July 10, 2010

Culture Shock ❤

bangun awal-awal pagi mesti ternampak kucing comel ini di hadapan pintu. comel kan? :) semalam dia masuk ke dalam bilik semata-mata nak cari anak dia. aww :D

saya ada masalah mengingati nama orang. banyak kali dah. semalam dah berkenalan semua, esok saya dengan muka selamber bertanya kembali.

"hai, nama ape? saya nad. ambil kos ape?" :)
kadang-kadang jiran depan bilik pun saya tak kenal. tak tipu ni :DD saya tak kenal penghuni bilik depan dan sebelah. bukan sombong, tapi saya tak pandai bergaul. tak pandai nak berkenalan pula -.-'' di level saya kebanyakan semuanya mengambil jurusan masscom. hanya saya dan seorang lagi sahaja yang mengambil akaun.



mari perkenalkan kawan siang, petang dan malam saya :)



nama gadis berbaju purple ialah Nor Rabeah. lebih dikenali sebagai Nora. Nora ni memang terlebih ganas sedikit. terlampau solid pergi marah-marah orang yang cari pasal dengan dia. takut juga dengan dia ni ;D


Nurain atau lebih dikenali sebagai Amoi. saya suka panggil dia Amoi-YAA. dia agak famous dalam kalangan lelaki. kahkah :P tipu je. dia sering dicalonkan menjadi assistant untuk ini untuk itu dan bertindak sebagai bendahari kadangkala.



bersama mereka bertiga.

di sebelah kanan anda ialah Ain Nadhirah. kawan baik kepada Nora :P


mereka bertiga teman saya pergi kuliah bersama-sama. pergi lunch sama-sama dan pergi membuat urusan tertentu bersama :DD




kalau malam menjelma, depends juga saya dengan siapa.







asal boleh setiap langkah kami nak bergambar :P
thanks to Aqilah yang sudi snap semua gambar :)

saya dulu benci addmat. masa mula-mula belajar sahaja saya suka addmat. tapi tak pernah nak lulus. haha -.- akhirnya masa SPM dapat C untuk addmat pun dah cukup bersyukur. sebenarnya saya target dapat B for addmat. tapi tak berjaya. kahkah ;p

jangan ingat masa zaman sekolah sahaja belajar addmat. zaman universiti pun! tapi itu depends juga dengan jurusan apa anda ambil. memandangkan aku mengambil jurusan perakaunan, memang banyak dugaan dan tough moment la yang aku hadapi. terutamanya apabila belajar akaun. di sini belajar mana main step by step. lecterur akan cakap sekali pintas. pandai-pandai la kau nak salin ke tak.

kalau tak faham jangan diam, baik kau bertanya. dan kau akan hadapi masalah nak faham akaun kembali even kau sudah ada basic akaun. ekuiti pemilik ialah Capital dalam english-nya. manakalan Trial Balanced ialah Imbangan Duga. memang otak saya ketika itu dah karat kot. pening nak faham. pening nak salin sambil dengar. semuanya di sini kena berspeaking. jangan harap nak diajar dalam bahasa melayu. depends dengan lecterur juga ya.

ini Lecterur untuk subjek Business Mathematic. topik pertama yang kami belajar semalam ialah Arimethic Progression. Lect. untuk subjek ini memang sangat muda. baru berumur 25 tahun. Cik Diana namanya :) gambar di atas adalah beliau.


di sini, saya dan orang di dalam gambar memang sering berebut tempat duduk hadapan. bila duduk hadapan baru tak rasa mengantuk ;D plus saya rabun -.-

saya selalu buat balik nota yang saya salin di bilik kuliah. macam agak memenatkan dan some anggap saya ini poyo belajar. terpaksa. nanti ketinggalan -.-''


Buku teks SANGAT mahal. saya terpaksa ikat perut. makan hanya sekali sehari sebab fikir banyak duit nak guna nak beli buku. saya makan lunch lepastu bertahan sampai keesokan harinya. menyeksa badan bukan? ;p sebab tu sekarang saya tengah demam. kahkah




nahh gambar. nampak sangat chubby dan penat. nama pun baru habis kuliah dan ketika ini berada di library seorang diri. saya lagi suka duduk seorang diri di Library. seronok. rasa tenang.






memang saya culture shock sedikit dengan tempat baru di SANA. banyak sangat saya kena biasakan. banyak sangat saya kena belajar dan faham. lagipun sekarang saya kena mula belajar balik account tapi dalam bahasa inggeris. basic account saya dulu terpaksa dilupakan nanti takut ter-confuse atau terbandingkan. bahaya.

disana juga saya belajar mengingati jalan ke kelas. setiap subjek di kelas yang berbeza. kena pandai mencari. penat juga saya hafal jalan ke kelas. takut sesat. nasib baik Kolej tempat saya duduk sangat dekat dengan tempat kuliah :)

oh, saya keterpaksaan maksud Spelling Bee(macam spell it right). kemudian secara sukarela saya masuk choral speaking. kira ini pertandingan antara part 1(pelajar sem 1). semua aktiviti la saya nak masuk. dah la BI saya pun berterabur. ada hati nak masuk semua ;DD