May 29, 2010

It should end ❤



rasa macam agak janggal duduk di meja makan bersama keluarga dan berbincang tentang perkahwinan, hutang kad kredit, nilai kereta, kereta apa nak dibeli dan permasalahan yang lain. rasa macam kekok nak bagi apa ada di fikiran. akak saya sering dipersoalkan bila mahu berkahwin.

main point saya disini, saya agak cemburu tengok akak-akak dan abang-abang saya semua sudah bekerja dan bakal bekerja. semua sudah mampu dan bakal mampu membeli kereta sendiri. saya hanya tahu mengikuti pergi membuat survey kereta. bosan pula dengar orang itu bercerita tentang 'down payment' tentang 'bunga' yang perlu dibayar dalam jangka masa 9 tahun. bosan dengar orang bercerita tentang kehebatan enjin. tentang kepentingan jenis kain untuk seat dalam kereta.

cemburu pula tengok akak dapat buat test drive kereta -.- tapi saya tak faham kenapa akak-akak saya bercanggah pendapat antara Savvy dengan MyVi. sorang nak ni sorang nak tu. saya baru tahu kereta Savvy ini tiada nilai ye. kalau di luar negara memang laku kalau nak jual untuk second holder tetapi tidak di Malaysia. walaupun kereta itu adalah jenis antarabangsa dan safety memang terjamin tapi tiada nilai juga menjadi problem. balik-balik semua pertikaikan hal ni -.-


semua bincang pasal kereta. bosan -.-





sebenarnya saya jakun tengok gear kereta Savvy.
gear reverse kene tekan dan tolak ke depan. serius teruja :)





p/s : mari layan game Zuma Deluxe :)