July 20, 2010

INduction ❤

jangan suruh aku explain apa maksud induction. memang aku tak dapat jawab sebab aku tak pandai menjawab bila lecterur expect aku dapat jawab dengan lantang dalam bahasa inggeris dan jawapan yang tepat setiap kali waktu pembelajaran subjek penting seperti akaun :P setiap kali aku diberi peluang menjawab, aku mesti tercengang macam tak pernah belajar akaun -.-


apa-apa pun, saya ditugaskan untuk menjadi nenek kebayan di dalam sketsa PUTERI GUNUNG LEDANG. dimana saya dijadikan seorang nenek tua yang bongkok pakai tongkat dan muka hodoh berkedut-kedut. aku pun pelik kenapa aku volunteer diri sendiri jadi nenek kebayan :O

pertama, mungkin orang lain semua sibuk memilih watak gadis cantik. mungkin orang semua sibuk nak fikir pakai baju lawa-lawa semasa pementasan nanti tapi saya pilih untuk jadi nenek tua yang berkain batik dan baju longgar dan muka dimekapkan jadi sepucatnya dan setuanya. aku pun tak tahu xD


ok, skip that part. aku dikenakan induction kolej pada malam Ahad lepas. sepatutnya aku pergi perjumpaan kolej tapi aku tak tahu. aku boleh seronok join aktiviti di masjid. serius ni. aku baru tahu usrah itu apa. haha ;D dan aku baru tahu apa itu makan beramai-ramai dalam satu dulang dan juga aku teruja nak pergi kursus pra perkahwinan tapi last-last tak jadi sebab aku ingat nak pergi masa sem ke 6 nanti.




induction kami ialah meminta signature sebanyak 32. 32 senior di level dan wing aku ya. bukan senior di kolej lain. di kolej sini dan di level sama. maka semalam jadual aku sangat pack sampai aku nak tarik nafas duduk atas katil pun tak dapat. asyik fikir nak buat assignment akaun. penat mencari tapi tak siap-siap jugak. haih



maka semalam aku bertungkus lumus 'masam masin' pergi bilik senior dengan muka seposen mintak signature. memang macam-macam lah yang kena. ada yang kena menari kalau nak dapatkan signature. ada yang kena menari sambil menyanyi. paling tak tahan kena nyanyi lagu rasmi UiTM di Hatiku. semua tak ingat. aku tak terkena lagi buat masa ini. hanya memperkenalkan diri sahajalah. semua terkejut dengar nama aku nanod ya -.-



ok, sekarang baru ada 20 signature. aku kena bersedialah dihukum khamis nanti sebab tak dapat kumpul 32 signature. dan khamis ini juga ada induction untuk fakulti perakaunan. diwajibkan membawa kain batik dan duit. aku tak pastilah kali ini kena apa pulak. jangan suruh aku menari lagu nobody pakai kain batik dah la kan -.-




0 comments :