July 28, 2010

Anugerah Cemerlang . Induction TFH . Birthday Girl❤



Sebenarnya memang Sem 1 ni akan menjadi sangat busy dengan macam-macam aktiviti. sampai aku sendiri rasa macam tak cukup tidur tapi kena bangun juga pukul 6 pagi tapi aku akan sambung tidur balik sampai pukul 7. sebab hujung minggu ini ada induction campur dengan majlis perasmian untuk sukan kolej semua, maka terpaksa membatalkan hasrat saya *saya balik* yang teringin pergi majlis anugerah. sungguhpun hanya anugerah mata pelajaran seni terbaik, tapi tak salah pun nak rasa teruja ambil award. even hanya SENI ;'(

tiada wakil yang ganti. saya sudah telefon pejabat sekolah pun. sudah khabarkan saya terpaksa tarik diri di saat akhir. ;'(( sedih EVEN HANYA SENI ;'(

skip part sedih. sob sob.

oh, tak dapat pergi sebab dekat SINI part 1 wajib hadiri majlis perasmian sukan kolej.



Photobucket

esok saya akan bertanding/berentap antara kumpulan lain yang sekolej dengan saya. kami akan bertanding tentang cheer cheer. siapa cheers terbaik mestilah akan menang. takkan kalah pula kan :P memang minggu ini terlebih busy barangkali. tapi saya manage cop mesin basuh baju. muahahhaa >:) RM2.50 untuk satu cucian. saya pemalas nak basuh pakai tangan dah >:)

*mentang-mentang ada mesin basuh baru dekat dalam toilet*

kolej semestinya ada induction untuk part 1 juga. bukan sekadar induction fakulti masing-masing sahaja. task kumpulan kami ialah membuat drama musical pada 1 oktober nanti.
banyak masa lagi kan?

dan kami diwajibkan memakai badge ini selama sebulan selagi kami berada di dalam kawasan UiTM.





Photobucket



2 hari lepas, 26 Julai 2010, merupakan birthday rakan baru saya di sini, Anis Binti Rahmat. kecil dunia ini. dia orang Seremban juga. memang pada perancangan Malam Isnin(AHAD), saya dan yang lain-lain dah hampir memulakan operasi memulaukan Anis :P tapi tidak menjadi. saya agak rasa kesian kot-kot Anis ni menangis tepi jalan sebab kena pulau kan -.-''

sebab dulu saya pernah kena macam ni juga ya. betul-betul kaw punya kena pulau. tak pasal-pasal saya menangis. padahal pulau main-main xD

apa-apa pun, memang syok dapat baling tepung. kami boleh suka ria pula sampai pukul 12 malam. tak senonoh betul. habis lantai kolej licin dengan tepung. ingat nak tambah perasa, letak telur macam syok :D














Photobucket



hari ini juga bakal bertanding dengan fakulti lain dari kelas yang berbeza atau fakulti yang sama dari kelas yang lain. bertanding sketsa. entah berjaya atau tidak itu memang tidak tahu. yang penting saya kena jadi nenek kebayan yang jalan terbongkok dan bercakap macam suara baru nak pecah. kahkah -.-''

Semoga Berjaya Semua.


okay, saya lupa hafal surah Al-Takassur. habislah kena marah -.-''


p/s : hectic week. grr

2 comments :

qila said...

nad.. anis BINTI rahmat lah...hahahaha..

Iznie said...

hah..cepat2 gi hafal surah....hehe