June 25, 2010

Berangkat pergi ❤

kalau anda tanya cuti saya cukup ke tidak untuk sepanjang hampir 6 bulan++, sejujurnya tidak. walaupun ramai dah bagi komen tentang ketembamam setiap kali saya pergi ke mana, saya tetap suka duduk rumah, makan dan makan. kemudian saya merungut cakap peha saya besar. tak muat masuk seluar jeans. tudung ketat la. pipi terbojol keluar la -.- haih...

okay, saya pergi Uitm Alor Gajah sahaja tapi saya bawa stok makanan sampai satu beg. haha, macam dijamin kebulur je kan dekat sana? tak tak, saya tipu. sebenarnya ni stok dekat rumah. nanti bila balik hujung minggu, saya kaut sikit-sikit bawa balik Uitm. mengada lebih saya ini.

tadi shopping kasut lagi dan segala stok makanan. err. tolong jangan tanya berapa banyak kasut saya bawa. nanti korang cakap saya ni gila. HAHA.

saya tak pernah duduk asrama. kebanyakan barang yang saya bawa semua cadangan dua orang kakak saya. siap ajar saya lipat baju. ehem, saya memang tak pandai lipat baju. hehe. untung jadi anak bongsu. tiba tiba -.- okay, nasihat saya banyak terima hari ini. kalau saya main-main dekat sana, laptop kesayangan saya ni kena rampas. grr.

saya bawa 6 beg. memang macam nak pindah satu bilik masuk uitm kan? penuh dengan bantal sebenarnya -.- okay, dah malam. esok doa jela saya bangun awal. wakakaka, selama ni pukul 6.45 bangun lepastu sambung tidur balik. bertuah punya budak. bertuah sangat.


ESOK TAK BOLEH PILIH KATIL BAWAH ATAU ATAS. sebab setiap katil dah ada nombor. kita kena ikut nombor. tolonglah jangan ada sesiapa mencuri katil saya. please please. saya benci kena bawa 2 bantal. saya nak bawa 5 bantal sebenarnya sebab saya suka tidur dikelilingi bantal. rasa protected. heh. fine. 2 je. minggu depan saya bawak lagi. HAHA. bye.



p/s : sape kawan aku, dia mesti ingat nak message aku cakap goodluck esok. night :)

#Random 21

ape kau rasa bila kau berkawan dengan A. siap conteng-conteng tangan cerita semua kisah latar belakang keluarga kau. tergelak sama-sama. lepastu kau kenal dengan B. tahu-tahu B sangat rapat dengan boyfriend kau. lepastu kantoi pulak dorang bermesraan di handphone dan ym. kau mula lancarkan peperangan dingin. sampai satu masa kau fed-up dan face to face cakap kau tak suka. sebab perangai bodoh kau yang bertindak terburu-buru terus semua benci kau. kau mintak maaf dekat A dengan B dan semua yang terbabit. kau ingat semua dah cool. kau boleh bermesraan lagi balik dengan dorang. lawak ni lawak tu.

tapi kau bodoh. pergi cerita masalah persahabatan kau dekat diorang. kau lupa siapa mereka? kau bodoh sebab percayakan sangat. sekarang kau suka sangat bersikap mesra alam. bagitahu ni bagitahu tu. siap bagi info sampai habis wall fb A.

tahu-tahu sahaja A dengan C dan D punya syok kutuk kau dekat fb sebab tahu segalanya. hah, kan dah padan muka kau?


kita buat baik, kita dipijak.

June 24, 2010

#Random 20

saya sudah mula benci tengok wayang. benci kerusi disepak-disepak dari belakang. benci orang hadapan duduk terangkat-angkat sampai kepala mereka yang besar menghalang pemandangan saya di screen besar. benci dengar pasangan yang bercinta bermesra dan asyik berbual dalam wayang. kali ini tak mahu tengok wayang cerita kartun. even di panggung wayang yang tak ramai akan datang -.- bengang.




pada mulanya seronok tahu dapat masuk panggung wayang yang kosong. tiba-tiba datang sebuah keluarga yang jenis happy family tetapi ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. sepanjang movie toy story kerusi saya dihentak dari belakang. dan tangan anak mereka yang menggapai popcorn dan air saya. kepala saya siap diketuk-ketuk -.-

..haha. i paid for the tickets too -.-
kali ini nekad, kalau terjumpe spesies seperti mereka saya akan bangun dan marah di hadapan orang ramai. bazir RM10 sebab saya tak faham jalan cerita langsung sebab menahan sabar karenah anak-anak mereka. sejak bila saya jadi babysitter ni? grr -.-











%^$%^$%$%&!


sebab saya marah sebab ibu bapa kepada 2 orang kanak-kanak tersebut buat tidak tahu dan syok sahaja tengok wayang tanpa gangguan -.-

June 23, 2010

#Random 19

seronok mengaku umur saya 20++ sebelum buat gambar ini.
dapat tahu website ini pun dari YnaaohYnaa :)



haha :D

#Preparation❤




mereka sudah besar. sudah berbulu. sudah menggigit. taik bolat-booolat. dan pandai main kejar-kejar dalam rumah. sudah tak menyusu. pandai makan carrot dan dedak :'D anak dah besar. lepasni lega hati nak pergi masuk U.

Photobucket
saya pemalas sangat nak pack barang. sangat malas nak pergi selongkar barang yang nak dibawa. baru teringat tiada cermin. tak dapat bayangkan pakai tudung tanpa cermin -.-



terima kasih Apa(dad) untuk laptop ini :')



terima kasih Ama(mom) dan Apa(dad) for this tissue box :'D



terima kasih beshtie, Acap, for this music box.
dah lama teringin benda ini :)




Terima kasih Apa dan Ama sebab sudi belikan beg ini 2 tahun lepas.
bagus tak alasan saya? :

"nak beli beg ni sebab murah. nanti nak masuk U senang"

sampai sekarang statement ni jadi bahan makcik-makcik dan keluarga saya. kalau saya tak dapat masuk U memang buat malu sahaja prepare barang awal -awal :'p




Terima kasih Ama sebab sudi belanja Iyah lagi satu spek :'D




terima kasih diri sendiri sebab beli frame lepastu tak tahu nak letak gambar siapa.
gila kesian aku ni -.-





Terima kasih Alak(sis) sebab menghadiahkan/memberikan kamus elektronik ini. pada awalnya dia dah cadangkan saya membeli ipod touch sahaja. lagi senang dan banyak function. tapi saya sayang duit dalam bank saya :"D




akhir sekali, terima kasih Apa sebab belanja Iyah beli handbag dan purse baru hari ini.


Photobucket


Terima kasih untuk ini juga.



Photobucket

Terima kasih sebab selalu buat air untuk Iyah sepanjang Iyah duduk rumah ni. ini baru pertama kali duduk jauh(jauh la sangat) dan lama. lepasni kalau Iyah balik setiap minggu, jangan marah. rindu nak makan ayam masak merah(lada) dengan air nescafe mase petang-petang. and certainly rindu rabbit saya.

Photobucket

saya tak nak potong rambut. tak nak. tak nak -.-
biar jelah panjang ;'(

kali ini kena paksa potong -.-

June 21, 2010

Im Glad We're not Together like we used to be ❤

dulu saya sedih saya hilang kawan baik. semua sekali dalam peringkat-peringkat tertentu. i make it through it perfectly fine. kawan baik di sekolah rendah lain. di sekolah menengah lain. kawan baik selepas tamat persekolahan pun tiba-tiba jadi lain. rasa macam ada musim pula. semua dah tak seperti dulu. bila dah berjumpa macam tak tahu nak borak apa. padahal dulu kitalah yang tak penat-penat bergayut dekat telefon sampai bil melambung dan ponteng kelas perancis sebab nak melepak dan berdating di Parkson.

kita sama-sama hantu. sama-sama membuat masalah di sekolah. sama-sama dapat surat kuning. sama-sama kena pulau. sama-sama kena bambu dengan gadis yang tidak puas hati sama kita. sama-sama cari masalah dengan gadis lain juga. maaf.

tapi bila dah dapat bermessage, semua sudah lain. berpatah-patah saya taip, hanya dua tiga perkataan sahaja dibalas "ohh", "oh. hahaha. ok", "oh ek? haha, baguslah". itu adalah contoh respon yang saya sering terima. sampai masanya terus saya malas nak reply. kemudian di cop sombong pula.

sekarang semua rakan baik saya dahulu sudah ada rakan karib baru. rakan teman nangis suka duka baru. teman cerita perkembangan baru mereka sudah ada yang baru. teman mereka cerita masalah boyfriend pun sudah ada yang baru. saya ingat tarikh penting mereka. setiap kali tarikh anniversarry mereka dan kekasih mereka, memang saya nak wish. tapi saya tahu mereka dan kekasih mereka memang tak berapa nak mesra dengan saya sudah -.-

saya tak pasti saya ada teman baru. sebab buat masa ini yang sering tahu perkembangan saya tidak ada sesiapa. hebat tak hebat tak? Izzyan(twin) sudah busy dengan matrikulasi. Asip(bff) sudah busy dengan part time job di stesyen minyak. baguslah korang. terus dah jarang message. last-last perkembangan baru saya pun tak tahu nak bagitahu siapa xD

saya bukan selesa dengan semua orang. susah sedikit nak bina kemesraan. saya susah nak cerita masalah dekat orang saya tak berapa rapat. saya ada masalah juga. terlampau percaya dekat orang. sudah banyak kali kena orang yang saya percaya membocorkan rahsia. mencerita keburukan saya kepada semua. tuding jari kepada saya. cakap saya tak matang -.-sikap mudah percaya ini wajib diubah sekarang.

tapi kawan, u should be glad we're not bestfriend anymore.



  • tak perlu susah payah jaga hati saya yang sensitif :'P
  • tak perlu dengar dilemma saya.
  • tak perlu dengar masalah saya dengan boyfriend saya. hehe :'D
  • tak perlu segan dapat kawan yang tak pandai masak macam saya.
  • tak perlu layan sikap saya yang pemalas nak belanja orang sebab tak berduit.
  • tak perlu fikir lupa kawan ke tidak.
  • kamu dapat kawan lebih baik dari saya.
  • dan akhir sekali. kehidupan lebih bahagia tanpa saya.



saya tahu perangai saya agak tidak matang semasa di sekolah menengah. i regret i treated 'him' that way. alhamdulillah he's happy now. macam agak lama pula tidak tahu perkembangan 'dia' di sana. jika diberi peluang saya memang nak minta maaf untuk setiap kesalahan yang buat. nanti dapat berhubung saya senaraikan kesalahan saya kepada dia :'D saya sangat tidak matang -.-

dulu pernah menyesal lepaskan apa yang patut jadi milik saya. but im glad. mereka semua sudah bahagia sekarang. although saya hilang kesemua yang penting dalam hidup saya, at least saya ada Izyan dan Asip for this moment.


akhir sekali, semoga berbahagia 'kawan baik' dan 'dia' yang pernah suatu ketika dahulu menjadi yang terpenting dalam hidup saya. yeah, i miss you sometimes. but i dont show it :'D entah korang baca atau tidak. yeah who am i to say you miss and need me :')


video
thanks for this wonderful birthday celebration beshtie :')

thanks for this wonderful suprises too :')

if YOU(refer to all) read this, yeah. i do think of you every once in a while. thanks sudi terima saya dalam hidup korang even saya memang tak sememeh dengan pakai tudung tak betul dan sangat tidak tahu berfashion :'D hehe



p/s : entry nak emo je. sebab nak masuk UiTM dah :') hebat kalau ada sesiapa habis baca keseluruhan entry ini tanpa skip.

June 20, 2010

:) ❤

konon sahaja menjauhkan diri. padahal sibuk nak tukar template baru. okay, sila cakap anda suka template ini even memang tidak berapa lawa

-.- banyak code hilang. semua link hilang dan segalanya yang di like like dulu telah menjadi kosong. apekah? entah. takpe. sekarang tak rasa bosan dengan blog ni :)

June 18, 2010

Impressed ❤

terkejut tahu kamu suka bertanya perihal yang sama di formspring saya.
saya tahu anda siapa. dah lama saya stalk awak untuk jangka masa yang lama dan juga kawan awak :P tak baik tahu cakap saya sosial dan perempuan jenis macam 'itu'.

kamu tanya pada 'dia' sendiri. jangan tanya saya.









itu(rabbit putih ni la -.-) prince charming saya. Bye

June 17, 2010

Its hard ❤

its hard being a 'blind-girl'. i decided not to accept the fact that i am 'blind'. saya pakai spek masa di labotary sekolah sahaja. itu dulu. cermin mata lama saya, saya dah simpan baik-baik. tak nak pakai sebab saya nampak macam old-granny..



lepas habis SPM, saya campak ke mana entah spek ini. saya tak nak pakai. bila pergi wayang, saya bijak ambil seat belakang lepastu meraban tak nampak subtitles wayang -.-'' lepastu bila jalan-jalan dekat public memang pandang je muka orang sekeliling tapi padahal tak jelas pun muka dorang saya nampak. terus kena cop sombong. saya rabun saya rabun -.-

tapi rabun sebelah mata sahaja. mata kiri saya ada problem. power sudah naik. mata kanan saya tetap normal. tetap normal selama setahun. mata kiri mengada. mengada nak naik power -.- saya tak dibenarkan pakai contact lens sebab power mata lain-lain. apekes apekes?











dah. mak saya cakap jangan mengada pakai contact lens sebab saya jenis cuai dan pemalas. yela, fine. biar nampak macam orang tua. asalkan dapat tengok dunia dengan jelas.

hari ini(selepas ambil spek di kedai) selang 5 minit di dalam kereta saya akan bising cakap
"im wearing spectacle, i can see the world! HAHA"

kamu tak tahu berapa banyak spek saya cuba di kedai cermin mata itu. banyak sampai orang yang menjualnya pun naik fed-up nak pilihkan spek untuk saya. lepasni tak boleh beli spek baru lagi ;'(








p/s : tetap tak nak pakai spek all the time :)

Love oh Love ❤


saya suka semua video yang mereka buat :'D


I went everywhere for you
I even did my hair for you
I bought new underwear, they’re blue

And I wore ‘em just the other day
Love, you know I’ll fight for you
I left on the porch light for you
Whether you are sweet or cruel
I’m gonna love you either way

Love, oh, love, I gotta tell you how I feel about you
‘Cause I, oh, I can’t go a minute without your love
Like a satellite, I’m in an orbit all the way around you
And I would fall out into the night
Can’t go a minute without your love

Love, I got it bad for you
I saved the best I have for you
You sometimes make me sad and blue
Wouldn’t have it any other way

Love, my aim is straight and true
Cupid’s arrow is just for you
I even painted my toe nails for you
I did it just the other day

Love, oh, love, I gotta tell you how I feel about you
‘Cause I, oh, I can’t go a minute without your love
Like a satellite I’m in an orbit all the way around you
And I would fall out into the night
Can’t go a minute without your love

Oh, love, I gotta tell you how I feel about you
‘Cause I, oh, I can’t go a minute without your love
Where you go, I’ll follow

You set the pace, we’ll take it fast and slow
I’ll follow in your way,
You got me, you got me

A force more powerful than gravity
It’s physics, there’s no escape
Love, my aim is straight and true
Cupid’s arrow is just for you
I even painted my toe nails for you
I did it just the other day

Love, oh, love, I gotta tell you how I feel about you
‘Cause I, oh, I can’t go a minute without your love
Like a satellite I’m in orbit all the way around you
And I would fall out into the night
Can’t go a minute without your

Love, oh, love, I gotta tell you how I feel about you
‘Cause I, oh, I can’t go a minute without your love
Love, love, love, love, love

June 16, 2010

Times Square ❤


ini adalah namanya kali pertama naik bas untuk pertama kali untuk percubaan pertama mencuba pergi ke tempat jauh menaiki bas bagi saya. selama ini tak habis-habis pilih KTM. tak habis-habis suruh Izyan(twin) yang drive saya ke sana ke sini. kali ini konon sahaja nekad nak cuba jugak naik bas pergi KL.

kali ini saya hanya bersama dengan akak saya, Alak dan sepupu saya, Nurul :)



saya conquer duduk seat belakang dan 'bertuah' lah sangat dapat duduk dengan seorang lelaki cina yang sangat friendly dan berbudi bahasa :P







saya takut nak keluar duit lebih-lebih di mesin ATM.
takut duit berkurang. takut tiba-tiba tak dapat beli ipod.









saya suka jenama ini.




saya beli dia sebab dia comel dan murah :P



saya beli dia sebab dia comel, murah dan adalah salah satu barang idaman yang saya impikan selama ini. HAHA





Done.




---

i didnt managed to cash out my money at the ATM machine. sayang duit. terus tak jadi beli ipod touch kamu tahu? semangat survey tapi akhirnya cancel segala impian nak memilikinya :)


p/s : kawan-kawan akak saya cakap muka saya macam orang india. HAHA

Penat ❤

penat layan karenah orang yang masih tidak puas hati. penat layan karenah orang yang 'menterah darah' menyumpah sebab i didnt say im sorry. penat layan karenah orang yang nak kita berada untuk dia 24/7. penat layan karenah diri sendiri. penat layan kemahuan yang the fact saya sangat memerlukan teman untuk berbual. haha :D

entry emo je. tak pun :) masa untuk membeli ipod. bye semua.

June 14, 2010

Big Eyes ❤

saya suka satay. bukan satay arnab. saya protes kalau orang
order satay/sate arnab depan saya :')) sensitif sikit bab ni.



dari kiri : Swift, Arbit, Bunny, Bobond dan BB(baby bieber).
entah kenapa nak jugak letak nama bieber :))
saya bukan peminat James Bond tetapi saya peminat Taylor Swift.


saya suka tidurkan mereka begini. saya dah buat eksprimen. kalau kucing suka diusap di bahagian leher atau kepala tetapi arnab lain. dia suka saya usap ekor dia. saya tak tahu kenapa. setiap kali usap ekor dia pasti tutup mata :O??





semalam saya 'buat mata'. mata sebelah kiri dah naik 25. mata sebelah kanan pula tetap normal. 'doktor' terkejut bila saya cakap saya online 12jam sehari. memang betul pun. dari pukul 10 pagi sampai 12 atau 1 pagi -.-'' lebih 12 jam ek?

saya dianggap tidak normal sebab rabun tidak seimbang.





rabbit paling gemuk sekali ialah BoBond. dia ada kembar nama Swift.




ini Swift :) memang bobond dan swift nampak serupa sangat.


antara 5 'orang' anak saya, hanya rabbit putih sahaja manja dengan saya. bak kata akak saya, saya pilih kasih. memang pun :)) KOT. sejak dari mereka lahir saya suka pegang warna putih sahaja. tak tahu kenapa -.-


and rabbit putih saya adalah anak saya yang terakhir yang berjaya buka mata selebar-lebarnya. semua sebab saya manjakan mereka sangat. kiranya rabbit lain buka mata awal sebab nak tarik perhatian saya KOT.

**pedulikan muka saya di atas juga -.-''**


Tag ❤

terima kasih kepada Cik Syazwani Zaki sebab sudi tag lagi :) rasanya macam ada tag yang tertangguh dari orang lain -.-'' maaf, i've been busy lately. busy dengan apa pun saya tidak tahu.

Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?
saya rasa saya keseorangan.. haha, tengah fikir pasal konflik movie why did i get married? dengan why did i get married too? :/ serius cerita dia sangat comel :')

2. Apakah nama samaran you all ?
Nad, Nod, Nanad, Dhirah, Iyah.... tak ada orang cuba panggil saya sebagai mira lagi :)

3. Berikan 3 orang yang you all sayang?
Keluarga, Kucing dan semua rabbit saya. anggap jela kucing dengan rabbit tu orang ea ea? saya sayang semua kawan saya juga :)

4. Panggilan untuk si dia ?
herm. tunggu saya ada si dia dulu baru fikir.

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa.
how about Bigmac?

6. Blog mana yang you all suka visit ?
ramai ramai -.- tak dapat senaraikan. semua yang saya follow dan saya letak link di sini saya selalu visit. siapa update saya baca lah ;)

7. Tag kan kepada 15 blogger you all.
saya tahu ramai busy dengan persiapan nak masuk U kan? tahu-tahu je ramai dah masuk pun. erk, so tak perlu tag sesiapa :)


p/s : 'love is in the air'? :P



1. Thank and link the person that tagged you.
Terima kasih cik Safina for tagging me :)

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered & think fantastic.
semua yang saya rasa nak tag dah tiada. semua dekat matriks or busy belajar or busy kerja.


3. Contact that blogs & let them know they've been tagged.
anonymous.

4. State 7 things about yourself.


saya seorang yang pelupa. sangat pelupa. saya hanya akan ingat apa yang korang mungkin tak ingat.

saya mudah menggelabah. saya menggelabah memandu. saya menggelabah jumpa kawan lelaki dan certainly sangat menggelabah kalau jumpa boyfriend sendiri.

saya suka cakap benda yang tak patut dicakap. seperti perkara yang boleh memperbodohkan diri sendiri atau membuat hati yang lain terasa.

saya suka rancang sesuatu. saya tak suka last minute. saya tak suka lambat-lambat. bak kata ayah saya "jangan dah terberak baru nak korek" -.-''

saya tak suka pegang handphone untuk message setiap masa. saya suka bersendiri. saya suka duduk sorang-sorang layan lagu sedih. **padahal mula tak suka pegang pada tahun ini. anyway, saya ada 2 handphone :P

saya sensitif. sangat sensitif. pernah terjadi semasa saya menutup pintu kereta tanpe mengetahui tangan Izyan(twin) saya ada di situ. dia tersepit lalu terkeluar la perkataan "babi" darinya kepada saya. tak boleh tahan saya yang emosional lebih-lebih -.-'' salah saya lagipun. kesimpulannya, saya agak sensitif dengan pertuturan orang kepada saya.

saya suka apa orang kurang suka. kalau orang ramai suka cerita lagenda budak setan. saya tak suka :P tak tahu kenapa. rasa macam tak seronok suka benda yang sama ramai-ramai. jadi saya memang suka Justin Bieber. biarlah orang cakap suara dia macam perempuan dan dia nampak stupid langgar pintu serta lagu baby tu sangat annoying. saya tetap suka semua lagu Justin Bieber! :P




Terima kasih Cik Ryna Tri Asmara for this award :)

makna di sebalik award :)

PENSEL yang besar
menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
menunjukkan AWARD ini diFORWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkeli-kelip
jika diperhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai alam maya ke globalisasi.


syaratnya, pass kepada 5 blogger yang betul² layak menerima award ini.
serius ni tak tahu nak bagi siapa :/
next time saya bagi tag banyak-banyak kepada orang ramai :)
terima kasih semua. dan jika ada lagi tag yang saya masih tak jawab. maaf. terlepas pandang or saya terlupa lagi -.-''

Who am I ❤






I put myself to sleep by listening to this song.

Don't know anything at all
And who am I to say you love me
I don't know anything at all
And who am I to say you need me


sangat tidak bagus dengar lagu sebegini di malam hari.
tapi sejak menonton cerita why did i get married terus terstuck lagu ini.












okay, dah malam. masa untuk tidur dan layan perasaan kejap. kepada kawan-kawan yang agak terasa saya kejap reply kejap tak reply message anda, harap maaf -.-'' again ada berlaku kekurangan duit sekali lagi. maka kedua-dua nombor tiada kredit untuk jangka masa selama 2 minggu mungkin. tunggu dah nak masuk UiTM baru topup :))

i miss you too(kepada beshtie dan rakan baik).

June 12, 2010

My research ❤






wow. subjek mencabar. statistik? like for real? -.-''







tiba-tiba ter-takut. freak out kejap.




















sekarang tengah pening bila dapat beli kain gelap dan tshirt plain putih. dan tiba-tiba baru sedar banyak keperluan yang wajib ada tak beli lagi -.-