March 15, 2010

♥ MINE

saya selalu teringin nak bawa motor jalan-jalan sekitar rumah taman. kalau boleh setiap hari nak bawa. kalau boleh sejak alam sekolah menengah nak bangga dapat bawa motor pergi sekolah. padahal mana ada motor di rumah. hanya skuter besar gedabak yang sampai sekarang tersadai tiada siapa guna.

memang mak saya takkan bagi punya anak gadis dia bawa motor macam jantan lelaki. sebab khuatiri badan saya terluka/berparut/tercalar.

pada era zaman mak saya masih muda. dia selalu naik motor ke sana sini dengan adik beliau iaitu pakcik saya. siapa sangka, hanya sehari sahaja mak saya sempat menggayakan rambut kerinting beliau yang baru sebelum terbabit dalam kemalangan gara-gara ingin mengelak seekor makhluk Allah. maybe anjing. aku dah tak ingat.

kemalangan agak teruk menyebabkan mak saya terpaksa membotakkan keseluruhan kepalanya. kesian rambut panjang curly yang cantik itu. disebabkan mak saya telah menjadi botak. terpaksa memakai rambut palsu yang shining-shining macam model iklan shampoo tapi bila pegang kasar macam dawai.

nak dijadikan cerita, suatu hari bila mak saya menaiki kenderaan awam iaitu bas untuk ke tempat kerja, rambut palsu itu tidak di tempat asalnya kerana keadaan bas yang sesak, ada juga yang tertolak badan mak saya sampai boleh nak terjatuh rambut palsu. agak normal terpaksa bersempit-sempit di dalam bas. maka tersengetlah rambut mak saya -.-' dah kantoi kepala botak. **cerita kelam kabut.

owh sekarang, rambut mak saya sudah elok. alhamdulillah :)

akak saya memang berani bawa skuter besar di depan rumah. tapi itu dahulu. sejak kemalangan yang menyebabkan kaki beliau dijahit sampai tinggal parut macam ada lipan di kaki menyebabkan beliau 'giran' barangkali.

maka saya juga pernah mencuba membawa motor seseorang sampai accident. motor dia kemik dan bercalar. motor baru. tapi saya bijak. saya diamkan diri sampai dia tak sedar. dia siap bertanya pada kawan baik saya, Asip, bagaimana motor dia boleh bercalar sana-sini. saya langgar tembok. HAHA ;D sorry ex lover ;) **harap dia tak baca.

tiada point cerita pasal benda ini. dan kenapa tiba-tiba aku membahasakan diri kepada SAYA. rasa macam tak selasa pula :)

esok ada benda penting perlu dibuat. pengalaman tak mandi pergi kelas memandu memang sangat memalukan dan mengerikan. terjaga pukul 7.30 pagi gara-gara tidur pukul 4 pagi. memang sah pakcik tenaga pengajar sudahpun berada di hapadan rumah. memang tak mandi. terus tukar seluar jeans, pakai baju tidur dan selendang main lilit sampai rambut bersememeh nak keluar dari selendang. rambut tak ikat betul. muka tak basuh betul-betul. pakai baju tidur lagi pergi kelas memandu? yeah i did.

HAHA. harap tiada siapa yang perasan aku tak mandi dan basuh muka pergi kelas memandu. sempat minum air kosong sahaja. memang bijak. ini kisah minggu lepas. alhamdulillah minggu ini bangun awal.


=========================================

Esok saya QTI. sempat belajar memandu bersendirian.
naik bukit, parking, 3 penjuru.
first time juga kereta telah berjaya menumbangkan tiang.

kenapa aku boleh failed buat 3 penjuru ni?
selalunya bukit menjadi masalah.

5 kali round-round dengan kereta kancil. Alhamdulillah.
keyakinan nak membawa kereta sudah meningkat.

dan masih pelik orang yang sedang belajar memandu
boleh sempat bertikus dengan aku. hilang tumpuan nak
termenung pandang orang buat QTI.
===================================


No. Pin untuk Maktab Perguruan sudahpun dibeli.
masih pelik kenapa ibu bapa saya sebegitu bangga dengan keputusan SPM saya. padahal tidaklah straight A's untuk dibanggakan. sampaikan seronok bercerita tentang result saya dengan jiran sebelah belakang rumah.

sebegitu gembira sampaikan berkata hilang penat
lelah hantar saya ke pusat tuisyen setiap malam dan ke sekolah setiap hari.

rumah sebelah kosong. rumah belakang juga kosong. sebab itu orang cakap rumah saya menyeramkan. mari datang tidur bermalam kalau ingin menilai tahap ketakutan anda. sebab itulah munculnya isu paranormal di entry ini.

jangan percaya sangat. syirik. khurafat.



bagi yang ingin membeli no PIN untuk Maktab Perguruan. sila beli di BSN. dan sila isi borang sebelum pergi ke kaunter. nanti jadi seperti aku yang terhegeh-hegeh nak isi form saat-saat akhir. no pin berharga RM6. tarikh tutup permohonan pada 28 March.

http://apps.emoe.gov.my/kplspm/kplspm_jun_2010/login.cfm

sila ke website ini untuk membuat permohonan.












rindu rindu. HAHA :D







saya rasa saya nak jadi cikgu Seni ♥
masih dalam perancangan. Insyallah.










goodluck kawan-kawan yang ingin menjadi doktor.
sibuk message aku malam-malam ;D tawlah korang straight As -.-'

p/s : kelam kabut. kejap saya kejap aku -.-'

2 comments :

de Picasso said...

wah..nk jd cg seni ek..gud2..gud lux~

NadNod said...

insyallah :D thanks :)