May 20, 2010

Emosi di Pagi hari❤

saya bangun pagi ini dan tidak berasas sakit/pening. maka saya tidak demam. ini perkara bagus. mujarab juga taktik tidur awal semalam. semua pelik kenapa saya cakap goodnight pada pukul 9.55 malam. tak pernah dibuat oleh saya sebab selalunya lepas pukul 12 malam baru nak terkedek-kedek merangkak ke katil. eh tak tak, memang saya dah ada atas katil pun. laptop atas katil je sebab itu senang sahaja saya nak tertidur di hadapan laptop. seronok tahu berkurung dalam bilik dan taknak keluar. amalkan selalu ya Naadhirah? :)

saya sangat suka bangun awal pagi nowadays. sebab? ayah saya suka bawa saya keluar sarapan di luar. seronok tahu kalau dapat pekene makanan dari Mcdonald. saya suka nasi lemak sotong mahupun nasi lemak ayam. semuanya sedap. saya tak berapa suka dengan mee tapi saya makan juga. saya benci mee sebab saya suka makan sehelai-helai menggunakan garfu. habit tidak baik.

semalam saya lunch di luar dengan Apa(dad), Ama(mom) dan Alak(sis) di sebuah kedai nasi ayam yang agak top di Seremban. tiba-tiba saya ternampak krew penggambaran. saya bajet macam ada Lisa Surihani di sini. hampa hampa -.-

rupanya penggambaran Nona. habis semua sudut cameraman rakam. cool. tapi yang tak syok pinggang untuk orang vip punya lawa. sampai kat kitorang.. -.-' tapi apa-apa pun. Nasi Ayam Hainan memang sedap. im not sure kedai tu nama Hainan ke xD

saya ada emosi pagi-pagi ini. tapi rasa macam malas nak bicara. ok, bagus. selsema datang balik. baru nak gembira dah sihat. grr -.-























terima kasih bicara tentang saya. maafkan saya sebab saya memang stalker terhebat. semua tempat saya stalk bila bosan. bukan anda sorang. saya pun ade life. sedikit pun tidak ingin menyibuk tahu hal dunia macam orang tidak ada kehidupan sendiri yang perlu dirisaukan. okay okay, saya diam. malas nak berkait dengan permasalahan dah.
































eh jap. tengah bengkek -.-' saya nak buka chapter baru. bye kepada orang lama.

2 comments :

Anonymous said...

hoho..bagus la xdemam~ =]

NadNod said...

yes ;D!