June 21, 2010

Im Glad We're not Together like we used to be ❤

dulu saya sedih saya hilang kawan baik. semua sekali dalam peringkat-peringkat tertentu. i make it through it perfectly fine. kawan baik di sekolah rendah lain. di sekolah menengah lain. kawan baik selepas tamat persekolahan pun tiba-tiba jadi lain. rasa macam ada musim pula. semua dah tak seperti dulu. bila dah berjumpa macam tak tahu nak borak apa. padahal dulu kitalah yang tak penat-penat bergayut dekat telefon sampai bil melambung dan ponteng kelas perancis sebab nak melepak dan berdating di Parkson.

kita sama-sama hantu. sama-sama membuat masalah di sekolah. sama-sama dapat surat kuning. sama-sama kena pulau. sama-sama kena bambu dengan gadis yang tidak puas hati sama kita. sama-sama cari masalah dengan gadis lain juga. maaf.

tapi bila dah dapat bermessage, semua sudah lain. berpatah-patah saya taip, hanya dua tiga perkataan sahaja dibalas "ohh", "oh. hahaha. ok", "oh ek? haha, baguslah". itu adalah contoh respon yang saya sering terima. sampai masanya terus saya malas nak reply. kemudian di cop sombong pula.

sekarang semua rakan baik saya dahulu sudah ada rakan karib baru. rakan teman nangis suka duka baru. teman cerita perkembangan baru mereka sudah ada yang baru. teman mereka cerita masalah boyfriend pun sudah ada yang baru. saya ingat tarikh penting mereka. setiap kali tarikh anniversarry mereka dan kekasih mereka, memang saya nak wish. tapi saya tahu mereka dan kekasih mereka memang tak berapa nak mesra dengan saya sudah -.-

saya tak pasti saya ada teman baru. sebab buat masa ini yang sering tahu perkembangan saya tidak ada sesiapa. hebat tak hebat tak? Izzyan(twin) sudah busy dengan matrikulasi. Asip(bff) sudah busy dengan part time job di stesyen minyak. baguslah korang. terus dah jarang message. last-last perkembangan baru saya pun tak tahu nak bagitahu siapa xD

saya bukan selesa dengan semua orang. susah sedikit nak bina kemesraan. saya susah nak cerita masalah dekat orang saya tak berapa rapat. saya ada masalah juga. terlampau percaya dekat orang. sudah banyak kali kena orang yang saya percaya membocorkan rahsia. mencerita keburukan saya kepada semua. tuding jari kepada saya. cakap saya tak matang -.-sikap mudah percaya ini wajib diubah sekarang.

tapi kawan, u should be glad we're not bestfriend anymore.



  • tak perlu susah payah jaga hati saya yang sensitif :'P
  • tak perlu dengar dilemma saya.
  • tak perlu dengar masalah saya dengan boyfriend saya. hehe :'D
  • tak perlu segan dapat kawan yang tak pandai masak macam saya.
  • tak perlu layan sikap saya yang pemalas nak belanja orang sebab tak berduit.
  • tak perlu fikir lupa kawan ke tidak.
  • kamu dapat kawan lebih baik dari saya.
  • dan akhir sekali. kehidupan lebih bahagia tanpa saya.



saya tahu perangai saya agak tidak matang semasa di sekolah menengah. i regret i treated 'him' that way. alhamdulillah he's happy now. macam agak lama pula tidak tahu perkembangan 'dia' di sana. jika diberi peluang saya memang nak minta maaf untuk setiap kesalahan yang buat. nanti dapat berhubung saya senaraikan kesalahan saya kepada dia :'D saya sangat tidak matang -.-

dulu pernah menyesal lepaskan apa yang patut jadi milik saya. but im glad. mereka semua sudah bahagia sekarang. although saya hilang kesemua yang penting dalam hidup saya, at least saya ada Izyan dan Asip for this moment.


akhir sekali, semoga berbahagia 'kawan baik' dan 'dia' yang pernah suatu ketika dahulu menjadi yang terpenting dalam hidup saya. yeah, i miss you sometimes. but i dont show it :'D entah korang baca atau tidak. yeah who am i to say you miss and need me :')


thanks for this wonderful birthday celebration beshtie :')

thanks for this wonderful suprises too :')

if YOU(refer to all) read this, yeah. i do think of you every once in a while. thanks sudi terima saya dalam hidup korang even saya memang tak sememeh dengan pakai tudung tak betul dan sangat tidak tahu berfashion :'D hehe



p/s : entry nak emo je. sebab nak masuk UiTM dah :') hebat kalau ada sesiapa habis baca keseluruhan entry ini tanpa skip.

8 comments :

AthirahSkinny said...

I read it tanpa skip. So I hebat la? :PP

Arip said...

Arip bace tanpe skip juga.. ^o^
Sesi luahan hati bersama rakan2..

shiver14 said...

yea. me too.
if u have no friends to share ur life progress,
u always have ur blog ayte?
together with ur readers :)
u can always share with us.

NadNod said...

@AthirahSkinny

memang sangat sangat hebat ;D tak sangka ada yang habis bace :P

NadNod said...

@Arip

lagi, wow! :D tak sangka lagi. hehe, yeah. luahan hati yang tulus ;p

NadNod said...

@shiver14
yeah, but sometimes bukan semua perkara boleh share di sini kan :') nanti2 jumpe org utk berkongsi. hehe

aishah said...

Alah Nad baisa la kan. We meet new friends bila kita da pergi mane2. Don't worry. pengalaman mematang kan kita. semkin mngkat dewasa smkn kita matang. Normal life tu ;-)

NadNod said...

@aishah

hehe, memang biasa. nad je nak over reacting :P yeah, sekarang pun im feeling different :) thanks kak aishah :D