April 05, 2010

Wrong ♥

Sejak akhir-akhir ini mood kembali tidak normal. kejap-kejap excited dan happy kemudian seperti rasa macam sangat-sangat down. sangat down macam dapat tahu result addmat failed. sudah lalui fasa itu, kini hadapi komplikasi lain. sungguh rasa tak seronok dengan diri sendiri. heh, masalah dalaman. i think because of PMS -.-

since yesterday, it wasnt a very good day for me, I avoid any text messages, phone call or ym or fb. really im not in the mood. the reason, my bestfriend know :') at least dia berjaya membuat lawak tak menjadi. sedih bercerita masalah yang berlaku, tengok-tengok dia selitkan masalah dia pulak secara tiba-tiba. kemudian suruh aku sambung cerita aku kembali -.-"

so cara terbaik mengelakkan mood tidak baik adalah dengan avoid text msg, phone call and other communication for a week. minggu ni minggu stress. lagi teruk dari minggu sebelum SPM atau minggu sebelum result dikeluarkan. ini perasaan lain.


pagi ini dikejutkan dengan phone call from tenaga pengajar untuk kelas memandu. agak terkejut kerana jangkaan aku kelas akan dimulakan pada 3.30 petang. ini bukan kali pertama aku terjaga terus tak mandi, hanya basuh muka, gosok gigi main pakai perfume banyak-banyak dan salin baju yang aku tak pasti terbalik atau tidak. dan bayangkan bagaimana aku terpaksa tergesa-gesa mencari tudung untuk dipakai.


okay, ini kali kedua aku nampak in a mess. tak sememeh dengan tudung macam entah apa-apa. hanya ada masa tak sampai 5 minit untuk bersiap. sah telinga aku ada masalah. kenapa aku dengar beliau cakap 3.30 instead of 7.30 pagi, heh -.-


buhuuuu me since tak dapat imbangkan clutch dengan minyak. nasib baik enjin tak termati tengah jalan. sekarang baru aku kecut perut nak ambil test JPJ Khamis ini. somehow aku tak yakin dengan diri sendiri. serius -.- maybe itu salah satu point aku nak down untuk minggu ini selain masalah hati yang lain.


gelabah nampak kereta banyak 0_o for sure test JPJ nanti akan dijalankan saat orang nak pergi kerja atau lunch hour. maka memang akan banyak kereta. maka esok dan lusa akan belajar lagi memandu.

eh, tiba-tiba aku lupa laluan JPJ -.- dah sampai rumah baru perasan otak aku merayau ke tempat lain. otak pandai merayau -.- semoga lulus JPJ.

eh, doakan aku pas bukit jugak. gelabah lebih. betul-betul rasa kecut perut sejak minggu lepas. semalam sudahpun selamat menonton cerita SAW 1,2,3 dan 4. Legally Blonde juga. saya bahagia dapat tengok movie sebegini :) mari tonton kembali 10 things I hate about You sambil menyanyikan lagu Gravity by Pixie Lott.

yeah, saya minat tengok wayang. sekarang nak jimat duit. pemalas nak download movie. so saya lebih kepada online movies yang ambil masa untuk play sampai habis. saya rekemenkan this site. banyak featured cerita baru yang baru ditayangkan di wayang. pilihlah megavideo ;P




















masa untuk avoid semua orang. come on Nad. move on. bye.

0 comments :