March 06, 2010

Cium Byebye

keheningan malam. kesepian waktu. berdetik pantas waktu.
masanya akan tiba saat semuanya seakan berhenti.
jiwa bercelaru. terus tidak kenal siapa teman siapa lawan.
detik penentuannya Khamis ini.

11 March 2010.

11haribulan merupakan tarikh yang sering aku tunggu sejak 2 tahun dahulu. nombor kegemaran kerana bermakna. sejak nombor sudah tiada erti di matanya, maka aku membuang ertinya kepadaku.

anggap sahaja aku away dari blogging bermula hari ini. atau esok. atau lusa. sebab aku memang sentiasa tidak berpendirian tegas. malah terlampau susah nak cakap selamat tinggal. nanti kalau tiba-tiba result SPM mengejutkan, jangan terkejut aku away. heh.


sekarang hanya perlu tawakal.
semua sudah berubah. teman ketawa menangis mungkin dah berubah.
aku juga sudah berubah. itu kenyataan.
memang dunia tidak adil. maka tolong berhenti merungut.


mood : emo lagi -.-'