March 30, 2010

Im leaving ♥

rasa seronok kalau diberi peluang berenang di kolam renang sepanjang hari tanpa risau langsung kulit semakin terbakar dan menjadi gelap. rasa tenang dapat terapungkan badan sambil menghadap langit luas terbentang di hadapan mata. rindu rasa tenang sebegini. tenang sampai tak kisah orang lain sudah lama beransur pergi dari sisi.


teringat suatu ketika dahulu, aku sering memberi sokongan padu kepada dia. memberi kata semangat. bercanggah pendapat sangat normal. dia sering bimbing aku ke arah lebih baik. aku pula marah ada yang cuba mengubah diriku. mengubah cara aku jalani hidup. mengubah cara aku 'handle' cara pembelajaranku.

saat menghadapi sesuatu yang penting dalam hidup aku, dia pergi sebegitu sahaja. tidak seperti dahulu ketika aku yang semangat menyokongnya dari belakang. berada di sana untuk mendengar luahan masalahnya. mendengar apa yang dia terasa. tidak puas hati. marah. dan segalanya.

alhamdulillah aku hadapinya dengan kuat. saat aku terjatuh dia pergi sahaja. kini aku sudahpun bangkit. sangat bahagia. terlampau bahagia. dia datang kembali tidak berapa lama selepas itu. disangkanya aku masih setia menunggu. salah.

aku memang ambil mase untuk 'move on'. akhirnya aku berjaya. aku hampir jatuh kembali. tapi tak mengapa, aku keraskan juga hati ini. semua sudah beransur pergi. aku tidak percaya aku sekuat ini. sehebat ini aku menepis :)

maka sekarang saya sedang bahagia. bahagia hidup bersendirian buat masa ini. dah 18 tahun, aku semakin tidak kisah bercerita kisah sebegini di sini. rasa seronok pula sudah capai legal age. layak untuk berkaraoke di Redbox barangkali atau sebarang pusat karaoke yang hanya membenarkan 18 tahun ke atas sahaja masuk untuk berkaraoke. mari mari join saya :D

=============================================









Ahad lepas bersamaan dengan 28 Mac 2010, akak saya kembali ke alam universiti beliau. beliau bakal meneruskan degree di sana(Uitm Puncak Alam). Puncak Alam terletak berdekatan dengan Shah Alam barangkali. jauh terperuk di dalam hutan. memang dah lama jatuh cinta dengan kampus di sana.





saya rasa seronok pula tengok keadaan bilik beliau. kecil memang kecil tapi selesa :) memandangkan beliau hanya akan duduk di situ berseorangan sedangkan ada dua katil, maka saya rasa itu adalah kenikmatan yang paling bagus. bebas membuat segalanya. tanpa perlu menjaga perasaan sesiapa.

saya tengok dia bawa barang berbeg-beg. terfikir sebentar -.- duduk di sana hanya 3 minggu, gaya beliau macam duduk 3 bulan pula. pelik pelik.








sayang sekali view di tingkap tak berapa nak lawa :D







ini adalah tangga yang mempunyai 220 anak tangga.
sila naik dan turun menggunakan tangga ini untuk pergi ke kafeteria ataupun ke fakulti masing-masing. selamat keluarkan peluh ;D









sekarang sayalah the only daughter yang tinggal di rumah
berseorangan dan dapat peluang menjadi anak kesayangan parents saya.
haha >:D





sweater berjaya menggemukkan badan.
gaya sebegini bagus untuk tatapan umum.









akhir sekali kami ke car wash. kereta naza memang tak
muat masuk ke dalam that thingy. apekah namanya aku sudah lupa :)









hari-hari dapat utusan dari ipts. ini mesti kes sebab
aku sign up ketika minggu kerjaya di sekolah suatu ketika dahulu.









p/s : bye Asip. semoga anda tiba dengan selamat di Sarawak. tak sempat kita berjumpa langsung dalam 3 minggu ni :)

0 comments :