July 15, 2010

Random ❤

disebabkan tak lama lagi ada English Week, saya akan busy menghafal pelbagai jenis perkataan comel di buku-buku hebat yang terdapat di library memandangkan saya akan masuk Spelling Bee yang macam Spell it Right tu. saya tak nak masuk. dah bercadang nak pull out atas ketegasan lecterur, saya berserah. cewah -.- patut ada 3 individual dari kelas saya yang masuk. tapi one of us pull out earlier. jadi saya dan kawan saya, Nora, tersekat. tak dapat tarik diri. fine fine -.-

dan saya akan busy masuk sketsa. saya akan berlakon. eh tak tak. ini saya jadi suara latar saja. saja volunteer diri sendiri. sibuk sangat saya nak masuk ni masuk tu. maka petang ini ada meeting sekelas. kena fikir watak, dialog, custome dan siapa masuk bab mana dan berapa lama nak berlakon.

lagi satu, saya masuk Jawatankuasa Penggerak Masjid(JPM). jangan gelak.

semalam selepas dengar perkenalan yang disampaikan oleh biro-biro tertentu saya terus tertarik. maka sanggup stay di masjid sampai pukul 12++ pagi sebab nak mendaftar ahli kemudian bayar duit yuran, order baju tshirt labuh yang saya suka tu sebab warna hijau dan melafazkan ikrar serta menyanyikan lagu JPM. comel tahu memang comel.

dekat sini ada 3 pertubuhan. saya pilih JPM instead of the other two. maka malam ahad ini saya akan bermalam di masjid. eh tak, bukan -.- hari ahad kena dengar taskirah/ceramah agama. saya nak masuk kelas mengaji. tapi saya pelik sampai sekarang nama saya tak dipanggil -.-


jadi saya rasa saya ni over excited nak masuk semua. nasib baik tak daftar diri nak jadi komander. serius saya cakap saya nak jadi komander. akak senior siap bertanya sure ke saya tak nak join ni. kahkah :D saya naaaaaaaaaaaak. tapi takut. takut tak terkawal jadual belajar dengan jadual ini semua. sekarang assignment saya tak siap lagi.

minggu ni busy -.- minggu depan busy dengan kelab MEDIA pula. sem 1 memang memenatkan sedikit. sedikit. mungkin. saya lapar.~

0 comments :