May 21, 2010

Emosi Pagi ❤

semalam demi mereka yang terpenting dalam hidup saya, saya pertahankan mata jangan suka sangat tidur awal. saya ada pengakuan. saya sekarang suka tidur awal dan bangun awal. saya bukan burung hantu dah. doa ibu saya telah dimakbulkan barangkali. bila saya nak tidur lambat, saya rasa tak dapat teruskan. bantal memanggil-manggil.

apa-apa pun. saya taknak lepas subuh. lepas ini saya mahu berjoging dengan akak saya seperti yang dijanjikan. saya nak kurangkan lemak. saya dah tak kisah kalau orang cakap saya gemuk pun. i really dont care about how i look recently. rasa macam tak malu je pakai tshirt besar dengan seluar jeans kemudian main pakai hijab. horrible horrible. muke pucat sangat.

baru sehari ibu saya tiada di rumah. sudah rindu ibu saya panggil saya ajak pergi makan lunch, makan petang dan makan malam bersama. saya terlupe potong kuku kaki ibu sebelum beliau bertolak pergi. sempat potong kuku kaki ayah sahaja. kuku kaki sendiri tak terpotong :P

**kenape entah tersebut pasal kuku ni.

oh, saya sudah ngeri nak tengok orang terluka dagu ke. tangan melecur ke. terus saya rasa macam saya yang kena. saya tak nak tengok cerita bunuh-bunuh dah. hati tak tenteram. seperti semalam loceng dibunyikan selepas magrib. kemudian saya buka seorang diri. saya tengok tiada sesiapa di hadapan. tengok-tengok ade seorang lelaki berpakaian gelap seperti memegang sesuatu di tangan. sebab saya cuak saya terhempas tutup pintu.

sungguh psycho. akak saya cakap saya pervert. kawan-kawan cakap sayang mengada dan membajet. dan yang tertentu cakap saya ini sangatlah irritating. ok, i wonder who love me for me. i would love to be there for someone like that.

ini entri umum(ikut Asip). jangan berfikiran negatif tentang saya. akak saya ajar,

"orang mengata kau, sila diam. buat tak tahu. kalau lebih-lebih, kita bersuara sikit bagi orang tahu pasal dia. we'll see dia diam ke tak by then."

ok, ibu saya cakap pula buat tak tahu. jangan kumpul dosa. kumpul pahala orang yang mengata kita. biar orang salahkan kita. kenapa nak terase kalau tahu tak bersalah. ok, ama. saya dengar cakap. ignore apa yang diperkatakan. ~





















saya tahu ramai kawan saya bakal masuk ke UIA/UM/Uitm ahad ini bagi yang mengambil asasi. saya akan rindu anda call saya setiap malam sebelum tidur. rindu juga bagi yang suka call just nak cakap "aku teringat kau". terima kasih bagi yang concern pasal status saya di facebook. terima kasih bagi yang memberi kata semangat. terima kasih kepada yang menjadi pendengar setia, terima kasih juga kepada yang sanggup share topup semata-mata nak jimatkan kredit saya. terima kasih berkongsi rahsia dengan saya :') banyak sangat nak ucap terima kasih.

terima kasih untuk semua rakan. kalau rindu aku, sila pergi mcdonald dan makan bigmac. atau megamac. mintak maaf sebab saya selalu berkata malas nak online ym bila anda semua mengajak. buat masa ini hadapi masalah emosi. semua saya turn down..

dan dan, jika saya bercerita tentang masalah, tolong jangan bagi respon negatif. saya akan agak bengang sebab saya dipersalahkan dari pihak anda pula. i just want you to listen. not to judge. its a different thing. i learnt my lesson. never trust anyone. i trust myself for now on.


p/s : saya dah matang. benda kecil saya malas nak pertikaikan.

2 comments :

full of love,keyna said...

alhamdlah,dpt gak tido awal,yeahh :D nad kene kuat smgt tuk jog tau ! wat tatau je ape org ckp,keyna pun tak pedulik,haha.wah,anak baek,siap ptog kuku ayah lagik,huhu


nad,lepas ni benty tgok movie horror tau?bahaya ni nad,aiyoo,risau keyna :'(

lepas ni keyna col and ckp,keyna ta trngt pn kat nad,apekah perasaan anda?haha :P

bile nk ym g?nak kongsi prob :(

NadNod said...

yes! suke sangat dapat tidur awal. hehe, anak yang baik la sangat :) insyallah akan berhenti tengok. tapi kadang2 rasa nak tengok jugak. sebab bosan tengok citer barbie. hehe ;p

its okay kalau keyna tak teringat dekat nad. kan keyna busy keje. hehe.

ym? nad nye headphone rosak dear :(