June 14, 2010

Tag ❤

terima kasih kepada Cik Syazwani Zaki sebab sudi tag lagi :) rasanya macam ada tag yang tertangguh dari orang lain -.-'' maaf, i've been busy lately. busy dengan apa pun saya tidak tahu.

Apa yang bermain difikiran you all sekarang ?
saya rasa saya keseorangan.. haha, tengah fikir pasal konflik movie why did i get married? dengan why did i get married too? :/ serius cerita dia sangat comel :')

2. Apakah nama samaran you all ?
Nad, Nod, Nanad, Dhirah, Iyah.... tak ada orang cuba panggil saya sebagai mira lagi :)

3. Berikan 3 orang yang you all sayang?
Keluarga, Kucing dan semua rabbit saya. anggap jela kucing dengan rabbit tu orang ea ea? saya sayang semua kawan saya juga :)

4. Panggilan untuk si dia ?
herm. tunggu saya ada si dia dulu baru fikir.

5. Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa.
how about Bigmac?

6. Blog mana yang you all suka visit ?
ramai ramai -.- tak dapat senaraikan. semua yang saya follow dan saya letak link di sini saya selalu visit. siapa update saya baca lah ;)

7. Tag kan kepada 15 blogger you all.
saya tahu ramai busy dengan persiapan nak masuk U kan? tahu-tahu je ramai dah masuk pun. erk, so tak perlu tag sesiapa :)


p/s : 'love is in the air'? :P



1. Thank and link the person that tagged you.
Terima kasih cik Safina for tagging me :)

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered & think fantastic.
semua yang saya rasa nak tag dah tiada. semua dekat matriks or busy belajar or busy kerja.


3. Contact that blogs & let them know they've been tagged.
anonymous.

4. State 7 things about yourself.


saya seorang yang pelupa. sangat pelupa. saya hanya akan ingat apa yang korang mungkin tak ingat.

saya mudah menggelabah. saya menggelabah memandu. saya menggelabah jumpa kawan lelaki dan certainly sangat menggelabah kalau jumpa boyfriend sendiri.

saya suka cakap benda yang tak patut dicakap. seperti perkara yang boleh memperbodohkan diri sendiri atau membuat hati yang lain terasa.

saya suka rancang sesuatu. saya tak suka last minute. saya tak suka lambat-lambat. bak kata ayah saya "jangan dah terberak baru nak korek" -.-''

saya tak suka pegang handphone untuk message setiap masa. saya suka bersendiri. saya suka duduk sorang-sorang layan lagu sedih. **padahal mula tak suka pegang pada tahun ini. anyway, saya ada 2 handphone :P

saya sensitif. sangat sensitif. pernah terjadi semasa saya menutup pintu kereta tanpe mengetahui tangan Izyan(twin) saya ada di situ. dia tersepit lalu terkeluar la perkataan "babi" darinya kepada saya. tak boleh tahan saya yang emosional lebih-lebih -.-'' salah saya lagipun. kesimpulannya, saya agak sensitif dengan pertuturan orang kepada saya.

saya suka apa orang kurang suka. kalau orang ramai suka cerita lagenda budak setan. saya tak suka :P tak tahu kenapa. rasa macam tak seronok suka benda yang sama ramai-ramai. jadi saya memang suka Justin Bieber. biarlah orang cakap suara dia macam perempuan dan dia nampak stupid langgar pintu serta lagu baby tu sangat annoying. saya tetap suka semua lagu Justin Bieber! :P




Terima kasih Cik Ryna Tri Asmara for this award :)

makna di sebalik award :)

PENSEL yang besar
menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti
menunjukkan AWARD ini diFORWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkeli-kelip
jika diperhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai alam maya ke globalisasi.


syaratnya, pass kepada 5 blogger yang betul² layak menerima award ini.
serius ni tak tahu nak bagi siapa :/
next time saya bagi tag banyak-banyak kepada orang ramai :)
terima kasih semua. dan jika ada lagi tag yang saya masih tak jawab. maaf. terlepas pandang or saya terlupa lagi -.-''

2 comments :

Faris said...

LOL bibier tu ramai je suke doh,,

NadNod said...

@Faris mane ade :) kalau little girls memang yela kan. most of my friends hate him like seriously ;p