July 03, 2010

26th June 2010 ❤

seminggu yang lepas, rasa tiada apa-apa perasaan pun bila tahu sudah tiba masuk belajar kembali. yang ada cuma perasaan cemas dan takut. takut sebab tiada kawan. takut sebab nak biasakan diri dengan keadaan baru. takut culture shock. takut tiba-tiba terus kena buli. takut tiada kawan. ciss, tengok-tengok dapat bilik yang tiada roomate. memang saya tidur seorang diri selama 6 hari 6 malam. kesian tak? tak perlu nak kesian. orang cakap saya tak wujud. macam hantu. sebab mereka tidak pernah nampak saya.



sini tempat ampaian. saya di tingkat 2. bawah sekali ground floor. atas tingkat satu. atas lagi tingkat 2. so saya tingkat 2 la. faham tak? ;D bilik saya bersebelahan dengan toilet. sangat dekat.

121* adalah bilik saya :)




saya menyesal tak bawa stok makanan banyak-banyak.
sebab di sana saya sangat kebuluran kelaparan sebab kepenatan :P




ini katil maskulin saya. dapat katil bawah. tiada nombor dikatil. so boleh pilih mana saya nak. tapi kan cadar katil saya sangat maskulin. saya nak feminine. grrr. nak pink purple ;'(

dan saya bawa bantal 2 je. dan satu bantal kecil yang diberi oleh Izzyan(twin). sedih tahu tidur dengan 2 bantal. dekat rumah pakai 6 bantal. tiba-tiba dapat 2 je.

sangat tak bersyukur. kah kah ;D


saya dapat pilih almari besar. alhamdulillah. orang yang masukkan barang saya ke dalam almari ini ialah akak-akak saya dan ibu saya. saya sampai di bilik asrama saya, saya hanya duduk sahaja. siapa yang masuk belajar sebenarnya ni? :P


kasut hitam tu buat kaki saya melecet.
selipar hijau buat saya nak terjatuh dalam bilik air. haha


saya benci poster ni dalam bilik. sebab saya kempunan(teringin) makan mcdonald setiap hari. ciss, terngiur okay. sangat.


meja belajar saya. saya menyesal beli cermin epal warna merah
dekat tepi tingkat tu. membazir membazir.



sebab ada cermin besar ini dalam bilik. membazir je beli cermin baru :P










di bilik saya hanya ada 2 katil bertingkat. 3 almari. 3 almari bermaksud 2 almari besar dan satu almari yang perlu dikongsi 2 orang dan 3 meja belajar sahaja. kesian tak? saya akan berkongsi bilik dengan 3 orang senior. buat masa ini, saya hanya tahu saya ada seorang senior part 2(sem 2) yang sudah official menjadi roomate saya semalam. lagi 2 orang saya tidak pasti.

doakan sahaja nasib saya baik. saya sudah dengar banyak kes ini dan itu. jadi saya takut nak balik asrama. kah kah xD kan aku dah cakap, aku tak ramai kawan disana.

kawan baru diperlukan. asal timbul perasaan segan ni. adeh

5 comments :

zairie said...

cantik nyer bilik die..:D

my recent post:
MANNA & SALWA

super eja said...

my room pun katil double decker . sbb dtg lambat kena tinggal kat ats . tak suke :(

NadNod said...

@zairie cantik? nampak buruk je :)

NadNod said...

@super eja
nad pun bernasib baik je datang awal. tu dapat bawah :)

[Dr Nu@r] said...

huhu..takpe, try pelan2..nnt ada la kawan tu.. ;)