March 10, 2010

Parah Kecuakan

arghh. pagi-pagi dah ada orang gegar pintu bilik dan katil aku. rupanya cik Kembar yang tengah beria-ria nak baiki kereta kancil beliau di bengkel. padan muka kena tukar bumper dan cat baru. 2 kali kau accident. habis RM500++ melayang. **gelak evil.

aku ke bengkel bukan berdua dengan Izyan tetapi bersama dengan ayah aku. tak sangka Izyan hampir langgar kereta Gen 2 aku. nampak gayanya kalau langgar juga memang sah dia accident buat kali ke-3. woah woah. bahaya sungguh Izyan memandu.

aku cadangkan, sila beli kereta baru.

arghh, aku benci bila handphone pertama aku dapat rosak. aku benci bila handphone secondhand aku rosak. kali ini aku tak tipu. dua-dua handphone aku rosak sehari sebelum ambil result.

sehari sebelum 11 MARCH 2010.

kenapa handphone aku cuak? terus stuck tak nak on. nak hantar message tak lepas. nak call tak lepas. jadi ini penyebabnya aku tidak dapat beritahu korang semua result aku. anggap sahaja komputer aku juga break down. terus hilang cara nak komunikasi dengan semua orang.

dalam minda dah set. hanya 6 orang sahaja yang akan tahu result SPM aku. 6 orang tidak termasuk keluarga. antara senarai 6 orang tersebut ialah :

1. Izyan
2. Shana.
3. Sal
4. Hasif
5. Acap
6. Munir

memang cukup 6 orang akan aku bagitahu. yang lain bertanya aku akan mengangguk dan senyum kambing dan mengatakan alhamdulillah ;)

sekarang cravings nak handphone baru. nak handphone baru !! T_T hidup aku bukan tidak lengkap tanpa handphone untuk bermessage tetapi tidak lengkap jika tidak dapat play music player sampai tertidur di malam hari. malam-malam macam-macam ada. heh. susah kalau ada rumah sebegini. bilik je banyak, tapi tiada orang nak duduk.


jangan message aku. handphone aku off. handphone rosak. ini bukan dibuat-buat. kali ini aku serius. semoga hati tenang dan meredhai keputusan yang bakal diperoleh esok. amin.

0 comments :