March 11, 2010

Akhirnya


pukul 12 malam, hati bergetar-getar. pukul 2 pagi, mata tak nak lelap. pukul 3 pagi, mula menggelabah. pukul 4, terlena akhirnya. tepat pukul 7.30 pagi terus terjaga.

aku sempat buat kerja rumah. kemas ini sedikit sana sedikit yang kononnya nak sejukkan hati ayah kalau result sekali turn out to be so bad. macam berjaya. haha ;D

pergi dengan menaiki kereta Izyan. orang pertama aku jumpa ialah ASIP. my bff yang baru balik dari Sarawak. okay aku menjerit panggil dia. macam aku dengan dia je dekat situ. padahal aku rasa terkilan tak tahu menahu bila flight dia balik seremban. terlupe, handphone aku rosak. ramai lost contact dengan aku.

kenapa aku rasa sejak habis sekolah, semua kawan baik dah lain dan tiba-tiba aku ada kawan baik baru. adakah ini suatu perkara yang baik untuk diri sendiri?

sebaik sahaja berdiri selama hampir 1 jam lebih, keputusan diumumkan. hanya 34 orang sahaja yang berjaya mendapat straight A's. tapi tiada seorang pun berjaya mendapat straight A+.

purata gred dah bertukar. kalau nak dibandingkan, student non-malay memang lebih menyerlah. macam sudah pupus sahaja kaum melayu -.-'

hanya seorang sahaja pelajar kelas aku yang berjaya mendapat semua A.

purata orang menangis memang tidak dapat dikira. aku menangis tersenyum. cool enough. haha, ini namanya tiada perasaan. kalau dah dapat straight A's nak menangis tersenyum tak apa juga.

soalan orang akan sering tanya setiap kali jumpa aku ialah BERAPA. kenapa bukan Assalammulaikum? kenapa bukan hai? -.-!!!

sebaik sahaja dapat result, semua berpusu-pusu bertanya "kau berapa?" "berapa berapa!?". salah seorang yang kepoh bertanya adalah aku. sibuk ambil tahu result orang. orang tak bagi, aku rampas slip die >:D

yeah, keputusan aku sangat memuaskan hati aku dan juga parents aku serta akakku dan kucingku dan rabbitku juga. ini adalah berita baik. maka aku tidak akan menangis dalam bilik berselebung dalam selimut macam budak-budak. teringat zaman ambil result PMR. setiap malam menangis. haha ;D

ternyata setiap yang berlaku ada hikmahnya. melepak di JJ dan lunch di Secret Recipe selepas result diambil. sempat bercium-cium dengan cikgu bm dan akaun. cikgu, saya dapat A account. haha, tak sia-sia usaha pergi kelas setiap malam ;D

overall, thanks to Izyan, Acap, Ayie dan Epy. kerana aku have fun tadi. result kami akan dirahsiakan. tapi aku pelik result aku diketahui ramai sebelum aku sempat bersuara. alhamdulillah.

balik rumah dah nak kena peluk dengan ayah. Alhamdulillah :D
cubalah teka berapa aku dapat ;)



p/s : terlepas berjumpa dengan Aminuddin di Paroi. urghh, kenapa handphone gedik nak rosak T_T