July 09, 2010

BUDAK ❤

bila dekat SANA, aku tak pandai nak main perasaan sensitif sana sini. orang marah ke orang herdik ke perli ke, aku lebih selesa berdiam diri dan bagi senyuman. orang cari pasal aku tegur cara baik. bak gaya nak berkenalan. terus orang tu baik dengan aku. aku mulakan new page dalam hidup aku. kawan dengan orang baru. cuba buat semua benda solo.

Di SANA orang cakap aku ni terlampau innocent. terlampau jujur. terlampau baik dan terlampau suci. padahal benda-benda jahat pun aku pernah buat masa zaman sekolah dulu. ada yang takut nak dekat sebab khuatir aku ni akan bagi taskirah atau ceramah kepada diorang.

bila aku cakap aku single, semua bantai tak nak percaya :DD kemudian bila aku sering berdua dengan seseorang, terus orang ingat aku sebenarnya sudah ada someone. keluar malam memang selalunya aku dengan geng yang sama. dengan siapa, tak perlu tahu. seronok makan ramai-ramai. kadang-kadang aku sendiri pening bila ada rakan lain mengajak melepak. tiga-tiga pihak yang berbeza mengajak pada masa yang sama. lebih kurang pagi aku dengan orang lain. waktu kuliah dengan orang lain. waktu malam dengan orang lain.

orang pandang aku sebagai budak 'kesian'. aku baru terkunci dalam tandas semalam. nasib baik ada penyelamat tolong aku keluar. kalau tak memang aku meraung sorang-sorang. kesian tak? aku memang ada kes tertinggal dalam dorm seorang diri dan semua pelajar part 1 berada di masjid untuk solat subuh. ini kes terkunci dalam tandas pula.

dan masalah memori tak cukup ni semakin menjadi-menjadi. semakin kerap pula aku terlupa nama orang. padahal dah kenal semalam, esok tanya nama balik. mana orang tak menyampah dengan aku kan :P

kerja part time aku mengusya orang. aku dan kawan sekelas aku, N*** memang kerja mengusya ehem ehem. tapi nasib saya selalu baik. memanjang terserampak dengan ehem ehem. kerja pasang crush je. seronok-seronok buat assignment pun sempat jadi stalker :D

di sini semuanya complicated. aku suka duduk berjam-jam di library lepastu balik seorang. makan seorang diri pun kadang-kadang. sebenarnya tengah nak demam. terima kasih kepada rakan sekuliah yang membawa virus kepada sayaa :P terus dapat selsema and batuk free. bye

2 comments :

Arip said...

laaa... yg lepak library sorang2 sape sroh.. haha... arip pon sumtime lepak kat library ngan dak klas arip, laki ada pmpuan pon ada... jom la join len kali..

NadNod said...

@Arip
haha, memang nad suka lepak sorang2 baca novel ;p