April 30, 2010

Dilemma. seriously ♥


uitm or matriks?

:O

**click to zoom in

They are Married ♥

New chapter :




terhiris hati terhiris jari sekali ;D
ingat jari ni buah betik ke nak potong T_T habis kulit jari.





im in love with this.






banyak perubahan di facebook. sungguh kagum lihat graphic yang cantik dan sangat terkejut tengok farm saya hodoh. dan dan, kenapa sekarang pihak lawan(kawan2 di fb) telah berjaya melepasi tahap level saya. owh no no. baru berhenti main selama 3 bulan T_T.









bahaya tanam di hadapan rumah pokok dragon fruit ni.
nanti budak sekolah berjaya mencurinya seperti sebelum ini.







tengok-tengok. bunga dah mekar :'D
lepasni muncul-lah baby dragon fruit.
seronok tahu makan buah yang ditanam sendiri. manis! :')







Meet BitBit.




kucing peliharaan saya sudah cemburu tengok ada 'orang baru di rumah'







sebelah Bitbit, ialah TamTam/Tammy.
hari ini adalah kali pertama mereka bertemu eyes to
eyes di dalam satu sangkar. please behave bitbit :)






masa untuk mem-bau. kenalpasti bau cepat :)






tak sampai 10minit aksi wrestling muncul.




TamTam suka gigit BitBit.
ramai cakap itu perkara normal sebab itu gaya
mereka berkenalan sebelum mengawan.






TamTam ada 2 wife di rumah pemilik asalnya dan isteri pertama dan kedua beliau baru sahaja melahirkan anak hasil hubungan mereka. baby masih muda dan merah dah paksa dia kahwin dengan isteri baru yang masih muda dan fresh. whoot2 :'D





Mrs Bitbit dan Mr. Tam Tam(Hitam).
they married now :')

cant wait for my baby rabbit. HAHA ;D

TamTam hanya akan berada di bawah jagaan kami selama sebulan atau 2 bulan sahaja. ini kes pinjam untuk bagi Bitbit ceria. selepas 2 bulan akan dipulangkan kembali ke pemilik asalnya. semoga mereka berdua have fun.

**perlu sangkar lebih besar :O


April 29, 2010

Boyfriend ♥


selalu sahaja jatuh tumbang ke tanah. rasa macam kepala dihantuk ke dinding banyak kali dan rasa seperti ingin menangis tetapi air mata tidak dapat dititiskan. bila keadaan begini sungguh payah nak bangkit. nak senyum macam senyum kena paksa kalau tak kena bunuh.(??)

maka hari ini rezeki saya sangat murah. Alhamdulillah. syukur sangat-sangat. akhirnya bukan selamanya mendung. kaki yang bergetar, tangan yang sejuk membeku berubah kepada perasaan ingin melompat dari bangunan tinggi jatuh ke tanah. (!!?)

bukan cubaan membunuh diri. hati gembira. jiwa tenang(kot) hari ini.

ini kes sebab kandas JPJ 2 minggu lepas. kalah putus cinta.
serius ni.:D



penat memaksa mata untuk melabuhkan tirainya malam tadi tapi tak jugak menjadi. akhirnya hampir pukul 4 pagi baru terlena. terjaga pukul 6.30. woah, mata sembab. -.-

dengan berkobar-kobar bersiap. makan. tunggu di luar. pelik, tak ramai orang hari ini di Inmaju. lupa pula bagi main topik. saya ambil test jpj hari ini :D
alhamdulillah dapat sesi pagi. lega sangat sudah.

sebaik sahaja nombor giliran diambil,
saya berseorangan ke kawasan tempat berkumpul.


tiba-tiba saya disapa oleh suara lelaki dari belakang...






hai adik. ambil lesen ape ni? :)

terhenti terus perjalanan dan menoleh ke belakang.
kalau tak jawab macam sombong.
owh die ini terlebih friendly tegur orang dia tak kenal -.-

erk? hah? erm, lesen D.

owh :) goodluck. do your best!


terus hadiahkan senyuman selepas mengucapkan terima kasih.
(?)





setibanya di sana, saya terus submit lesen L saya berserta IC sambil senyum. hari ini nasib baik lagi, pakcik yang jaga tempat submit itu semua tak marah pun. orang lain kena marah pulak sebab lambat dan terhegeh-hegeh. nasib baik tak kena cop bengong di situ oleh beliau -.-

tunggu hampir setengah jam. ditegur lagi oleh seorang lagi lelaki...

awak repeat test JPJ yer?

aah :)

bahagian mana?

bahagian 3. huhu

jalanraya kan? goodluck :)


balas dengan senyuman juga sebab pelik. (?)



-.- mungkin sebab tiada sesiapa(kawan-kawan) yang wish goodluck kepada saya untuk jpj hari ini maka stranger yang rajin menegur dan wish goodluck secara tiba-tiba. terima kasih.

sebaik sahaja nama saya dipanggil oleh tester yang nampak garang :O, kaki makin menggelatar. memang rasa macam nak pengsan. ini namanya penyakit cepat menggelabah. entah kenapa ada masalah nak memandu ni. owh my owh my -.-

jantung berdegup kencang sebaik sahaja tangan membuka pintu. ni yang pelik ni, kenapa terlebih menggelabah, tester ni tak melenting macam tester dulu (:D)


"Assalammualaikum, Tuan :)"


nasib baik tester jawab salam saya dengan senyuman.
fuhh, ini petanda baik :D





habis semua saya buat. memastikan gear dalam keadaan free semua tapi tapi SEKALI LAGI SAYA LUPA NAK MEMBUNYIKAN HON. ini lagi kes hebat ;D dan saya dapat kereta VIVA instead of kancil. sebab itu saya cemas pada mulanya.



bila dah mula memandu, ternyata viva is the best!
perjalanan rasa smooth.




Kenapa dulu awak failed ni?

memandu secara membahaya. tukar lorong cepat sangat.


**bila dah mula berborak semakin terlupa steps. luckily he reminds me -.-



ni mesti tergesa-gesa kan? jangan takut memandu. pandu je. sape tester awak dulu?


hehe. mungkin. saya tak ingat nama tester saya

**muka blur

Ingat tak muka dia macam mana? dia ada tak tadi?

tak perasan pulak. takde kot. dia berisi pakai spek hitam sebab tu saya tak perasan dia tadi ada ke tak.

owh! saya dah tahu sape dah. Encik ******** kan? HAHA ;D

aah, betul sangatlah tu.


**muka konfiden konon bengang.
sebenarnya memang tak ingat nama tester saya dulu.

owh dia memang. 10 orang dengan dia, 2 orang pun belum tentu lulus. haha

hehe


.....
so ayah awak kerja mana sekarang? mak awak?

ayah dah lama bersara. dulu kerja uda holdings. mak sekarang masih pegawai kastam lagi.

Mak awak mesti baik dengan ketua pengarah.........(Rahsia)




dalam hati saya rasa lega sudah. tester saya baik. whoot2 :'D
memang banyak beri tunjuk ajar. bagaimana nak tukar lorong. siap pesan beli kereta auto instead of manual sebab dia tahu saya macam menggelabah lebih nak pandu. macam kura-kura.




kenapa nombor ic awak ni pelik sangat. ada no 87 tengah-tengah ni. lahir kat mana?

HAHA. dah ramai tanya saya soalan macam tu dulu. saya lahir di United Kingdom :)

Amboi! jauhnyaaaaaaa. kenapa jauh sangat?

ayah saya belajar sana dulu. secara tidak langsung satu family la ikut

awak ni mesti anak sulung kan?

eh tak. saya anak bongsu :P

SPM berapa A? masuk mane je lepasni?

erm. 6A je. kantoi subjek BM, Sej dengan Sc(terlupa pernah ambil subjek addmat time ni). saya masuk matriks pahang 10mei nanti. jauh kan? fuhh fuhh


(*masih tak faham kenapa saya sebut fuhh2 ni -.-)

owh. awak ni pelik. subjek senang boleh kantoi(*Sej senang?!) haha, belajar rajin-rajin kat matriks. struggle lebih. sayang bm awak B kalau tak dah 7A.

Insyallah. saya ambil subjek account so much easier dari subjek sains hayat dengan fizikal. tapi pahang jauh. kawan-kawan saya semua dapat di pilah

takpelah, jauh-jauh la best kan.

mungkin :)

saya dulu pun accountant dekat bank negara. lepastu diberhentikan.

aik?! kenapa pulak?


**part ni aku dah mula jadi minah sibuk tahu hal orang :D

sebab masa tu kegawatan ekonomi. ada 3000 pekerja. 1500 kena diberhentikan. kebanyakan yang kena buang majoriti muda mudi la kan. yang dah berumur kekal-lah sebab kan susah nak cari kerja. so sekarang saya jadi tester la. saya lagi seronok dengan kerja ni dari duduk belakang kaunter saja.




...



sungguh seronok memandu sebegini. jiwa tenang.
sebaik sahaja kereta diparked di tempat sepatutnya,
sekali lagi disoal :O


ni dah ada pakwe belum?

HAHAHAHAHAHA. belum :P


**tiba-tiba menipu.

tipulah. orang cantik macam awak takkan takde boyfriend kan? haha

erk? HAHA! tak tak, nanti ayah saya mara sebab saya gatal. saya nak belajar dulu.


**alasan paling tak boleh tahan ;D nak cover.


yela tu? kang dekat matriks kat pahang tu awak mesti ada punyelah. saya dulu masa sekolah pun ramai awek. almaklumlah pemain bola sepak sekolah, ramai kenal :D

insyallah. nanti someday saya adalah kekasih hati. terima kasih luluskan saya ^^


**cepat-cepat keluar dari kereta sebab gembira sangat lulus ^^




rasa macam segan je nak jujur sangat dengan tester -.-"
nasib baik tak menipu cakap dapat straight A's.
itu sangat tak boleh bla ;D

tester saya berumur dalam lingkungan 40-an.
good man.


LULUS! 18/20. alhamdulillah.



saya bernasib baik hari ini. boleh pergi ke matriks
dengan hati yang tenang.
finally. tinggal mengutip lesen P.

fuhh fuhh, alhamdulillah :'D
RM60 untuk lesen P pula :O

April 28, 2010

Sadier wovier ♥






next time kita main doodle lagi taw Keyna :D

















i have some issues here. i didnt ditch any of my friends. IF i did, i wouldnt text you before. i try to make things right. this is the second time people accused for something i didnt do. im grateful enough on what i have. stop accusing me for being such ungrateful brat.

i have my life. you have yours.

if being friend with you is wrong in the first place, stop telling others I ditch you behind for someone/something else. i am a good listener. put all of this behind for your own good.

its you and you. both of you. different friends. friend from school and and a friend of my other friend. people make mistakes. stop saying all those craps i did towards you over and over again to others. they didnt know what's happening between us. they only know how to judge.

saya pernah cakap maaf. tipu kalau anda dan anda cakap saya kedekut dan terlebih ego nak minta maaf. tanyalah kawan saya sekarang. ask them gaya saya macam mana. saya mintak maaf memang murah. kalau saya tak mintak maaf bersebab juga. jangan tuduh bukan-bukan. saya pun ada hati. kalau hati anda berdua lagi sedap kalau saya lepaskan semuanya, saya akan lepaskan semuanya.

saya buat salah, say it right onto my face that i am mean/wrong. tidak perlu ayat kiasan.
nak saya minta maaf secara terbuka? just say when and where.

saya juga ada perasaan sama macam anda berdua.
saya hormati apa yang anda berdua rasa sekarang.
sudah sudahlah.

saya tak sebodoh itu tinggalkan kawan sebab seorang lelaki.
beri peluang untuk semua pihak bersuara.
sekian.




**nak terasa, terasalah -.- hish.



























betul sangatlah tu apa yang Asip cakap di entry ini.

memang susah nak satisfied semua pihak.
okay, kali ini saya tekad. hati saya lagi penting.

April 26, 2010

Green is the new pink ♥











saya ada masalah suka mengigau di waktu malam. bila terjaga pun boleh cakap benda merepek. banyak sudah kejadian yang memalukan berlaku lately. sangat.

maka pagi ini setahu saya ayah saya masuk ke bilik untuk meletakkan sarapan saya di atas bangku kerana khuatir my other siblings habiskan. kemudian saya sambung tidur. tidak perasan langsung ayah saya ada tegur kenapa letak laptop di bucu katil :O kena tegur tapi boleh cool sambung tidur balik xD

apabila bangun pukul 12, saya sudah resah gelisah(ceh) carik sarapan tak jumpa-jumpa :O padahal ada je atas bangku -.- ciss ciss, dah banyak kali kena camni.




maka pada malam ini pula, saya nampak kedai telefon, mulalah saya buat bunyi 'ehem ehem' dan senyuman manis konon ayah akan murah hati belanja topup untuk minggu ni. sudah 2 minggu kredit kering -.-






tiba-tiba akak menyampuk...

"bukan aku dah bagi ke topup kat ko pagi tadi?
ko sendiri amik then sambung tidur balik
."








cis -.- ada je nampak keratan topup di atas katil pagi tadi. hampir saya buang sebab ingat sampah. nasib baik nasib baik. inilah akibat kalau saya tidur tiba-tiba orang kejut bagi arahan/benda. urghh -.- bahaya kalau ada orang call pagi-pagi. manalah tahu kot saya ingat dia tu kekasih saya padahal bukan :P



checklist :
akaun bank. duti setem. kasut.