June 06, 2010

Bless ❤

saya jumpa kucing ini di sebuah kedai makan di tepi jalan. kedai yang popular barangkali memandangkan agak ramai yang singgah makan di sini. mungkin kesakitan kucing di atas tidak dapat dirasa. jika diperhatikan gambar di atas, kucing ini seperti ada satu ketumbuhan di bibir mulutnya atau di pipinya. seperti seketul batu besar di pipi kirinya.

sangat kesian.






dan saya masih pelik kenapa dia pergi ke arah saya meminta simpati sedangkan saya tidak mengumpan beliau dengan apa-apa makanan :O saya berjaya memberi beliau secebis ayam di lantai. tapi kesian -.- dia tak dapat makan. dia tak dapat kunyah. badan dia sangat kurus.

tiba-tiba seorang jejaka iaitu pekerja kedai tersebut yang lebih kurang sebagai waiter dan tukang membuat air barangkali lalu di sebelah saya. saya akui saya 'adore' dia sebab dia handsome. haha xD setiap kali makan kat situ memang dia ada.

tapi satu sahaja perangai dia yang agak membuatkan saya terus tak jadi nak admire. dengan sewenang-wenangnya dia menyepak kucing itu berkali-kali. kalau sekali saya boleh terima sebab mungkin khuatir pelanggan rasa geli makan di situ atau mungkin risau kuman yang kucing tu sebarkan tapi tak perlu sepak berkali-kali sedangkan kucing tu dah nak lari dah -.-''







pada hari ke-5 kelahiran ''anak-anakku''.










semua montel-montel. saya tahu ramai dah berebut nak curi(bela/adopt) rabbit saya. sejujurnya saya cakap saya tak nak bagi sesiapa pun mengambil dia pergi. rabbit ini tidur di bilik saya. no one can touch them without my permission :P





-.- semua cantik dan saya terkilan kalau sesiapa mengambil mereka :'(

nanti saya nak buat rumah mereka di sebelah luar bilik saya.
again, no one can take them away from me :'D


p/s : hari ini genap umur mereka 7 hari :')

8 comments :

nur safina izwani said...

aloloooo , so cute ;D

nadzirahmaulud said...

kejam gilaa mamat tu sepak ;( sedihh laa tgk kucing tuu ;( ;(

NadNod said...

@nur safina izwani

gemuk2 kan dorang? hehe :D

NadNod said...

@nadzirahmaulud

tahu takpe, dah lah kucing tu tak dapat makan :(

Kalut Malut said...

comel gile baby arnab tu :)

NadNod said...

@Kalut Malut
yeah, perut montel2 masing-masing :)

de Picasso said...

wah! bobond n swift da besar! kene bt 7th day party ni..haha~ =]

NadNod said...

@de Picasso

haha, memang semua dah gemuk2 pun. birthday party diorang ialah dapat minum susu ibu dorang banyak2 :P