July 30, 2010

INduction Fakulti❤

29th July 2010(Thursday).



finally our perfomance for sketch is over. thanks a lot to Eirol and kak Umie yang banyak bersusah payah train kami untuk praktis berlakon sampai darah gemuruh naik pentas pun boleh hilang secara tiba-tiba.

Photobucket

sebaik sahaja habis kelas BEL dan sebaik sahaja selepas membuat persembahan sekali lagi di hapadan Puan M, kami terus head to KFC di bandar Alor Gajah dengan menaiki bas :P rancang punya rancang akhirnya hanya 5 orang sahaja pergi. 3 perempuan dan 2 orang lelaki.


Abe(Fadhil) memang nampak sebijik macam Munir :P


thanks Aieen sebab bagi saya menghabiskan makanan beliau. haha :D
i might be skinny tapi perut besar.

anyway, dekat sini orang cakap saya kurus tapi kawan dekat
Seremban cakap saya gemuk. ciss, mana nak percaya ni.


Photobucket

naik tambang bas RM1.20. naik teksi 4 orang RM2 seorang. saya rush balik sebab perlu daftarkan diri untuk spelling Bee.

for sure saya kalah masa first round. i cant spell it right -.-
cissss. T-A-R-I-F-F. thats the word.

Photobucket


pukul 8 malam pula, terus ke DK 2 untuk induction fakulti perakaunan.
saya excited jugak masa nak pergi induction ni :P





Photobucket


kami wajib bawa kain batik bersama.





Photobucket

itulah hasilnya. wajib pakai sepanjang induction dijalankan. disebabkan mereka tak berjaya mengutip tandatangan YDP dan NYDP maka terpaksalah menyanyi lagu katak. kahkah, sangat lawak. kena buat gaya sekali -.-''

1. Sporting
2. Sporting
3. Sporting
4. Kerjasama
5. Disiplin

ini dia syarat wajib kami follow. maka aku sangat sporting nyanyi lagu Billionaire kuat-kuat dan main tepuk-tepuk lagu Pak Mat jual kopi-pi-pi.


yeah, aku tak pandai pakai kain batik siot. grrr



p/s : berjaya borong 3 helai selendang. haha

Exist ❤

minggu ini adalah minggu paling penat sekali. bangun nak kena awal sebab kelas awal tapi waktu tidur sememangnya rasa tak cukup. pukul 1 pagi++ baru dapat tidur sebab perlu hadiri latihan cheers or induction. dengan latihan sketsanya, pertandingan spelling bee lagi. semuanya jadi kelam kabut sebab perlu tergesa-gesa buat apa-apa pun sampaikan kadang-kadang aku boleh terlupa nak mandi. haha

okay, banyak sangat perkara yang comel berlaku dalam minggu ni. tiada masa pula nak update -.-'' macam ada orang kisah pula kan :)

ini muka saya jadi nenek kebayan :



July 28, 2010

Anugerah Cemerlang . Induction TFH . Birthday Girl❤



Sebenarnya memang Sem 1 ni akan menjadi sangat busy dengan macam-macam aktiviti. sampai aku sendiri rasa macam tak cukup tidur tapi kena bangun juga pukul 6 pagi tapi aku akan sambung tidur balik sampai pukul 7. sebab hujung minggu ini ada induction campur dengan majlis perasmian untuk sukan kolej semua, maka terpaksa membatalkan hasrat saya *saya balik* yang teringin pergi majlis anugerah. sungguhpun hanya anugerah mata pelajaran seni terbaik, tapi tak salah pun nak rasa teruja ambil award. even hanya SENI ;'(

tiada wakil yang ganti. saya sudah telefon pejabat sekolah pun. sudah khabarkan saya terpaksa tarik diri di saat akhir. ;'(( sedih EVEN HANYA SENI ;'(

skip part sedih. sob sob.

oh, tak dapat pergi sebab dekat SINI part 1 wajib hadiri majlis perasmian sukan kolej.



Photobucket

esok saya akan bertanding/berentap antara kumpulan lain yang sekolej dengan saya. kami akan bertanding tentang cheer cheer. siapa cheers terbaik mestilah akan menang. takkan kalah pula kan :P memang minggu ini terlebih busy barangkali. tapi saya manage cop mesin basuh baju. muahahhaa >:) RM2.50 untuk satu cucian. saya pemalas nak basuh pakai tangan dah >:)

*mentang-mentang ada mesin basuh baru dekat dalam toilet*

kolej semestinya ada induction untuk part 1 juga. bukan sekadar induction fakulti masing-masing sahaja. task kumpulan kami ialah membuat drama musical pada 1 oktober nanti.
banyak masa lagi kan?

dan kami diwajibkan memakai badge ini selama sebulan selagi kami berada di dalam kawasan UiTM.





Photobucket



2 hari lepas, 26 Julai 2010, merupakan birthday rakan baru saya di sini, Anis Binti Rahmat. kecil dunia ini. dia orang Seremban juga. memang pada perancangan Malam Isnin(AHAD), saya dan yang lain-lain dah hampir memulakan operasi memulaukan Anis :P tapi tidak menjadi. saya agak rasa kesian kot-kot Anis ni menangis tepi jalan sebab kena pulau kan -.-''

sebab dulu saya pernah kena macam ni juga ya. betul-betul kaw punya kena pulau. tak pasal-pasal saya menangis. padahal pulau main-main xD

apa-apa pun, memang syok dapat baling tepung. kami boleh suka ria pula sampai pukul 12 malam. tak senonoh betul. habis lantai kolej licin dengan tepung. ingat nak tambah perasa, letak telur macam syok :D














Photobucket



hari ini juga bakal bertanding dengan fakulti lain dari kelas yang berbeza atau fakulti yang sama dari kelas yang lain. bertanding sketsa. entah berjaya atau tidak itu memang tidak tahu. yang penting saya kena jadi nenek kebayan yang jalan terbongkok dan bercakap macam suara baru nak pecah. kahkah -.-''

Semoga Berjaya Semua.


okay, saya lupa hafal surah Al-Takassur. habislah kena marah -.-''


p/s : hectic week. grr

July 24, 2010

Scared Me ❤



there's one boy i met recently. well, he is kinda nice to me. but we starting to get closer and closer. and he start asking me out for breakfast, lunch and dinner. he even tries to call and texting me everyday. well, that's kinda sweet too. but i started to feel irritated when there was once he took my handphone. unawareness of that. he's good. by telling me lies.

i know a few of classmates knows about this and some of his friends knew about this too. baru tahu lelaki sebenarnya tak pandai simpan rahsia. habis semua tahu -.-

hish, asal tiba-tiba speaking ni. -.-''

saya sangat marah orang buka folder khas di handphone saya yang dinamakan 'PRIVATE'. terutama sekali kalau saya tak beri keizinan, memang saya marah la kan. dekat folder itu ada gambar saya tak bertudung ya. kalau dah nama private memang orang patut faham-faham sendiri lah kan benda itu confidential. agak-agak gambar apa dalam folder tu?

secara suka hatinya juga dia menghantar menggunakan mms gambar tersebut ke handphone beliau. bukan 1. tapi 3! i was freakingly mad -.-'' tapi saya tak tunjuk. right after that, i took my phone and walk away. since before this, i love sitting by myself in the library, he always try to accompany me there. hish, i forgot to mention. kredit saya tinggal RM3 sahaja sebab mms tu. sepatutnya ada RM8 okay. grr

right now i try my best to ignore him. tapi kadang-kadang rasa simpati jugalah kan. itulah baru-baru ini saya temankan juga dia lunch and dinner. but bukan berdua. dengan kawan-kawan dia juga dan kawan perempuan yang lain.

and i got this eerie feeling that perhaps he's falling for me. adeh -.-''

saya dah malas dah nak layan dengan orang sebegini. i mean seperti gaya obses pula kadang-kadang. kalau dulu masa sekolah menengah... siapa yang sekolah dengan saya dahulu, tahulah kisah dahulu yang lebih kurang sama macam kisah ini.

saya tak boleh betul orang suka sangat telefon saya selalu. tak tahu kenapa. kalau ada boyfriend pula, saya nak dia call saya selalu, message saya selalu sampai dia rasa annoyed dengan saya. sebab tu sampai sekarang saya takde boyfriend. haha :P susah. saya suka suprised, saya suka attention dan saya sangat pandai berfikiran negatif dan mencari gaduh. not to mention saya jenis jealousy. pfft

saya tak pasti lagi macam mana nak handle masalah sebegini. susah betul nak reject seseorang and agak susah nak tolak secara baik biar tiada sesiapa terluka ke apa. serius ni rasa annoyed bila this guy keep calling me. tapi berterima kasih jugalah kepada dia sebab selalu call saya pukul 6 pagi++ semata-mata nak suruh saya sembahyang subuh. tapi saya tak pernah angkat call dia selalunya. dan setakat ini 10 message dia hantar, belum jamin 1 pun saya balas.

terpaksa guna taktik kejam ni. but terima kasih jugaklah kepada dia sebab ganti kredit saya yang dia habiskan dan belanja saya lunch dan dinner. sampai air kegemaran saya pun dia tahu, apa yang saya suka makan pun :O





thanks mom and dad for this cute key-chains :'D

**berebut dengan akak ni sebab nak dua :P**

Smooth ❤

seni pun seni la.
bersyukur sahajalah dapat juga anugerah even bukan anugerah untuk mata pelajaran seperti ekonomi. tapi surat jawapan aku akan hadir tak hantar-hantar lagi xD

2 weeks ❤

do ignore my messy bed. bila dekat rumah honestly saya sangat pemalas mandi. bila dekat SANA, tiba-tiba jadi rajin mandi dan jadi rajin nak lipat selimut dan susun bantal lepas terjaga dari tidur. yeah, dekat rumah tiada siapa nak komen pasal kemalasan saya.

apa-apa pun, terima kasih mom and dad for this wonderful bracelet.
its cute. dan saya decide nak pakai di pergelangan tangan belah kiri sebab tangan kanan saya sensitif bila pakai cincin atau gelang, mesti rasa kebas tiba-tiba. heh

dekat SANA, most of my friends pakai gelang emas, rantai emas, cincin emas, itu emas ini emas. saya sahaja yang pemalas nak pakai rantai emas dengan subang emas pemberian ibu saya. nanti orang cakap saya mak datin pula kang. lol

right now mari join saya tenung bracelet ni sampai jemu :P



p/s : my mom bought this last 2 weeks ago.

Omong-Omong Kosong ❤

bila watak menjadi nenek kebayan sudah dipilih, maka saya balik ke rumah pun tiada feeling. cari baju arwah nenek dan kain batik ibu pun macam sedikit malas. bukan malas nak participate dalam sketsa ke apa. tapi memang tak faham kenapa rasa macam hidup meaningless tiba-tiba ni. hish.

maka i was hoping to go shopping today with my twin. but appreantly cannot laaaa -.-

duduk rumah sangat best cuba saya tak jumpa lagi something addiction dekat rumah ni. sebab sejak dua menjak ni selera makan saya semakin menjadi-jadi. kalau anda perempuan anda mesti tahu kenapa kan? bila saya makan ibarat tak pernah kenyang. bukan sebab tak baca bismillah ke apa tapi memang sebab-sebab masalah peribadi perempuan. pftt

bukan nak BigMac. rasa nak Pizza Hut. Kenny Rogers pun okay jugak. oh tak, kalau dapat makan dekat Secret Recipe pun best. tak pun pergi beli hotdog banyak-banyak dekat TGV tu lepastu bawa masuk wayang makan sorang-sorang dan gelak sorang-sorang. rasa macam teringin pula buat macam tu. mesti rasa heaven gelak sorang-sorang :P

tapi tapi sebab dulu kan ada kes saya pergi tengok wayang cerita hantu sorang-sorang dimana seat sebelah kanan saya kosong dan sebelah kiri dipenuhi 3 remaja lelaki yang mungkin tua 2 atau setahun dari saya. maka sepanjang movie tersebut dorang macam tertanya-tanya saya seorang diri ke apa kan. ingat nak tukar seat sebab rasa segan tengok sorang-sorang. apa-apa pun next time saya nak buat marathon movie seorang diri. memang syok :)

oh kejap, rasa malas nak basuh baju -.-

July 23, 2010

;'( ❤

first hilang kepala cj7 yang aku suka. sekarang hilang cincin kegemaran aku :'(

July 22, 2010

Disturbed ❤


baru sedar ada masalah. masalah nak luahkan apa yang terbuku. bila simpan-simpan, sampai suatu masa terluak juga apa yang disimpan tu sampai tak dapat tahan dari merembes keluar. terus buat-buat sabun termasuk mata lah. mengantuklah. menyanyi-nyanyi then lari pergi tandas konon tengah sakit perut tak tahan nak kencing. tak pun bila orang nampak, cakap tengah sakit perut.




baru aku sedar aku suka menyorok kalau bab-bab camni.

macam kes 3 hari lepas, bila aku sabar-sabar sekali termarah terus terketar satu badan. bibir menggelatar. mata berair. memang macam kena serang ape ntah sampai aku hangen satu badan sampai semua orang takut nak tegur dah.

make it short sebab 'saya' penat. tadi buat diskusi sketsa lagi. aku sedar-sedar je ramai dah bantai balik bilik. aku sorang dengan beberapa orang sahaja dekat tempat diskusi. tak ke aku hangin kena tinggal -.- aku pun penat jugak wei. haih. aku dan ketua editor sahaja terkocoh-kocoh kejar menaip sampai habis skrip dialog sketsa tadi.






mungkin sebab banyak sangat assignment. banyak sangat ini banyak sangat tu sampai bila orang desak-desak buat benda aku tak suka, aku jadi bengang lepastu rasa down balik.

baru sedar sekarang yang bila aku menangis ke ape ke aku takde sesiapa nak turn to. rasa macam alone. ish ish, sangat kesian hidup aku kan. serius. haha. jom gelak :'D tidur. jangan cari aku lagidah semua semua yang tak balas message aku :')

July 20, 2010

INduction ❤

jangan suruh aku explain apa maksud induction. memang aku tak dapat jawab sebab aku tak pandai menjawab bila lecterur expect aku dapat jawab dengan lantang dalam bahasa inggeris dan jawapan yang tepat setiap kali waktu pembelajaran subjek penting seperti akaun :P setiap kali aku diberi peluang menjawab, aku mesti tercengang macam tak pernah belajar akaun -.-


apa-apa pun, saya ditugaskan untuk menjadi nenek kebayan di dalam sketsa PUTERI GUNUNG LEDANG. dimana saya dijadikan seorang nenek tua yang bongkok pakai tongkat dan muka hodoh berkedut-kedut. aku pun pelik kenapa aku volunteer diri sendiri jadi nenek kebayan :O

pertama, mungkin orang lain semua sibuk memilih watak gadis cantik. mungkin orang semua sibuk nak fikir pakai baju lawa-lawa semasa pementasan nanti tapi saya pilih untuk jadi nenek tua yang berkain batik dan baju longgar dan muka dimekapkan jadi sepucatnya dan setuanya. aku pun tak tahu xD


ok, skip that part. aku dikenakan induction kolej pada malam Ahad lepas. sepatutnya aku pergi perjumpaan kolej tapi aku tak tahu. aku boleh seronok join aktiviti di masjid. serius ni. aku baru tahu usrah itu apa. haha ;D dan aku baru tahu apa itu makan beramai-ramai dalam satu dulang dan juga aku teruja nak pergi kursus pra perkahwinan tapi last-last tak jadi sebab aku ingat nak pergi masa sem ke 6 nanti.




induction kami ialah meminta signature sebanyak 32. 32 senior di level dan wing aku ya. bukan senior di kolej lain. di kolej sini dan di level sama. maka semalam jadual aku sangat pack sampai aku nak tarik nafas duduk atas katil pun tak dapat. asyik fikir nak buat assignment akaun. penat mencari tapi tak siap-siap jugak. haih



maka semalam aku bertungkus lumus 'masam masin' pergi bilik senior dengan muka seposen mintak signature. memang macam-macam lah yang kena. ada yang kena menari kalau nak dapatkan signature. ada yang kena menari sambil menyanyi. paling tak tahan kena nyanyi lagu rasmi UiTM di Hatiku. semua tak ingat. aku tak terkena lagi buat masa ini. hanya memperkenalkan diri sahajalah. semua terkejut dengar nama aku nanod ya -.-



ok, sekarang baru ada 20 signature. aku kena bersedialah dihukum khamis nanti sebab tak dapat kumpul 32 signature. dan khamis ini juga ada induction untuk fakulti perakaunan. diwajibkan membawa kain batik dan duit. aku tak pastilah kali ini kena apa pulak. jangan suruh aku menari lagu nobody pakai kain batik dah la kan -.-