah tolong create layout untuk kawan-kawan. cancel nak ambil jurusan sains komputer. jurusan tu menjurus kepada membina website bukan? saya tak bijak ;D saya tahu main coding tapi tidak kreatif sangat.


di bawah ini ialah hasil creation saya sendiri. dimana saya dapat layout tu tak perlu diperjelaskan kot sebab banyak tempat mencari untuk mendapatkannya sampai tak ingat dah. it wasnt that good but still mahu tunjukkan :) masih baru belajar lagi dalam bidang mengedit ini.






Pertama

orang pertama yang saya tolong reka layout khas
untuk beliau ialah rakan karib saya suatu ketika dahulu. Cik Yana.





Kedua

kemudian saya leka membuat blog untuk lelaki pula. blog kawan baik saya.
blog seorang lelaki yang pernah cakap muka saya sangat kotor :))
kotor bermaksud berjerawat dan berminyak. zaman form 3 -.-






Ketiga

diberi peluang juga untuk menghias blog seorang lagi rakan karib saya.
Cik Shana :)








.








..



















..











..








akhir sekali,...



Keempat


latest perbuatan mengedit menghias dan mengcreate ialah blog
Zahidah Zahari.

blog beliau paling lama diusahakan memandangkan ada
coding yang bercampur aduk ke bawah lah ke atas lah.
memakan masa 3 hari 2 malam :D




========================================


anyway Shin Chan, thanks sebab sudi tulis satu entry khas untuk aku dan yang lain-lain. belum sempat aku printscreen apa kau taip kau dah buang entry tu.
your secrets save with me. dont worry :)


=========================================

saya suka kedamaian.

March 26, 2010

Sang Juara ♥‿♥

disebabkan hari ini hari last dapat bertemu dengan Azahari, sempat juga join sekaki pergi membuat suprise dengan berada di hadapan rumah beliau tanpa pengetahuannya. seronok dan terkejut tengok gaya 'kepala' beliau yang sudah selamat dibotakkan.

selamat menjalani PLKN. bertemu di bulan JUN nanti. lambat lagi.


disebabkan mereka semua sudah kepunan tidak dapat merasa kek Chocolate Indulgence (kek hari jadi), sanggup mereka(Izyan dan Epy) datang dari jauh nak ketuk pintu rumah cakap "bungkus kek bawak pergi rumah Ayie"

gambar di atas adalah muka excited Epy nak makan kek dan call Ayie cakap
"kami kat depan rumah kau!!"












selamat tinggal schoolmate even kita memang tak pernah langsung rapat sejak alam persekolahan lagi. kenangan paling best saat kau bawa kereta kancil Izyan pergi merantau ke KL. tak dapatlah hantar kau naik bas pergi PLKN esok. malasnya nak bangun pagi ;D


==========================================









saya tiada idea nak taip panjang-panjang.

March 25, 2010

The only Exception Between US♥

saya sekarang dalam keadaan keliru dan lost sedikit. bukan saya tidak gembira. saya gembira dah terlebih-lebih pun. haha, best buat gimik saya sedih. nanti orang berikan perhatian. terus rasa dihargai. okay, kembali ke isu birthday sendiri lagi. hish. bila nak habis entry pasal birthday ni ;p







thanks kawan. terlupa nak masukkan wish semua
sekali dalam entry yang sebelum ini. tidak sempat :)





sebaik sahaja kak Ynaaohynaa post entry tentang satu group di Facebook ini, saya terus bersemangat untuk mengusyanya bersama. memang sah kelakar. tadi mood saya dirudum pilu sebab saya kena tinggal sekali lagi. sedih sangat dah ni. haha, mood kembali ceria.




ini adalah Persatuan Salah Cakap :D








sebahagian post yang buat saya tergelak terbahak-bahak.
memang normal la kan salah cakap.

dulu saya selalu sangat salah cakap. saya ada masalah sikit. suka cakap dengan laju lepastu tak jelas. bila orang tanya sebab tak faham saya cakap tak ade apa-apalah. memang buat orang lain bengang sedikit -.-

saya sesuai nyanyi lagu rap. come on.
saya dah addicted dengan lagu Baby by Justin Bieber. semua lagu dia saya seronok hafal. sampai bab dorang rapping saya nak join sekali.






Izyan Nua blog?
pelik apa yang cuba dicari.









thanks BitBit bagi hadiah hari jadi. sedap-sedap dapat scratch mark di pergelangan tangan. nasib baik bukan di nadi. darah tak berhenti keluar pada mulanya. ganas betul rabbit bila lapar. sorry la lupa bagi makan xD


sekarang bila basuh pinggan, memang tangan pedih apabila bersentuhan dengan pinggan yang dibasuh. tak apa BitBit. sebab aku sayang kau, aku tak jadi nak buat kau steak. sedap sikit makan dengan sos barbeque. haha >:D



p/s : hey, i miss you :(

March 24, 2010

Love Me♥


saya tak habis-habis lagi dengan cerita birthday saya. entah apa-apa. padahal tambah angka sahaja pada umur. rasanya teruja nak tukar IC baru tapi rasa macam malas pula sebab saya sekarang busy dengan text messaging dan online dan driving license.






hari ini saya keluar dengan Epy, Izyan dan Azahari. semangat nak keluar lagi sekali sebab ada orang sudi belanja Bigmac. i was so excited. rindu Bigmac sangat ;)






paling bahaya kalau bagi handphone dekat mereka berdua. setiap hari mereka buat reminder. paling tak boleh bla -.- memang sah akan ingat setiap hari kalau macam ini. tadi first experience terkejut tahu handphone berbunyi tanpa sebab. ku sangkakan birthday someone.








ini dia. twin yang pemalas nak taip Happy birthday.
BOOOOOOOOO >:P









demi memori terindah takut tertelan zaman ke masa ke waktu. dan buatnya handphone aku rosak sebab memory penuh atau handphone hilang ke atau tiba-tiba aku ada penyakit alzheimer(apekah?), baik aku mengupdate dan memaparkannya di sini. nanti bila rindu. boleh tengok balik dan senyum. eceh :)




paling awal.





whoot2 maksudnya happy birthday. baru tahu.
HAHA









paling sweet la. haha













okay dah habis. lagi ramai wish di facebook berbanding di handphone.
thanks semua :)

========================================
------------------------------------------------------------------








semangat tidur lewat semalam. online je tapi pemalas nak update blog. terus simpan as draft dan leka beronline tengok siapa wish siapa tidak. maka hari ini bangun terlebih awal lepastu gedik nak tidur lagi. sampai pukul 12 tengah hari. baru sedar Izzyan call ajak keluar.












so we headed to Mcdonald. laptop baru Izyan.
semua sibuk godek-godek. aku sibuk termenung pandang orang.
pandang handphone. habiskan battery PSP Epy seperti biasa jugak ;p







bayangkan apa aku buat di situ seorang diri.
rasa macam nak lari sebab bosan tak tahu nak buat apa ;D

dalam gambar ini aku dah nampak tua. owh yeah. 18 dah tua.
kena beli cream anti penuaan dan cream penghilang mata panda.
saya nampak pucat! -.- dan chubby.

malas nak pakai tudung lain sejak dua menjak ni ;D
pakai tudung yang sama berulang kali. tak busuk.








semua bertungkus lumus install SIMS 3.








gila horrible muka aku. oh my. haha ;D







Azahari. bakal peserta PLKN. dia bakal botak.










Terima kasih Epy sebab belanje set Bigmac.
Terima kasih Ayie sebab belanje set Bigmac juga pada minggu lepas.

aku anggap sahaja ini hadiah korang ;D





kenapa ini jadi gambar wallpaper dan sreensaver aku?
rosak handphone aku -.-




naaah, amik aku tempek gambar kau ni Epy. haha ;D







muka penat dan horrible ;D

=========================================





dapat phone call from Shana's mom pukul 9.04 malam tadi. tengok-tengok dapat hadiah birthday from Shana. i was so shocked. dapat juga ucapan congratulations from both of Shana's parents for my result SPM. although hubungan semua dah renggang, anda masih tak lupa saya. terima kasih banyak-banyak.














saya sangat hargainya :)
terima kasih kawan.
warna purple pink. ♥