April 08, 2010

Yeah


tajuk tanda kegembiraan. kegembiraanlah sangat. korang senyumlah untuk saya. kalau bagi senyuman, mana tahu dapat berikan seribu rasa dihargai dan kegembiraan mahupun kebahagiaan kepada seseorang. kalau anda bijak, anda tak perlu senyum. buat-buat tak tahu lagi baik dari membuat reaksi yang mampu mengundang kesakitan seseorang.

maka semalam saya tidur agak awal dari biasa. bangun pun agak awal. 3 pagi mata terbuka dengan luas. ini adalah masalah paling ketara saya hadapi kalau tidur awal. wajib terjaga pukul 3 4 pagi. tandanya, bersolatlah anda :)

maka tertidur kembali dan terjaga kembali pada pukul 7 pagi. sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari bilik mandi, telefon digegarkan dengan panggilan telefon dari tenaga pengajar bahawa he is on his way. pfttt, tak sempat sarapan. and i have my period pain today.

maka segara bersiap ala kadar. orang pertama yang dijemput ialah saya. kemudian anak beliau pula tolong hantar kami ke Inmaju. anak beliau suka main senyum-senyum dengan saya (*saja nak perasan kejap).

sebaik sahaja sampai, semua orang saya tegur dan berborak. orang senyum, saya senyum. kemudian mulalah berborak. ini perkara baik, sebaik sahaja kaki melangkah ke tempat orang berkumpul, mata meliar mencari yang dikenali. untung, dapat kenal sebahagian. tenang rasa hati :)


sebaik sahaj diberi giliran memandu, saya semangat. eh, entah kenapa hati tenang sangat. kali ini saya nekad keluarkan kepala semasa naik bukit. nekad dan berjaya melepasi segala halangan. dah berjaga mendapat title "tak geti sabar" oleh pihak JPJ.

owh, terima kasih -.-




saya banyak berdoa dapat kereta kancil. saya berdoa tak dapat kereta viva. kereta viva kereta baru. sayang je tak nak kereta tu. okay, menyesal dapat kereta kancil. clutch sangat tak bagus. no good punya kereta. shit, enjin mati di dalam inmaju -.-

**perasaan tenang lagi.


terus drive keluar dari inmaju. owh, kereta saya bernombor 7.

saya cuba baik selaju boleh. menyesal bawak laju. tester terlebih banyak songeh. sungguh. dan perkara paling baik. saya lupa tutup signal ke kanan selepas belok ke kanan. erk, ni namanya ketenangan terlebih atau lebih dikenali syok sendiri.

makaaaaaaaaaaa, akhirnya saya tiba di inmaju setelah dibambu oleh pihak tester yang bermuka bengis berkaca mata hitam. okay, saya tenang lagi memandu sampai parking. tak sanggup tengok markah sebab saya dah tahu saya mesti kandas. tester ini hebat. menguji kesabaran dan kesensitif-fan saya. heh -.-


sebaik sahaja nama dipanggil untuk mengambil kertas tersebut. baru hati saya berani untuk melihat kertas. kemudian terus melangkah ke pejabat dengan longlai kepenatan, keterikan cahaya matahari berjaya membasahkan bajuku -.-

di pejabat, ada rakan yang menangis kerana failed untuk kali ketiga. okay, saya tak berani dekat dengan dia. rasa kesian pun ada. kemudian saya join kumpulan akak yang berumur dalam lingkungan 20-an dan seorang aunty yang saya buat latihan bersama semalam. saya rasa macam saya dewasa sebab saya bergaul dengan orang lebih tua. HAHA :p

mereka semua cerita ketidakpuasan hati mereka kerana kandas juga. ada yang kali pertama/kedua dan ketiga. tapi mereka kandas untuk bahagian 11. yang kandas ketika di 3 penjuru sangat frust menonggeng.

owh, ada salah seorang bertuah. enjin mati di 3 penjuru tapi dia lulus. dan tester yang dia bawa ke jalanraya sangat sporting. sempat melelapkan mata. dan ada tester yang membantu memberitahu gear berape perlu digunakan.



















mood saya tidak berapa baik. tapi saya buat-buat baik. sebab semasa on the way balik saya nak nangis dah. mata berair mengenang nasib. ceh, tester angin tak baik. owh, sesiapa yang naik kereta nombor 7 sama seperti saya, memang failed.


maka betul lah, saya kandas. saya dapat tester tak bertimbang rasa yang mencop saya memandu dengan berbahaya. lain kali bawak kereta tu untuk saya. jangan sibuk suruh saya drive sendiri -.-






yeah, mari mari. gelakkan saya sebab kandas di jalanraya. mood sensitif datang kembali. jangan text message, jangan call jangan cuba contact -.- angin saya tidak baik kerana tester yang cerewet. okay, baru sekarang saya ada tabiat baru, menangis tapi tak keluar air mata.

thank you tester.








thanks Ama dan Apa yang sangat memahami. tidak memarahi saya kerana membazir lagi RM90 untuk re-test. yeah, terima kasih again tester T_T

4 comments :

frozentunez said...

askum,
don't wry about it. next time insyallah ok nye. saye pun td buat jpj kali ke-3. heh...
don't give up! :D

NadNod said...

waalaikumussalam. oh really? insyallah boleh buat utk kali kedua nanti. risau je kandas lagi. thanks :D

GeuMJanDi :)) said...

mak aih...ni yang wat sy tambah gelabah ni..

AbDuLLaH said...

TAHNIAH!!! WOHOO!! jd 'drebar' tuk kawasan paroi! haha