April 29, 2010

Boyfriend ♥


selalu sahaja jatuh tumbang ke tanah. rasa macam kepala dihantuk ke dinding banyak kali dan rasa seperti ingin menangis tetapi air mata tidak dapat dititiskan. bila keadaan begini sungguh payah nak bangkit. nak senyum macam senyum kena paksa kalau tak kena bunuh.(??)

maka hari ini rezeki saya sangat murah. Alhamdulillah. syukur sangat-sangat. akhirnya bukan selamanya mendung. kaki yang bergetar, tangan yang sejuk membeku berubah kepada perasaan ingin melompat dari bangunan tinggi jatuh ke tanah. (!!?)

bukan cubaan membunuh diri. hati gembira. jiwa tenang(kot) hari ini.

ini kes sebab kandas JPJ 2 minggu lepas. kalah putus cinta.
serius ni.:D



penat memaksa mata untuk melabuhkan tirainya malam tadi tapi tak jugak menjadi. akhirnya hampir pukul 4 pagi baru terlena. terjaga pukul 6.30. woah, mata sembab. -.-

dengan berkobar-kobar bersiap. makan. tunggu di luar. pelik, tak ramai orang hari ini di Inmaju. lupa pula bagi main topik. saya ambil test jpj hari ini :D
alhamdulillah dapat sesi pagi. lega sangat sudah.

sebaik sahaja nombor giliran diambil,
saya berseorangan ke kawasan tempat berkumpul.


tiba-tiba saya disapa oleh suara lelaki dari belakang...






hai adik. ambil lesen ape ni? :)

terhenti terus perjalanan dan menoleh ke belakang.
kalau tak jawab macam sombong.
owh die ini terlebih friendly tegur orang dia tak kenal -.-

erk? hah? erm, lesen D.

owh :) goodluck. do your best!


terus hadiahkan senyuman selepas mengucapkan terima kasih.
(?)





setibanya di sana, saya terus submit lesen L saya berserta IC sambil senyum. hari ini nasib baik lagi, pakcik yang jaga tempat submit itu semua tak marah pun. orang lain kena marah pulak sebab lambat dan terhegeh-hegeh. nasib baik tak kena cop bengong di situ oleh beliau -.-

tunggu hampir setengah jam. ditegur lagi oleh seorang lagi lelaki...

awak repeat test JPJ yer?

aah :)

bahagian mana?

bahagian 3. huhu

jalanraya kan? goodluck :)


balas dengan senyuman juga sebab pelik. (?)



-.- mungkin sebab tiada sesiapa(kawan-kawan) yang wish goodluck kepada saya untuk jpj hari ini maka stranger yang rajin menegur dan wish goodluck secara tiba-tiba. terima kasih.

sebaik sahaja nama saya dipanggil oleh tester yang nampak garang :O, kaki makin menggelatar. memang rasa macam nak pengsan. ini namanya penyakit cepat menggelabah. entah kenapa ada masalah nak memandu ni. owh my owh my -.-

jantung berdegup kencang sebaik sahaja tangan membuka pintu. ni yang pelik ni, kenapa terlebih menggelabah, tester ni tak melenting macam tester dulu (:D)


"Assalammualaikum, Tuan :)"


nasib baik tester jawab salam saya dengan senyuman.
fuhh, ini petanda baik :D





habis semua saya buat. memastikan gear dalam keadaan free semua tapi tapi SEKALI LAGI SAYA LUPA NAK MEMBUNYIKAN HON. ini lagi kes hebat ;D dan saya dapat kereta VIVA instead of kancil. sebab itu saya cemas pada mulanya.



bila dah mula memandu, ternyata viva is the best!
perjalanan rasa smooth.




Kenapa dulu awak failed ni?

memandu secara membahaya. tukar lorong cepat sangat.


**bila dah mula berborak semakin terlupa steps. luckily he reminds me -.-



ni mesti tergesa-gesa kan? jangan takut memandu. pandu je. sape tester awak dulu?


hehe. mungkin. saya tak ingat nama tester saya

**muka blur

Ingat tak muka dia macam mana? dia ada tak tadi?

tak perasan pulak. takde kot. dia berisi pakai spek hitam sebab tu saya tak perasan dia tadi ada ke tak.

owh! saya dah tahu sape dah. Encik ******** kan? HAHA ;D

aah, betul sangatlah tu.


**muka konfiden konon bengang.
sebenarnya memang tak ingat nama tester saya dulu.

owh dia memang. 10 orang dengan dia, 2 orang pun belum tentu lulus. haha

hehe


.....
so ayah awak kerja mana sekarang? mak awak?

ayah dah lama bersara. dulu kerja uda holdings. mak sekarang masih pegawai kastam lagi.

Mak awak mesti baik dengan ketua pengarah.........(Rahsia)




dalam hati saya rasa lega sudah. tester saya baik. whoot2 :'D
memang banyak beri tunjuk ajar. bagaimana nak tukar lorong. siap pesan beli kereta auto instead of manual sebab dia tahu saya macam menggelabah lebih nak pandu. macam kura-kura.




kenapa nombor ic awak ni pelik sangat. ada no 87 tengah-tengah ni. lahir kat mana?

HAHA. dah ramai tanya saya soalan macam tu dulu. saya lahir di United Kingdom :)

Amboi! jauhnyaaaaaaa. kenapa jauh sangat?

ayah saya belajar sana dulu. secara tidak langsung satu family la ikut

awak ni mesti anak sulung kan?

eh tak. saya anak bongsu :P

SPM berapa A? masuk mane je lepasni?

erm. 6A je. kantoi subjek BM, Sej dengan Sc(terlupa pernah ambil subjek addmat time ni). saya masuk matriks pahang 10mei nanti. jauh kan? fuhh fuhh


(*masih tak faham kenapa saya sebut fuhh2 ni -.-)

owh. awak ni pelik. subjek senang boleh kantoi(*Sej senang?!) haha, belajar rajin-rajin kat matriks. struggle lebih. sayang bm awak B kalau tak dah 7A.

Insyallah. saya ambil subjek account so much easier dari subjek sains hayat dengan fizikal. tapi pahang jauh. kawan-kawan saya semua dapat di pilah

takpelah, jauh-jauh la best kan.

mungkin :)

saya dulu pun accountant dekat bank negara. lepastu diberhentikan.

aik?! kenapa pulak?


**part ni aku dah mula jadi minah sibuk tahu hal orang :D

sebab masa tu kegawatan ekonomi. ada 3000 pekerja. 1500 kena diberhentikan. kebanyakan yang kena buang majoriti muda mudi la kan. yang dah berumur kekal-lah sebab kan susah nak cari kerja. so sekarang saya jadi tester la. saya lagi seronok dengan kerja ni dari duduk belakang kaunter saja.




...



sungguh seronok memandu sebegini. jiwa tenang.
sebaik sahaja kereta diparked di tempat sepatutnya,
sekali lagi disoal :O


ni dah ada pakwe belum?

HAHAHAHAHAHA. belum :P


**tiba-tiba menipu.

tipulah. orang cantik macam awak takkan takde boyfriend kan? haha

erk? HAHA! tak tak, nanti ayah saya mara sebab saya gatal. saya nak belajar dulu.


**alasan paling tak boleh tahan ;D nak cover.


yela tu? kang dekat matriks kat pahang tu awak mesti ada punyelah. saya dulu masa sekolah pun ramai awek. almaklumlah pemain bola sepak sekolah, ramai kenal :D

insyallah. nanti someday saya adalah kekasih hati. terima kasih luluskan saya ^^


**cepat-cepat keluar dari kereta sebab gembira sangat lulus ^^




rasa macam segan je nak jujur sangat dengan tester -.-"
nasib baik tak menipu cakap dapat straight A's.
itu sangat tak boleh bla ;D

tester saya berumur dalam lingkungan 40-an.
good man.


LULUS! 18/20. alhamdulillah.



saya bernasib baik hari ini. boleh pergi ke matriks
dengan hati yang tenang.
finally. tinggal mengutip lesen P.

fuhh fuhh, alhamdulillah :'D
RM60 untuk lesen P pula :O

8 comments :

Ieda Zakaria said...

awww! hee. congrates :)

Mia Amira said...

yeay!!!!

mukh;) said...

stelah lama membaca blog kau..lulus gak an..tahniah!!

full of love,keyna said...

nad ta bg tau test semalam,sedyhla cmni ;'( klu ta keyna da bg sokongan da tau,wekk

anyway,congrate k :) dpt tester yg baek ni mmg sng nk lulus,weee,amboi,takde pkwe ye?ha ha ha, nad mng la ni,keyna dpt 17/20 je,hehe

NadNod said...

ieda : thank u dear :D!
myra : yaayyyyy weee! haha ;p
mukh : hahaha, ko suke sgt jd silent reader :) thanks wei ;)

NadNod said...

keyna : hehe, nad kan tak on ym few days ni. nad saje diam2, sebab kalau nad kandas lagi buat segan je. thanks!! :D tula, tester terlampau baik. saje je menipu ckp x de bf. haha ;p baik hati sgt tester tu bagi nad 18 :D

Nadhirah said...

auwww,congrats nad.bestnyeee...hopefully diera lepas nty.

NadNod said...

nadhirah : hai kembar nama :D thanks :) diera boleh buat punyela ^^